LOVE YOU FOREVER!!
Bab 12
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1220

Bacaan






SAYANG, kenapa ni? Moody semacam aje?”

Fakhrul diam. Sejak dia dan teman wanitanya berjumpa, hanya kebisuan Fakhrul menemani Amalina. Amalina mula naik bosan dan rimas dengan sikap Fakhrul yang tidak pernah diam begini. Angin apa yang membuatkan Fakhrul berubah, dia sendiri tidak tahu. Jadi, dia layankan sahaja angin Fakhrul untuk hari ni.

“Sayang, dengar tak? I tengah cakap ni,” rengek Amalina seperti budak kecil.

“Sayang!!!” jerit Amalina geram. Hari ini gediknya terlebih menyerlah.

“Eii… benci tau. Kalau tadi lagi you cakap hari ini you bisu tak adanya I datang dan tercongok kat sini dari tadi tau. Dah penat menunggu, ni yang I dapat. Bisu sepanjang masa. Kalau macam ni lain kali tak payah jumpalah,” rungut Amalina sambil menjeling geram.

“Okey sorry sayang. I mintak maaf ya,” pinta Fakhrul. Dia sedar akan kesilapannya.

Amalina masih lagi muncungnya. Matanya menjeling pada raut wajah Fakhrul yang handsome.

“Tengok mata tu. Karang tercabut lagikan susah. Tak dapat you tengok muka I yang handsome dan macho ni tau,” pujuk Fakhrul lagi.

Amalina masih lagi buat bodoh. Sebenarnya hatinya sudah cair dengan pujukan Fakhrul tetapi dia sengaja mengeraskan hatinya kerana masih lagi geram pada Fakhrul.

“Tengok tu bila I tengah memujuk gadis si cantik manis ni masih lagi jeling I. Okey sayang, lepas ni I bawak you pergi shopping ek. Sayang boleh beli apa-apa aje. I bayar. Okey?” pujuk Fakhrul.

Really, sayang? I boleh beli apa-apa aje?” tanya Amalina minta kepastian.

Aik takkan dah pekak kot si Amalina ni bila dengar perkataan shopping aje. Kalau dah orang tu offer nak minta kepastian lagi pulak.

“Ya sayang. Tapi sebelum tu I nak tanya satu benda. Penting sangat. I nak ajak you kahwin. sudi tak?” tanya Fakhrul dengan harapan tinggi.

“You buang tabiat ke apa ni? Dulu berbuih mulut I ni tanya you cakap awallah, biar dululah, belum sedialah. Tapi hari ni, angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba you ajak I kahwin. Kenapa?” sindir Amalina dengan ketawa. Barangkali lucu.

“You tak nak kahwin dengan I ke?” tanya Fakhrul tidak percaya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku