LOVE YOU FOREVER!!
Bab 15
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
904

Bacaan






SEJAK pagi lagi aku cari kau, mana kau pergi? Baru masuk ke apa? Helo… dengar tak aku cakap dengan kau ni.”

Fikri naik berang apabila Fakhrul tidak menjawab soalannya. Diambil sehelai kertas lalu dikeronyokkan dan terus baling ke arah Fakhrul. Fakhrul yang terkejut dengan sergahan Fikri terus naik marah.

“Kau ni kenapa? Dah jadi budak kecillah pulak. Main baling kertas ni apa hal?”

“Aku yang patut tanya kau. Yang kau diam sejak tadi kenapa? Aku cakap pun kau boleh lagi buat tak tahu aje. Apa yang kau fikirkan sangat ni?” balas Fikri dengan rasa tidak puas hati.

“Hah kau cakap dengan aku ke, Fik?” tanya Fakhrul, tidak sedar langsung.

“Habis dengan siapa lagi aku nak cakap kalau bukan dengan kau. Selain daripada kau dan aku ada benda lain ke yang ada telinga dalam bilik kau ni?” sinis Fikri.

Fakhrul tersenyum hambar.

“Kau ada masalah ke?”

“Aku risau sangat ni Fik. Dah sebulan Amal hilangkan diri. Sampai hari ini dia tak call atau mesej aku pun. Aku pun tak dapat call dia. Kalau ya pun dia nak larikan diri tapi janganlah sampai nak buat aku risau. Dulu dia jugak nak sangat aku kahwin dengan Farah tapi tengok sekarang apa dah jadi,” adu Fakhrul sambil meraup wajahnya berkali-kali. Kusut.

“Balik-balik dia jugak yang kau tanya. Sebulan dia tak call, kau nak lagi dengan dia?”

“Sebab aku cintakan dia Fik. I really love her a lot. Aku tak boleh hidup tanpa dia. Aku nak dia balik dalam hidup aku, Fik. Kalau dia nak aku ceraikan Far…”

“Cukup Rul!” jerit Fikri sedikit emosional sebelum Fakhrul dapat menghabiskan kata-katanya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku