LOVE YOU FOREVER!!
Bab 10
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1097

Bacaan






APA pulak masalah kau kali ini? Takkan masalah kau dengan Amal tak settle-settle lagi kot.

“Tak ada apa-apa.”

“Habis kenapa muka kau dari tadi monyok aje. Brother, ni Fikrilah. Kau boleh tipu sesiapa saja. Tapi bukan aku okey.”

“Hmm... aku ada masalah besar ni.” Akhirnya Fakhrul mengaku jua.

Dia tidak boleh menyimpan masalahnya di dalam hati selamanya. Kalau boleh dia mahu larikan diri. Dia tidak mahu kahwin dengan Farah. Noktah!

“Tulah aku tanya ni. Apa masalah yang kau ada sekarang? Besar sangat ke sampai tak boleh nak diselesaikan?” tanya Fikri, kawan baik Fakhrul semasa belajar di universiti dulu.

“Umi aku dah tetapkan perkahwinan aku dengan…”

Wow! Tahniah, bro. Bila tarikhnya?” teruja Fikri.

Fakhrul sudah membuat muka bosan dan bengang. Fikri yang duduk di sebelah dijeling tajam.

“Boleh tak sabar sikit. Bagi aku cakap dulu. Ini tak asyik menyampuk aje kerja kau,” marah Fakhrul. Fikri angkat tangan tanda mengalah dan meminta maaf.

“Baru tadi umi aku beritahu. Abah aku pun setuju. Kau pun tahukan aku baru saja kerja. Pasal Amal pun tak settle lagi. Macam mana aku nak setuju dengan rancangan umi aku tu?” luah Fakhrul geram.

“Laa…. kau kahwin aje. Kalau Amal tahu mesti dia dah sorak gembira saat ni tau. Masa kat London dulu berbuih mulut dia tanya kau bila nak kahwin dengan dia. Bila peluang dah ada depan mata kau pulak yang tolak. Apa masalahnya, bro?” pelik Fikri.

Fakhrul semakin bengang dengan jawapan Fikri. Kalau boleh dia nak bagi sahaja satu penumbuk di muka Fikri.

“Apa fasal kau bengap sangat hari ni hah. Kalau umi aku nak jodohkan dengan Amal bukan setakat sorak gembira saja tau mungkin aku dah terguling-guling dah kat atas lantai. Masalahnya sekarang umi belum tahu lagi fasal Amal. Dia dah rancang dengan mak ngah aku nak kahwinkan aku dengan anak mak ngah aku. Faham!” bentak Fakhrul. Wajahnya diraup berkali-kali.

“Brader, cantik tak sepupu kau tu?”

Fakhrul sudah membesarkan matanya. Rasa hendak cekik kawannya itu. Fikri sudah ketawa besar.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku