LOVE YOU FOREVER!!
Bab 7
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1200

Bacaan






“Farah."

“Adoi… kenapalah lembut sangat dia panggil aku ni? Aku yang gabra sangat ni kenapa pulak? TUHAN tolonglah diri aku ni yang tak boleh kawal perasaan. Karang kalau dia perasan nanti kan malu.” Bicaranya sendiri.

“Ya.”

“Abang nak mintak maaf pasal tadi. Abang tak patut herdik dan marah Farah macam tu ek,” pinta Fakhrul kesal.

“Tak apa, bang. Tapi boleh tahan pedas jugak ek bahasa abang tu. Kecut perut Farah tau tengok abang marah macam tu tadi. Farah nyaris-nyaris ingat abang nak makan Farah hidup-hidup. Nasib baik tak sampai macam tu,” usik Farah nakal.

Fakhrul ketawa besar.

“Tak adalah abang sampai nak buat macam tu sekali. Kalau abang nak makan Farah sekali pun, bukan selepas Farah berlari-lari tadi. Kan masin,” balas Fakhrul dengan usikan juga.

“Eee…. jahat tau. Tapi apa yang sebenarnya abang marahkan sangat tu?”

“Hah… tak ada apa-apa… cuma tunggu panggilan daripada kawan.”

“Oh… kawan? Do you mean special friend or more clearly girlfriend?” duga Farah selamba.

Nak juga dia tahu siapa sebenarnya bakal suami dia. Kalau Fakhrul masih lagi belum dipunyai sesiapa jadi tiada masalah. Kalau sebaliknya… tak tahulah.

“Err… kalau abang cakap…”

Abang tolonglah jangan buat Farah kecewa. Kecewa? Adoi apa dah jadi kat aku ni? Takkanlah aku nak frust menonggeng kalau dia kepunyaan orang lain. Abang tolonglah jangan cakap yang abang sudah berpunya. Tolonglah.

“… Abang sudah berpunya, macam mana?”

‘Bagaikan batu terhempas di kepala Farah jadinya. Dia sudah berpunya. Jadi aku? Apa yang harus aku buat ni? Ibu, macam mana ni?’ getus hati Farah sedih.

Nampak sangat Farah terkejut membuatkan Fakhrul ketawa besar. Tidak sangka niatnya untuk mempermainkan gadis itu boleh mengundang reaksi sebegini. Ketawanya masih lagi belum reda.

“Si Cengeng, abang main-main ajelah. Janganlah sampai nak nangis kat sini. Kata tak macam dulu. Ini baru abang mainkan sikit dah mula dah tunjuk muka nak nangis. Kalau abang biarkan macam tu saja mesti kejap lagi Farah nangis kat sini sampai terguling-gulingkan,” usik Fakhrul riang.

Farah terkedu. Cis, dia mainkan aku.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku