LOVE YOU FOREVER!!
Bab 9
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1160

Bacaan






Semasa Fakhrul pulang ke rumah, dia melihat semua penghuni banglo bertingkat tiga itu sudah berkumpul di ruang tamu. Hatinya tertanya-tanya kenapa semua orang kelihatan semacam. Bukan sedih tetapi semua wajah-wajah itu diserikan dengan senyuman panjang dan gembira. Hanya Farah yang kelihatan resah dan menunduk memandang permaidani lembut yang berwana hijau pucuk pisang. Dia bermain dengan hujung baju.

“Dah balik pun kamu. Mari kita minum petang sama-sama,” ajak Puan Sri Najihah ramah.

Farah menuangkan air nescafe ke dalam cawan dan diunjukkan pada Fakhrul.

“Terima kasih,” ucap Fakhrul seraya menyambut cawan yang diunjuk Farah padanya.

“Ada apa yang penting sangat umi nak cakap dengan Rul?” tanya Fakhrul sambil menghirup air kegemarannya.

Puan Sri Najihah dan Tan Sri Mahmud berpandangan. Mah Nah setia berdiri kat ruang dapur. Farah berasa gementar. Takut menghadapi saat-saat cemas.

“Macam ni, minggu depan mak ngah dengan pak ngah kamu nak datang sini. Jadi…”

“Yeah! Betul ke umi? Waa… dah lama sangat Rul tak jumpa mereka. Patutlah ada orang tu gembira semacam. Ayah kesayangan dia nak datang sini. Tak bolehlah Rul kacau si cengeng ni lagikan,” usik Fakhrul nakal.

Merah padam muka Farah dengan usikan Fakhrul di depan orang tuanya. Semua yang ada di situ ketawa kecuali Farah yang sudah menunduk malu. Terasa jari-jemari Puan Sri Najihah mengenggam tangannya erat.

“Abah nak kamu batalkan semua mesyuarat dan perjumpaan minggu depan hari Sabtu. Abah nak kamu berada di rumah. Jangan ke mana-mana,” pesan Tan Sri Mahmud tegas.

Fakhrul pelik. ‘Kenapa pulak sampai aku kena home arrest,’ getus hati kecil Fakhrul.

“Kenapa, abah?” terkeluar juga soalannya itu.

“Budak bertuah ni boleh lagi tanya pulak. Kan umi dah beritahu yang…”

Sekali lagi Fakhrul memotong percakapan uminya. “Oh… umi nak Rul jemput mak ngah dengan pak ngah ya?”

Puan Sri Najihah menggeleng-geleng kecil apabila melihat sikap Fakhrul yang tidak penyabar.

“Kalau ya pun bagilah umi habis cakap dulu. Ni tak dari tadi lagi menyampuk saja kerja kamu ni. Tak payah jemput. Pak ngah kamu datang sendiri katanya. Umi dan abah nak bakal menantu mereka ada di rumah. Kami nak bincang fasal perkahwinan kamu.” Akhirnya Puan Sri Najihah beritahu juga apa yang dipendamkan di dalam hati selama ini.

Semua wajah itu dihiasi dengan senyuman meleret tetapi bukan pada…

“Kejap… kejap… Rul tak faham. Apa umi? Bakal… bakal... menantu? Perkahwinan? Apa maksud umi? Rul tak faham,” tanya Fakhrul seraya memberikan riak wajah keliru.

Air mukanya terus berubah apabila Puan Sri Najihah bercakap soal menantu. Farah di sisi Puan Sri Najihah sudah kelat wajahnya. Debaran hatinya makin kuat dan keresahan mula menjalar dalam hatinya.

“Umi kamu cakap bakal menantu mereka. Bermakna kamulah menantu mereka. Umi dengan mak ngah kamu bercadang nak langsung perkahwinan kamu. Abah pun setuju dengan rancangan mereka,” ujar Tan Sri Mahmud pula.

“Kahwin? Dengan siapa pulak?” Fakhrul mula tegang. Nadanya jelas kedengaran tidak puas hati. Darahnya mula mendidih.

Puan Sri Najihah menepuk dahinya perlahan.

“Apa kena dengan kamu ni, Rul? Kalau bukan dengan Farah, dengan siapa lagi? Mak ngah kamu ada anak perempuan seorang,” jawab Puan Sri Najihah sambil menjeling anaknya.

Fakhrul sudah marah. Wajahnya bertukar bengis. Farah dijeling tajam.

“Siapa yang bagi hak untuk umi untuk tentukan jodoh Rul. Apa semua ni?” Fakhrul Fakhrul berang. Fakhrul naik radang. Puan Sri Najihah dan Tan Sri Mahmud juga sudah gelisah dan resah dengan mood Fakhrul yang berubah dengan tiba-tiba. Lain yang diharapkan lain pula yang jadinya.

“Siapa yang perlu bagi hak kepada umi? Umi ada hak nak tentukan jodoh kamu. Umi yang mengandungkan kamu. Jadi, umi ada hak,” bentak Puan Sri Najihah sedikit terkilan.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku