LOVE YOU FOREVER!!
Bab 18
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
751

Bacaan






BARU balik?”

Fakhrul menjeling isterinya yang sedang baring lalu bersedia untuk masuk ke dalam bilik air.

“Awak dengar tak? Saya tanya ni, awak baru balik ke?” keras suara Farah, menandakan ketidakpuasan hatinya.

“Kau buta ke apa? Kalau kau baru nampak aku, maknanya baru aku baliklah. Takkan itu pun nak cakap,” ujar Fakhrul tiba-tiba naik angin.

“Kenapa lama sangat awak keluar? Sedar tak sekarang pukul berapa?” Farah menyoal Fakhrul yang kelihatan penat.

Fakhrul mencebik.

“Awak sedar tak ni?” tanya Farah sekali lagi.

Sakit hatinya belum lagi hilang. Walaupun dia melarang suaminya keluar tetapi suaminya tetap keluar meninggalkannya.

“Hei! Yang kau ni jerit bagai ni kenapa? Dah kena rasuk ke? Balik rumah aje asyik kena bebel. Boleh tak kalau sehari, kau tak masuk campur hal aku. Jangan asyik nak menyemak aje. Buat rimas mata aku tau tak?” jerkah Fakhrul.

“Salah ke sebagai isteri saya nak tahu apa yang awak buat kat luar? Keluar petang tadi, ni baru balik. Tadi pun umi dan abah tanya. Kalau kerap awak buat hal, macam mana saya nak jawab kat umi dan abah nanti. Tak takut mereka syak?”

“Senang sikit kerja aku. Lagi bagus kalau mereka tahu. Biar mereka tahu perempuan jenis macam mana kau ni. Dahlah hancurkan hidup aku, sekarang berpura-pura nak jadi baik. Jangan nak perasan jadi isteri mithalilah. Dah memang aku tak suka kau. Nak tinggal dengan kau pun buat apa kalau mata dan hati aku sakit. Sebab kau, Amal selalu menangis dan disebabkan kau jugaklah aku tak dapat nak tumpukan perhatian aku pada dia tahu tak?” jerit Fakhrul sambil mendekatkan wajahnya pada Farah.

“Habis tu awak tak payah nak tumpukan perhatian kat saya. Macam tu?”

“Kau tu isteri sekadar atas kertas aje. Jangan nak jadi ‘mem’ pulak. Bagi aku, kau hanya sekadar orang gaji yang tidak dibayar upah dalam rumah ni. Kalau dah namanya orang gaji buat cara macam orang gaji,” sinis Fakhrul.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku