LOVE YOU FOREVER!!
Bab 6
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2209

Bacaan






KEESOKAN paginya Farah bangun awal untuk menolong Mak Nah di dapur. Sudahlah dia balik lewat semalam. Takkan hari ini dia boleh tidur terlajak pulak. Usai solat Subuh tadi, Farah sudah mandi dan membaca novel untuk menghilangkan mengantuknya. Memandangkan novel yang dibacanya begitu best jadi mengantuknya juga hilang begitu sahaja. Selesai pakai tudung dan bersiap, dengan laju dia memulas tombol pintu dan mula berlari-lari anak. Sampai sahaja di depan anak tangga dia terlanggar seseorang yang sedang naik ke atas.

Hanya ada dua lelaki yang menghuni di rumah itu. Terang-teranglah Pak Kassim tidak akan naik ke atas. Tan Sri Mahmud pula di bawah, gelak ketawa sampai boleh dengar suaranya dari dalam bilik Farah lagi. Jadi, siapa yang dilanggar Farah tadi? Takkan hantu kot? Hisy mengarut saja kan.

Perlahan-lahan Farah mengangkat wajahnya. Dahinya terasa sakit dan pedih. Sewaktu dia melihat pemuda di hadapannya jantungnya berdetak dengan kuat.

‘Mak ai hensemnya dia ni. Siapa punya anaklah ni ya? Ada goatee lagi,’ bisik hatinya nakal.

“Hoi kau tak ada mata ke hah? Kau ingat kau tu budak kecil sampai boleh main lari-lari kat sini. Tak nampak aku naik tadi,” herdik lelaki di hadapannya.

“Maaf tadi saya nak cepat. Maafkan saya,” pinta Farah sambil menunduk bawah.

Cis, harapkan muka handsome tapi budi bahasa tak ada buat apa. Memanglah aku salah tapi tak boleh ke tegur dengan cara yang baik sikit. Bahasa tu boleh tak hemah sikit. Ni tak diherdik aku macam apa entah. Mamat sengal, ngomelnya dan mengutuk lelaki di hadapannya yang masih lagi dengan wajah singa jantan.

“Maaf kau cakap? Ni tak nampak handphone aku ni. Dah berkecai tahu tak. Dasar perempuan buta,” marah lelaki itu lagi.

“Bahasa tu jaga sikit boleh tak. Kan saya dah mintak maaf. Yang awak nak herdik tak tentu pasal ni kenapa? Langgar sikit aje dah tanggal dah skru kepala otak awak tu?” marah Farah juga.

“Ek kau ni kan. Dah terang-terang salah kau, ada hati lagi nak bersoal aku ek. Ada yang aku tersalah cakap? Kau tu memang buta tak pun mata tu letak kat lutut. Selamba langgar orang. Kalau dah namanya dewasa, jadi cara orang dewasa, jangan nak berlari-lari pulak. Ni bukan padang permainan untuk kau berlari. Faham!” jerit lelaki itu lagi. Kali ini betul-betul hadapan wajah Farah.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku