LOVE YOU FOREVER!!
Bab 20
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1088

Bacaan






Fakhrul memecah keheningan pagi dengan membawa satu permintaan yang besar. Wajahnya jelas terkesan riak sedih dan rasa bersalah.

“Abah, Rul ada perkara penting yang nak dibincangkan,” kata Fakhrul dan terus mulakan ayat sebegitu sebagai mukadimah untuk ulasan yang selanjutnya.

Tan Sri Mahmud berhenti suapannya seketika dan mula tumpukan perhatian pada anak lelakinya itu. Begitu juga Puan Sri Najihah.

“Apa dia? Fasal pejabat ke?” tanya Tan Sri Mahmud.

Fakhrul menggeleng. Dahi Tan Sri Mahmud berkerut.

“Sebenarnya macam ni bah. Abah dan umi tahu kan Rul dan Farah dah kahwin hampir setengah tahun. Kami bercadang nak hidup berdikari dan pindah keluar. Bukan sebab apa, kami nak hidup lebih berdikari dan saling mengenali antara satu sama lain. Kami nak rasai nikmat hidup rumah tangga yang betul-betul,” ujar Fakhrul teragak-agak.

Barangkali takut jika orang tuanya tersinggung dengan permintaannya. Farah yang duduk di sebelah Fakhrul sudah mula rasa tidak senang hati. Malah kedua-dua mentuanya juga kelihatan terkejut dengan penjelasan Fakhrul.

“Kenapa selama ni kamu berdua tak nikmatinya ke? Perlu ke kamu berdua pindah ni Rul?” soal Puan Sri Najihah kesal.

“Bukan macam tu umi. Farah nak kami berdua hidup berdikari. Bukan nak buat umi dan abah jauh hati tapi kalau kami hidup berdua, kami dapat menempuhi masalah bersama dan dalam menangani masalah,” ujar Fakhrul selamba tanpa memikirkan pun perasaan Farah.

Farah terbeliak biji mata mendengar kata-kata Fakhrul. Dia sendiri tidak tahu bila masa dia mengajak suaminya pindah. Daripada duduk luar, Farah lebih selesa duduk dengan mentuanya. Dia sedikit pun tidak setuju dengan apa yang suaminya katakan. Namun dia tiada pilihan melain mengiyakan. Takkan dia nak katakan yang suaminya sedang berbohong.

“Betul ke Farah? Farah tak selesa ke nak duduk dengan kami?” tanya Puan Sri Najihah dengan wajah mendung. Seleranya juga sudah mati.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku