LOVE YOU FOREVER!!
Bab 22
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
828

Bacaan






“Helo sayang. Sihat?”

“Sihat, yah. Ibu dan adik-adik sihat?”

“Sihat. Ibu kamu tu bertambah sihat,” gurau Syed Khalid riang.

Pagi-pagi macam ni Syed Khalid mengharapkan suasana yang meriah sikit. Bukan suasana yang seperti berkabung. Kalsom menjeling suaminya sekali lagi. Dia sudah dapat agak siapa menghubungi suaminya. Menyampahnya mula menguasai diri.

“Alhamdulillah. Ayah, Farah ada benda nak cakap sikit. Ayah free tak sekarang?”

Syed Khalid berlalu dari situ untuk memberi sedikit ruang untuk anaknya berbicara. Kalsom yang melihat suaminya bergerak dari dapur dia mula naik radang.

“Hah nak ke mana tu?”

“Kejap, kejap.”

“Aik rahsia besar ke sampai tak boleh cakap kat sini!” sindir Kalsom sambil menyuap nasi goreng kampung.

“Som nanti saya cakap dengan awak,” ujar Syed Khalid sambil beredar ke halaman rumah mereka.

Salah satu sebab Syed Khalid bergerak jauh dari isterinya kerana dia pasti isterinya akan menyakiti anak mereka walaupun jarak mereka jauh berbatu.

“Kenapa yah, ibu marah ke?”

“Tak sayang. Ada apa nak cakap tadi? Dengar macam perkara penting?”

“Ayah, Farah sebenarnya cadang nak sambung belajar.”

“Alhamdulillah. Syukur sangat ayah. Bila nak sambungnya?”

“Kalau boleh bulan depan, yah. Ayah boleh tolong Farah tak? Dulu Farah ada dapat surat tawaran nak masuk Taylors University, ayah boleh tolong tak poskan surat tu ke alamat rumah baru Farah. Farah nak surat tulah, yah,” pintanya sopan.

“Laa… kenapa nak pos? Nanti ayah turun KL. Takkan ayah tak boleh buat benda kecil ni pun untuk anak ayah yang bijak pandai. Ayah gembira sangat sebab akhirnya impian Farah bakal tercapai. Dah cadang nak ambil kursus apa?”

“Dah yah. Farah nak ambil Bachelor in Mass Comm, Major Journalism. Farah minat sangat nak explore dalam penulisan,” jawabnya jujur.

“Anak ayah memang ada bakat pun. Apapun keputusan Farah, ayah tetap sokong.” 

“Terima kasih ayah. Hanya ayah yang Farah boleh bergantung sekarang ni.”

“Kenapa cakap macam tu? Kamu dah bincang dengan suami belum?”

Farah diam. Sejak kahwin, tidak pernah sekali dia kompelin atau bercerita fasal rumah tangga dia pada keluarganya. Apabila ayahnya bertanya begitu, Farah mula gelabah dan tergagap-gagap.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku