LOVE YOU FOREVER!!
Bab 11
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1288

Bacaan






“Apa yang Puan Sri fikirkan ni?”tanya Mak Nah

“Pasal Rul Mak Nah. Dah dua hari budak tu tak balik sini. Bila tanya Tan Sri, dia pun cakap Rul tak datang kerja. Handphone ditutupnya sepanjang masa. Minggu depan Som dah nak ke sini. Tinggal beberapa hari aje lagi. Kalau Rul tak balik ke rumah jugak apa yang saya nak jawab nanti Mak Nah,” gusar Puan Sri Najihah sebak. Perasaan sedih yang bertandang dalam hatinya tidak dapat disembunyikan lagi.

“Jangan risau Puan Sri. Tak ke mana si Rul. Mungkin terkejut lagi tu. Nanti baliklah dia kalau kemarahan dia dah reda sikit. Puan Sri jangan risau ya,” pujuk Mak Nah.

Hati Mak Nah pun gusar dengan kelakuan Fakhrul yang hilang entah ke mana tiba-tiba. Namun hati tuanya kuat mengatakan Fakhrul baik-baik aje.

“Semuanya ni salah saya Mak Nah. Kalau saya tak pandai-pandai rancang perkahwinan dia tak adalah dia nak keluar dari rumah. Sepatutnya saya bincang dengan dia dulu. Saya dah buat kesilapan besar Mak Nah.” Ujar Puan Sri Najihah mula menangis.

Sampai sekarang Puan Sri Najihah tidak berhenti-henti menyalahkan dirinya atas kemarahan anak sulungnya.

“Jangan cakap macam itu Puan Sri. Sebagai mak, Puan Sri juga ada tanggugjawab ke atas Rul. Mungkin dia takkan faham sekarang. Lambat-laun nanti dia akan sedar jugak. Jangan salahkan diri Puan Sri. Mak Nah tahu apa yang Puan Sri buat semuanya untuk kebaikan Rul,” pujuk Mak Nah sambil mengusap belakang Puan Sri Najihah.

“Tapi saya kasihan tengok Farah. Dah dua hari dia tidak turun makan. Takut kesihatan dia terjejas pulak. Kenapa Rul buat perangai begini, Mak Nah?” ucap Puan Sri Najihah risau.

Mak Nah juga tidak tahu bagaimana nak memujuk Puan Sri Najihah sedangkan hatinya juga sakit dan risau. Cuma kali ini percaturan Puan Sri Najihah tidak kena pada tempatnya dan masanya. Namun sebagai orang lama yang dah menghuni di banglo ini, cuma satu yang Mak Nah harapkan iaitu perkahwinan mereka akan berlangsung seperti yang dirancang.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku