LOVE YOU FOREVER!!
Bab 16
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1175

Bacaan






“Sayang!”

“Astaghfirullahalazim! You, bila balik? I rindu tau,” jerit Fakhrul kegirangan.

Tak disangka perempuan yang dirindui saban hari sedang berdiri di depannya dengan manja dan dengan senyuman yang meleret panjang.

“I pun rindukan you jugak. Sebab tu I terus terbang ke sini sebab tak sabar nak jumpa you. I missed you so much, sweetheart,” luah Amalina tanpa segan silu.

Dengan manja dan gedik Amalina menghampiri Fakhrul dan memberikannya sebuah ciuman mesra. Fakhrul memaut pinggang ramping Amalina dengan erat. Chelvi masih lagi berdiri di situ tanpa berganjak setapak pun. Dia tenganga dan tergamam dengan adegan yang baru dilihatnya sebentar tadi.

Wait a moment,” kata Fakhrul pada buah hatinya. Chelvi dihampirinya.

“Chelvi thank you so much. And I’m so sorry about just now. Tomorrow I’ll treat you lunch okay. And I want you to cancel all my appointments and meetings with other stake holders. I won’t be in again. Anything just leave it on my table, tomorrow I’ll check. You may leave now,” arah Fakhrul dengan senyuman mesra.

Chelvi yang masih lagi tercengang hanya mengangguk.

“Amboi tadi bukan main lagi marah aku. Ni nak treat aku pulak esok. Tapi seronok jugak. Bukan senang nak makan dengan bos, kan. Tapi siapa perempuan ni ek. Seksi kalah minah saleh.” Bicaranya perlahan pada diri sendirinya.

If there’s nothing more better I leave first boss,” kata Chelvi dan terus berlalu. Di dalam hati sempat juga dia bermonolog sebelum meminta diri.

“Sayang, bila balik ni? I macam tak percaya tau you dah ada kat depan mata.”

Sorrylah sayang. Dua hari lepas baru I sampai kat sini. Masa I kat sana I tak dapat nak fokus pun dalam kerja I tapi I kuatkan diri jugak sebab nak berjaya. Kalau cepat I berjaya lagi cepatlah kita kahwinkan sayang. Tapi disebabkan I tak dapat bertahan lagi, I pun terbang sini tau. Rindu sangat kat you,” bohong Amalina dengan gediknya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku