LOVE YOU FOREVER!!
Bab 21
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1277

Bacaan






Farah mengeluarkan sebuah buku nota dari dalam laci meja solek. Dia membelek buku nota itu dengan perasaan yang bermacam-macam. Walaupun ia hanyalah sebuah buku nota yang berkulit nipis namun banyak sangat kenangan yang tersimpan di sebalik buku nota yang dipegangnya.

“Oh ni kerja kau rupanya. Malas nak buat kerja rumah kau duduk menghadap komputer. Apa kau ingat aku ni orang gaji dalam rumah ni? Semua kerja aku yang kena buat?”

“Ibu… ibu… sakit ibu… semua kerja Farah dah siap. Ibu sakit ibu. Lepaskan Farah,” jerit Farah apabila Kalsom piat telinganya dengan kuat. Sakitnya hanya TUHAN yang tahu. Perit tidak terkata.

“Dah siap kepala otak kau. Habis tu baju-baju kat dalam bilik air tu siapa nak cuci. Kau nak aku upah orang dari luar? Sekarang ni kau dah pandai menjawab. Dah pandai curi tulang pulak tu. Menghadap komputer buat apa? Mengarang benda karut,” herdik Kalsom pada anaknya yang baru ketika itu berusia 15 tahun.

“Ibu mintak maaf. Farah dah cuci tadi. Mungkin baju adik kot ibu. Farah pergi cuci sekarang jugak. Ibu sakit… sakit. Tolong lepaskan Farah,” pinta Farah sambil menangis teresak-esak. Telinganya sudah naik biru akibat cubitan ibunya yang kejam.

“Kenapa kalau baju adik kau, kau nak aku yang cuci. Dah pandai asing-asingkan orang dalam rumah ni pulak. Kau nikan saja nak buat aku naik darah. Tak boleh nak tengok aku senang sikit. Sebab kau jugaklah aku ada darah tinggi. Kau nikan…” marah Kalsom sambil mencari alat untuk memukul anak sulungnya. Tangannya segera mengambil penyangkut baju dan terus memukul Farah tanpa belas kasihan.

Farah sudah jatuh terjelopok di atas lantai. Badan, tangan dan kakinya habis berbirat akibat dikerjakan ibunya sendiri. Syed Fahrain terkejut melihat keadaan kakaknya begitu. Dia segera menghampiri ibunya dan berusaha untuk mengambil penyangkut baju daripada ibunya namun gagal.

Nasib baik Syed Khalid tiba di rumah pada waktu yang tepat. Syed Khalid berasa marah dengan tindakan isterinya yang tidak pernah nak fikir panjang dan baik buruknya sebelum melakukan sesuatu.

“Som… Ya ALLAH! Apa yang awak dah buat ni? Berhenti Som. Berhenti!” bergema satu rumah dengan suara lantang Syed Khalid.

Syed Khalid terus duduk di atas lantai dan menolong Farah untuk bangun. Syed Khalid tidak percaya yang isterinya sanggup memukul anaknya hingga berdarah. Perlakuan Kalsom dikategorikan sebagai kes penderaan kerana mengakibatkan kecederaan yang teruk.

“Mengucap Som! Kenapa buat Farah macam ni? Apa yang dia dah buat?” tanya Syed Khalid marah.

Farah dan Fahrain disuruh masuk ke dalam bilik mereka.

“Ada anak dara pun apa gunanya. Dah pandai melawan sekarang. Susah nak buat kerja rumah. Dari pagi hingga jauh malam asyik duduk menghadap komputer aje kerja dia. Tak boleh nak harap langsung,” kata Kalsom dalam nada marah juga. Suaminya dijeling.

“Apa salahnya kalau Farah nak guna komputer pun. Abang belikan komputer pun untuk kegunaan dia jugakkan. Biarlah dia guna. Lagipun budak tukan nak duduk PMR tahun ni. Adalah tu kot bahan-bahan yang nak dicarinya,” bela Syed Khalid anaknya.

“Abang tu tak tahu apa yang dia buat dalam komputer tu. Dia bukannya belajar tapi karang benda-benda yang karut. Suruh belajar buat benda-benda yang tak berfaedah. Suruh buat kerja rumah sikit mula melawan. Eei… tak tahulah saya,” marahnya lagi.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku