LOVE YOU FOREVER!!
Bab 25
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
702

Bacaan






“YOU nak apa jumpa I lagi? Ingatkan you lupa? Ni angin apa yang bawa you jumpa I?” sinis Fakhrul.

“Sayang kenapa ni? Cara you cakap semacam aje. Tengok, I yang rindukan you tapi you tak rindukan I pun. Saban hari I asyik teringatkan you tau. Kat Paris I tak boleh nak fokus dalam shooting I pun, sayang. Jantung I asyik berdegup kencang dan hati I ni asyik panggil nama you aje,” ujar Amalina dengan suara gediknya.

“Buat apa you nak tipu I hah? Apa motif you sebenarnya ni?” ujar Fakhrul mula hilang sabar.

Insiden yang dilihatnya beberapa minggu lepas terimbau di depan matanya sekali lagi. Ia membuatkan darahFakhrul tiba-tiba mendidih. Fakhrul berang dan mula menyampah dengan kekasih hatinya Amalina.

“Apa yang you merepak ni sayang?” tanya Amalina sambil jarinya telunjuknya mendarat ke dada Fakhrul.

“Amal you tak boleh tipu I tau. Dua minggu lepas I ada jumpa you dengan seorang lelaki tua dekat Hotel Swiss. Siapa dia? Dan apa yang you buat dengan lelaki tua dekat hotel tu?” soal Fakhrul sambil menepis tangan Amalina sedikit kasar.

Wajah Amalina terus berubah pucat. Tak sangka yang Fakhrul pernah jumpa dirinya dengan Datuk N, salah seorang ahli peniagaan yang terkenal. Dirinya dibayangi rasa takut namun Amalina pandai mengawalnya.

“Sayang, takkan dengan orang tua tu pun you nak cemburu kot. Hari tu I ada shooting dengan dialah. Tu yang kami ke hotel bersama dan nak berbincang fasal produk yang dipromosikan,” dalih Amalina dengan alasan yang kurang cerdik.

Fakhrul tersenyum sinis.

Shooting dengan orang tua tu. You nak I percaya dengan alasan bodoh you tu? Come on Amal. Kalau you nak bohong pun, tak payahlah you nak rosakkan nama syarikat modeling you tu. Salah I jugak sebab terlalu percayakan you.”

“You, you cakap apa ni? Jangan ingat I semurah itu. I masih lagi tahu batas I sebagai kekasih you. You are disappointing me,” ujar Amalina buat-buat sedih dan cuba menarik perhatian Fakhrul.

And you made me disappointed too. I’m leaving,” kata Fakhrul dan terus keluar dari restoran segera KFC. Malas dan menyampah mahu menghadap wajah Amalina. Hatinya sakit. Cinta sucinya seperti direndahkan oleh Amalina.

“Sayang… sayang,” jerit Amalina seperti orang gila.

Ramai yang memandang ke arah mereka. Fakhrul tetap dengan keputusannya. Tak lama selepas itu kereta Fakhrul pun sudah hilang daripada pandangan Amalina.

Ego Amalina tercabar. Berkali-kali Amalina menghentak kakinya kuat. Ramai orang pandang ke arahnya dan berbisik sesama mereka.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku