LOVE YOU FOREVER!!
Bab 26
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
609

Bacaan






“Awal awak balik hari ini. Minum?”

“Tak apalah. Aku dah minum dah kat luar. Macam mana hari ni?”

“Okey. Kelas mula esok. Hari ni orientasi aje.”

“Balik pukul berapa?”

“6.30 petang.”

“Kenapa tak beritahu?”

“Macam mana nak beritahu? Saya bukannya ada handphone pun. Takkan saya nak bawa telefon rumah pergi kolej kot,” seloroh Farah dengan nakal.

“Dah pandai menjawab nampak,” sinis Fakhrul sambil merenggangkan tali lehernya.

“Dah tu macam mana saya nak call kalau saya tak ada handphone.”

“Nah ambil handphone ni,” kata Fakhrul sambil memberikan telefon bimbitnya yang bermodel Samsung S2.

“Ek tak naklah. Habis tu awak nak pakai apa?”

“Kau tak payah risaulah. Aku ada lagi satu.”

“Cis, sombong. Bukan nak belikan yang baru. Bagi pun yang secondhand,” ngomel Farah tanpa ada rasa terima kasih dan rasa syukur.

“Apa?”

“Tak ada apa-apa. Saya cakap terima kasih. Awak, kelas esok saya pergi dengan Natrah, tau.”

“Hmm… dah habis kelas nanti call aku.”

“Okey. Awak tak nak makan ke?”

“Aku dah makan. Aku nak masuk tidur ni. Esok hati-hati.”

Hisy, laki aku ni. Macam datang bulan pulak. Bad mood semacam. Marah dia semua tunjuk kat aku. Sayang tak nak pulak tunjuk. But did he just said “hati-hati”. Maknanya…dia ambil berat jugak tentang akukan.

Ya ALLAH aku bersyukur pada-MU, KAU lembutkan hati suamiku untuk menerimaku, Wahai suamiku, aku sayang kau. Tersenyum Farah kemudian dengan hati yang berbunga-bunga sekali.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku