LOVE YOU FOREVER!!
Bab 17
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1093

Bacaan






HARI ni genap lima bulan sudah usia perkahwinan Fakhrul dan Farah. Dan selama itu juga Fakhrul dan Farah menjadi pelakon dalam rumah tangga mereka. Hingga ke hari ini, kedua-dua mereka cuba untuk membahagiakan orang tua mereka dan sanggup berlakon di hadapan semua hanya untuk mengaburi mata mereka.

Lima bulan sudah cukup bagi Farah mengenali Fakhrul dengan lebih mendalam lagi. Kalau dahulu Farah terfikir juga, jika dia boleh buat lelaki itu jatuh cinta terhadapnya tetapi kini dia tahu dan yakin yang dia takkan boleh memiliki sekeping hati lelaki itu kerana hatinya telah lama dicuri dan wanita yang menghuni di dalam hati suaminya begitu istimewa.

Sedang asyik melayani fikiran, Farah ternampak Fakhrul keluar dari bilik air dengan hanya pakai tuala paras pinggang. Hatinya berdetak dengan kuat sekali. Pertama kali melihat tubuh badan suaminya membuatkan dia segan dan malu untuk berduaan dengan suaminya ketika ini.

Fakhrul yang perasan perubahan Farah hanya bersikap selamba dan menukar pakaiannya di hadapan isterinya. Farah pula terus membuang pandangan ke luar tingkap.

“Aku nak keluar. Kalau umi dan abah tanya pandai-pandailah kau jawab,” kata Fakhrul setelah siap berpakaian.

“Mana awak nak pergi?”

“Jumpa kawan.”

“Kawan? Ke girlfriend?” sinis Farah dengan berani.

“Memang nak jumpa girlfriend pun. Kenapa cemburu?” menyirau darah Fakhrul. Pantang jika dirinya disoal. Mulalah nak marah.

Wajah Farah bertukar muram. Dia sedih. Sanggup Fakhrul buat dia begitu.

Hmm… awak percaya tak kalau saya cakap saya ni dah mula cemburu dan tak suka awak jumpa teman wanita awak. Tolong jangan pergi awak, rayu Farah di dalam hati dengan perasaan sayu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku