LOVE YOU FOREVER!!
Bab 13
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1248

Bacaan






‘Farah bukan aku yang paksa kau tapi, kau sendiri yang nak kahwin sangat dengan aku. Kalau apa-apa jadi kat kau lepas kita kahwin nanti, aku takkan tanggungjawab. Hati aku hanya pada seorang gadis yang bernama Amalina. Aku cinta dia sepenuh hati aku. Kalau hati aku bukan milik kau, jangan harap hidup aku pun kau nak miliki. Sampai mati pun hati aku hanya untuk Amal aje. Kau hanyalah sepupu yang aku paling benci sekarang ni. Kau tahulah nasib kau lepas ini,’ bisik Fakhrul pada diri sendiri.

WAJAH-WAJAH di hadapan Kalsom dan Syed Khalid semuanya tampak sugul dan tak bermaya. Hanya Tan Sri Mahmud yang kelihatan tenang dan bersahaja. Farah pula berdiri di tepi sudut tangga. Takut untuk mendekati ibunya yang sentiasa berwajah serius dan bengis. Walaupun sudah lama tidak berjumpa, Kalsom sedikit pun tak ada perasaan untuk memeluk dan mencium pipi anaknya itu. Datang sahaja tadi terus menjeling dan memberi pandangan jelek kepada satu-satunya anak perempuannya. Farah seperti biasa, hanya menunduk dan menguis jari kakinya di lantai.

“Mana Rul, Kak Naj?”

“Biasalah hujung minggu macam ni kalau bukan ke rumah kawan dia mana lagi si Rul nak pergi. Yalah hari-hari biasa sibuk dengan kerja, hujung minggu macam nilah masa untuk lepak. Nantilah saya call dia suruh balik,” jawab Tan Sri Mahmud bagi pihak isterinya. Tahulah dia isterinya tidak pandai berbohong. Karang semuanya diceritakannya pula. Gawat nanti.

“Eh, tak apalah kalau macam tu. Kami singgah pun sekejap aje. Budak dua orang lagi tu kat rumah,” kata Kalsom seraya menghalang Tan Sri Mahmud untuk menghubungi anak saudaranya.

“Habis tu, jadi ke plan kita kak?” Mata Kalsom tertancap pada wajah resah Puan Sri Najihah. Dia kalut.

“Err… akak… err…”

“Awal sangat kalau kita nak bincang fasal ni. Biarlah Farah sambung belajar dulu. Dia pun masih muda lagi. Zaman kita lain. Zaman mereka pulak lain. Farah budak kecil lagi,” jawab Tan Sri Mahmud bagi pihak isterinya lagi.

Puan Sri Najihah hanya tersenyum kelat. Takkan nak cakap Fakhrul tidak setuju dalam perkahwinan ini pulak. Kan haru jadinya nanti.

“Kenapa kau ni Farah? Hari tu dah okey sekarang tak okey pulak. Angin apa yang buat kau tak setuju sekarang ni?” marah Kalsom pada anaknya. Tiba-tiba darahnya mendidih dan serta merta wajahnya terus berubah bengis.

Farah hanya diam tidak berkutik. Hatinya tercalar dengan sikap ibunya.

“Som, tunggu dulu. Jangan asyik nak marah aje,” tegur Syed Khalid perlahan. Kadangkala dia segan dengan semua orang dengan sikap isterinya begini. Bukankah sebagai seorang suami dia yang sepatutnya membimbing isterinya.

“Abang tahu apa? Som dah rancang dengan Kak Naj. Tiba-tiba dia mengada nak sambung belajar ni pulak kenapa? Kan lepas kahwin pun dia boleh belajar. Dia nikan sengaja nak naikkan darah Som. Tak boleh nak tengok Som bahagia dan senang sikit, mulalah dia nak buat perangai mengadanya,” marah Kalsom lagi.

“Awak ni, boleh tak kalau sehari tak marah budak tu. Dari dulu lagi abang dah cakap jangan paksa Farah. Biar dia sambung belajar dulu. Awak ni yang tak sabar-sabar nak kahwinkan dia. Sekarang salahkan dia pulak. Cuba bawa bertenang sikit. Bincang elok-elok,” tegur Syed Khalid dengan tegas kali ini. Kalsom mencebik geram mendengar teguran suaminya yang lebih memihak kepada Farah.

“Macam nilah Abang Mahmud. Biar kita tangguhkan dulu perkahwinan mereka berdua. Rul pun baru aje masuk kerja. Biarlah kita berikan masa kepada mereka berdua untuk berfikir,” cadang Syed Khalid kemudian. Sememangnya itulah dia mahukan. Dari dulu lagi dia tidak setuju dengan rancangan gila isterinya.

“Abang pun rasa macam tu jugak. Dalam hal ni Farah tak bersalah, Som. Janganlah kamu terus-terusan marah dia. Cuma Rul yang tak berapa setuju sebab dia pun baru aje balik sini. Kehidupan dia pun belum lagi stabil. Sama-samalah kita berikan masa kepada mereka berdua. Kalau kamu nak Farah tinggal sini tak apa. Biar saya yang jaga dia,” ujar Tan Sri Mahmud.

“Tak apa, bang. Farah anak saya. Biar saya bawak dia balik. Susahkan kamu berdua aje kat sini,” kata Syed Khalid segera.

“Oh bermakna Rul yang tak setuju dengan rancangan kita ni?” tanya Kalsom malas dan bernada sindir.

“Saya setuju!”

Semua yang ada di ruang tamu terkejut besar. Lebih-lebih lagi Farah. Selepas mendengar suara yang hilang lebih seminggu, dia terus mengangkat wajahnya memandang seraut wajah yang dirinduinya.

Dengan perlahan-lahan Fakhrul menghampiri Farah dan menggenggam tangannya lembut tetapi kejap. Fakhrul memberikan senyuman yang paling manis sekali pada Farah. Ikhlas atau tak, itu cerita lain. Farah bingung dan terus memandang Fakhrul tanpa berkelip.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku