LOVE YOU FOREVER!!
Bab 14
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1460

Bacaan






Usai mandi Farah menunaikan Solat Isyak. Dia melihat suaminya sedang berbaring di atas katil. Setelah menunaikan tanggungjawab pada DIA, Farah berkira-kira untuk turun ke bawah. Menolong mereka apa yang patut. Takkan disebabkan majlis dia, dia nak buat tidak tahu aje kot. Walaupun penat, Farah masih lagi ada kudrat untuk menolong mereka.

Baru sahaja dia hendak pulas tombol pintu Fakhrul sudah memanggilnya.

Ingatkan dah pengsan tadi. Rupanya hidup lagi, bisik Farah nakal.

“Nak pergi mana?”

“Turun bawah.”

“Duduk dulu. Aku nak cakap sikit dengan kau,” arah Fakhrul bersahaja. Dia mula mengubah posisi badannya.

Amboi… tadi bukan main lagi bersayang-sayang. Sekarang aku dan kau pulak. Tak apa. Aku dah memang jangkakan pun. Semuanya hanya lakonan. Awak ni boleh meraih trofi sebagai pelakon terbaik. Kalah Aaron Aziz, getus Farah geram.

“Apa yang tercegat lagi tu? Duduklah. Aku nak cakap sikit,” marah Fakhrul tiba-tiba. Geram sebab Farah seperti sedang mengelamun.

“Apa dia?”

“Kau tak nak tahu kenapa aku setuju nak kahwin dengan kau?”

Farah pelik.

“Soalan apa ni?” marah Farah.

“Yalah, aku risau kalau kau tu betul-betul ingat aku nak kahwin sangat dengan kau ni. Maklumlah kau ni kan syok sangat kat aku,” kata Fakhrul sinis.

“Farah bukan nak sangat kahwin dengan abang pun. Farah pun macam abang jugak. Kena paksa.” Jawab Farah dengan tenang.

“Oh… kalau macam tu biar perkahwinan ni kita jadikan macam kontrak. Kan senang?” cadang Fakhrul tidak masuk akal.

“Farah tak faham.” Farah buat muka bingung.

“Kau tu memang bengap.”

Macam ni, since kau pun tak kahwin dengan aku secara rela, apa kata kita berpisah selepas tiga tahun. Sebab, lepas tu aku nak kahwin dengan buah hati aku. Sebenarnya aku dah ada girlfriend. Disebabkan kau nak sangat kahwin dengan aku so, aku tak ada pilihan lain lagi. Lagipun…”

Farah menyampuk. “Excuse me. Farah bukan nak sangat kahwin dengan abang okey. Farah tak terhegeh-hegeh pun. Semuanya jadi di luar kemampuan Farah,” jawab Farah marah.

“Apa-apa ajelah! Jadi, kau setuju tak?”



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku