LOVE YOU FOREVER!!
Bab 24
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
618

Bacaan






SEJAK kebelakangan ini, Farah dan Fakhrul tidak bekomunikasi seperti dulu. Kali ini Farah betul-betul mogok untuk tidak bercakap dengan suaminya. Walaupun begitu, Farah tidak pernah lupa untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri. Pagi, petang dan malam makanan sentiasa tersedia di atas meja. Keperluan seharian Fakhrul seperti pakaian, stoking semuanya dilengkapkan. Baju-baju Fakhrul sentiasa dicuci, dijemur dan di seterika baik.

Ada juga hikmah di sebalik persengketaan mereka. Sejak Farah mem’bisu’ Fakhrul mula balik awal dari tempat kerja, keperluan dapur dilengkapkan, dan yang paling mengejutkan Fakhrul sudah mula jamah masakan Farah. Berkali-kali dia tambah makan.

Hari ini Fakhrul mengambil cuti kecemasan kerana kesihatannya tidak mengizinkannya bekerja. Sejak malam semalam lagi dia sudah merasai kelainan pada suhu badannya namun dia bersikap sambil lewa. Tup tup hari ini badannya terasa panas sangat dan lemah semacam. Dengan langkah perlahan Fakhrul keluar dari bilik tidurnya dan berjalan ke ruang tamu lalu baring di atas sofa panjang. Badannya terasa lemah dan kepalanya pusing.

“Farah…”

“Farah...” panggil Fakhrul sekali lagi. Suaranya seperti tidak kedengaran sahaja.

“Farah!” panggilnya sekali lagi dengan kuat.

Farah keluar dari dapur dengan terkocoh-kocoh. Dia leka benar bila memasak sampai tidak sedar akan panggilan suaminya.

“Ya, ya. Ada apa?”

“Saya sakitlah,” adunya manja.

Farah pelik.

Laa… sakit pun nak mengadu jugak. Mengada betul!

So?” soalnya bagaikan kesihatan Fakhrul tidak penting baginya.

So, apanya? Aku sakitlah. Kepala ni pusing semacam,” ujarnya dalam nada sedikit marah.

“Cis, sakit-sakit pun sombong dia tak habis lagi. Karang aku biarkan kau macam tu aje baru padan muka. Nak tunjuk sombong konon,” ngomel Farah perlahan. Tetapi sempat juga Fakhrul dengar.

“Apa?”

“Kejap. Saya bawa ubat.”

“Nah, ubat sakit kepala dan demam. Makan ubat ni dulu lepas tu rehat kejap,” arah Farah seperti seorang jururawat dan masuk semula ke dapur.

Beberapa minit selepas itu, Fakhrul memanggil Farah lagi. Farah yang sedang masak untuk makan tengah hari berasa marah dan geram dengan sikap mengada Fakhrul.

“Ada apa lagi ni? Saya tengah masakkan,” ucap Farah geram, senduk kari juga dibawa bersama.

“Saya haus. Tekak kering,” katanya perlahan dengan muka seposen.

Selang beberapa minit Farah kembali ke ruang tamu dengan sebotol air mineral dan sebiji gelas.

“Nah saya letakkan air awak kot. Bila-bila masa awak nak pun awak boleh minum,” katanya dan berlalu.

“Farah…”

“Sekali lagi awak panggil saya, awak takkan dapat makan apa-apa pun tau tengah hari ni. Biar kelaparan. Ada apa pulak sekarang ni? Kan saya dah suruh awak rehat. Rehat ajelah. Yang asyik panggil saya ni kenapa?” marah Farah.

Hah, kan Farah dah marah sekarang. Tulah mengada lagi.

“Macam ni ke cara awak layan seorang pesakit. Saya sakit kepalalah. Tolong picit boleh?” pinta Fakhrul lemah.

Dirinya kelihatan betul-betul tidak sihat dan lemah. Farah tersentuh hati apabila Fakhrul memintanya memicit kepala. Nampak gayanya Fakhrul sudah tukar panggilan untuk mereka berdua.

Dengan perlahan-lahan Farah bersila di tepi kerusi di mana Fakhrul baring. Tangannya yang lembut mula memicit kepala Fakhrul. Fakhrul terasa segala kesakitannya hilang macam tu aje apabila tangan lembut itu menyentuh kepalanya dengan kasih sayang. Lama juga Farah memicit kepala Fakhrul.

Selesai memicit Farah ke dapur untuk sambung kerja. Sekarang dia hanya perlu goreng sayur buncis dan ikan. Kari ikan dan nasi sudah pun siap. Untuk Fakhrul, Farah masak bubur. Kesian pula biarkan suaminya makan kari dan yang bergoreng. Sedang dia menggoreng sayur tiba-tiba…

“Farah… Farah sini kejap,” panggil Fakhrul dengan kuat.

Laa… ingatkan dah ‘pengsan’ tadi, rupanya ada lagi. Dia nikan saja nak kacau hidup aku yang aman damai nikan, rungutnya dan terus keluar dari dapur.

“Apa lagi yang Farah, Farah ni? Kan tadi saya…” Kata-kata Farah berhenti setakat itu sahaja.

“Ayah!” sambungnya.

“Awak jemputlah ayah masuk,” katanya pada suaminya pula.

Farah jadi takut dan malu kerana pasti ayahnya sudah melihat dan mendengar dia memarahi suaminya sekejap tadi. Adoi.. macam mana ni?






Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku