LOVE YOU FOREVER!!
Bab 8
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1617

Bacaan






“Hisy… apa ni bang. Asyik dapat call aje,” rungut Farah sambil tarik muncung panjang.

Sejak pagi tadi Farah perasan yang Fakhrul langsung tidak berenggang dari iPhonenya. Naik rimas pula dia tengok Fakhrul asyik bermain dengan gajetnya itu. Telefon bimbit Fakhrul pula tidak berhenti berbunyi. Lebih dari 30 kali jugak dia sudah mendapat panggilan dari entah siapa. Sikap Fakhrul yang asyik melayan telefon bimbitnya membuatkan Farah terasa hati. Dia terasa dirinya disisihkan oleh lelaki itu.

“Janganlah marah. Kawan abang ni ada masalah sikit,” jawab Fakhrul ringkas.

Dia tahu Farah sudah bosan menunggunya lama. Namun apakan daya. Takkanlah kawan boleh tidak diendahkan hanya kerana kesian melihat Farah menunggunya lama, fikir Fakhrul.

“Tulah dari tadi abang asyik ulang. Orang dah penatlah. Lenguh dah kaki orang ni. Dahlah cakap lama. Lepas tu boleh pulak pergi jauh untuk layan panggilan orang tu. Istimewa sangat ke dia?” tanya Farah seraya mengadu kecil.

“Hisy… mana ada. Kawan biasa ajelah.”

Jawapan Fakhrul sedikit pun tidak mengurangkan keresahan hati Farah.

‘Kalau kawan biasa kenapa dari tadi orang tu asyik buat panggilan. Dah tu Fakhrul pun melayan bagaikan orang tu tuan puteri. Dahlah cakap pun pergi jauh. Eee… bencinya. Siapalah Fakhrul sebenarnya?’ rungut hati Farah.

Melihat muncung Farah semakin panjang, nak tak nak Fakhrul terpaksa menyimpan iPhonenya dalam poket jeans yang dipakainya. Lengan Farah ditariknya kemudian. Dengan segera Farah melepaskan dirinya.

“Kita kan bukan…”

“… muhrim…” Sambung Fakhrul dengan senyuman panjang.

“Tau pun,” kata Farah masih lagi dengan muncungnya.

“Hah buat mulut macam itik lagi. Kalau itik yang nampak, habis Farah dikejarkan nanti,” usik Fakhrul.

“Hisy... mengada-ngada tau. Jomlah bang kita balik. Dah lewat ni. Takut pulak umi dan abah risau. Esokkan abang kerja,” ajak Farah.

“Okeylah jom.”

Semasa mereka berdua naik kereta, telefon bimbit Fakhrul berdering nyaring lagi. Farah sudah membuat muka. Fakhrul yang menyedari akan perubahan muka Farah tidak mengendahkan telefom bimbitnya lagi. Dia terus menumpukan perhatiannya pada pemanduannya.

Farah yang duduk di sebelah Fakhrul bagaikan cacing kepanasan. Duduk salah, kalau nak berdiri pun tak boleh. Dia resah sendiri di tempat duduknya. Hatinya risau jika lelaki itu sudah menjadi kepunyaan orang lain. Hatinya berteka-teki sendiri mencari jawapan yang tidak pasti lagi dengan identiti sebenar Fakhrul.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku