LOVE YOU FOREVER!!
Bab 23
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
986

Bacaan






FARAH… Farah!!!”

Mana dia pergi ni hah? Pintu rumah tak berkunci. Suka-suka hati aje nak keluar macam tu, ngomel Fakhrul geram.

Setelah dia pasti Farah tiada di rumah, Fakhrul terus menghenyakkan punggungnya di atas sofa empuk di ruang tamu. Fakhrul mencapai alat kawalan jauh televisyen di atas meja kopi. Tangannya pantas menekan butang-butang ikut sesuka hati dia. Agak lama juga dia tidak menonton televisyen. Jadi, Fakhrul tidak pasti program dan rancangan-rancangan astro pada waktu siang begini.

Hisy manalah dia ghaib ni. Minah ni bukan ada handphone pun untuk aku call dia. Susahnya, rungut Fakhrul lagi. Aik buku apa pulak ni? Tanya Fakhrul pada diri sendiri. Buku nota yang berwarna hijau kelihatan baru baginya. Sudah dua minggu dia tinggal di kondominium ini tetapi baru pertama kali dia melihat buku ini. Fakhrul mula menyelak helaian buku itu. Dia terkejut cerita-cerita yang tertulis dalam buku itu. Tulisan juga amat cantik dan kemas sekali. Fakhrul mula khusyuk membaca cerita yang dikarang. Jiwang-jiwang gitu!

“Assalamualaikum. Dah lama sampai?”

Fakhrul senyap.

Hello are you here?” tanya Farah agak kuat.

“Hei apa sergah-sergah ni? Dah tak pandai nak bagi salam ke?” marah Fakhrul. Buku yang dipegangnya nyaris-nyaris terjatuh.

“Awak tu yang tak sedar saya bagi salam. Nilah jadinya kalau berangan sangat,” sindir Farah dan terus menuju ke dapur.

“Kau pergi mana hah? Punyalah lama aku tunggu. Asal tak kunci pintu?” tanya Fakhrul, tidak puas hati.

“Boleh tak belajar bersabar sikit. Saya bukan pergi mana-mana pun. Saya ke rumah sebelah aje. Takkan salah kot. Awak tu yang tak telefon nak balik awal. Terus balik aje marah-marah tak tentu fasal. Penat saya tahu tak?”

“Okey, okey. Aku bukan balik awal ni nak gaduh dengan kau. Aku balik ni sebab nak bawa kau pergi hospital. Nadirah, isteri Fikri dah bersalin. Aku nak jenguk mereka. Kau ikut sekali,” arah Fakhrul.

“Kenapa pulak saya? Bawak ajelah awek awak tu. Asal, dia dah lari?” sindir Farah kurang ajar.

“Hei Farah kau jangan nak kurang ajar ya. Kalau aku suruh kau siap, siap aje. Apa yang susah sangat ni? Dia dah lari ke atau tak ke, kau tak payah nak kisah sangat. Jangan nak banyak soal. Siap! Lepas maghrib kita bertolak!”

“Maknanya dia dah larilah tu,” sinis Farah lagi.

Kemarahan Fakhrul makin memuncak tinggi. Namun hatinya disabarkan jua. Takut nanti Farah tidak akan mengikutnya sekali.

“Nanti awak pergilah sorang. Saya malas nak ikut sekali,” ujarnya lemah. Malas hendak bertekak dengan suaminya.

“Kau nak aku kantoi dengan umi dan abah ke? Macam mana kalau mereka ada kat situ. Kenapa kau banyak songeh hari ni hah?”

“Suka hati sayalah.”

Fakhrul mendengus geram.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku