LOVE YOU FOREVER!!
Bab 19
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
803

Bacaan






Di dapur Farah menyediakan makan tengah hari. Tidak sedar kedatangan suaminya ke dapur secara senyap-senyap.

“Oh mak kau. Opocot!” Melatah Farah apabila Fakhrul tiba-tiba mencuit pinggang ramping miliknya. Dijeling suaminya yang ketawa sakan melihat dirinya melatah.

“Awak ni tak ada kerja lain ke hah? Datang sini buat apa?” ujar Farah.

“Amboi bahasa. Macam ni ke seorang isteri cakap dengan suami? Entah-entah kau ni still lagi dengan masalah datang bulan kau. Lamanya kau punya period,” usik Fakhrul selamba.

“Awak ni tak ada benda lain lagi ke nak jadikan bahan mengusik. Dah pergi depan jangan nak sibuk pulak kat sini,” halau Farah dengan geram.

Tenteramnya seakan diceroboh. Namun hatinya tetap gembira dengan kehadiran si dia kat dapur.

“Laa… usik sikit pun nak marah. Hari ni kau masak apa?”

Farah diam. Fakhrul menjenguk ke arah periuk yang diisi dengan kuah.

“Dosa kalau tak jawab pertanyaan suami. Kau nak sangat masuk neraka ek,” usiknya lagi.

“Gulai asam pedas,” ringkas aje jawapan Farah.

“Takkan asam pedas aje kot?”

“Hisy awak ni boleh duduk diam sikit tak. Saya ada banyak kerjalah.”

“Kau marahkan aku lagi ke?”

Farah hanya diam. Dia sibuk kacau gulai asam pedas di dalam periuk itu.

“Aku tanya ni. Kau marahkan aku lagi ke?” tanya Fakhrul sedikit tegas dan kemudia memusingkan badan Farah untuk memandangnya.

“Hmm… tak,” bohong Farah.

“Berdosa kalau tipu suami. Kau nak sangat masuk neraka?” ucap Fakhrul cuba takutkan Farah.

Farah membuat muka malas.

“Kau marahkan aku lagi?” ulang Fakhrul lagi.

Farah hanya menggeleng. Malas dia mahu mengiyakan. Kalau ya pun suaminya boleh buat apa. Sakitkan hatinya lagi adalah.

“Kalau tak kenapa kau tak cakap dengan aku? Kenapa kau elakkan diri daripada aku?”

“Bukankah awak sepatutnya rasa gembira sekarang. Saya kan buat awak rimas. Dahlah saya ni penghancur hidup awak dan duduk rumah ni pulak dengan percuma. Awak sendiri cakap saya ni tak ubah macam orang gaji yang tidak dibayar gaji. Habis tu kenapa nak susah hati kalau saya tak cakap dengan awak? Awak patutnya gembira sekarang bila orang gaji dah tak pedulikan awak,” sindir Farah, diluahkan rasa hatinya yang dipendam sejak sekian lama.

“Farah… hmm…. okey aku mintak maaf. Aku tak patut cakap macam tu. Masa tu aku marah. Aku serabut. Aku minta maaf ek,” pinta Fakhrul sambil menggenggam pergelangan Farah.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku