LOVE YOU FOREVER!!
Bab 27
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
612

Bacaan






Sudah lama jugak Amalina tidak bertandang ke pejabat Fakhrul. Hari ini tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba Amalina muncul pula di sini.

“You… apa you buat kat sini hah?”

“Kenapa tanya macam tu? You tak gembira ke setelah lama kita tak berjumpa?”

“Tidak sama sekali.Cuma terkejut dengan kemunculan you kat sini.Iingat you takkan lebih lama bersama dengan I,” ujar Fakhrul bernada sarkastik.

“You kenapa cakap macam ni? Apa yang I dah buat?”

“Tanya diri you sendiri kalau you nak tahu jawapan tu.”

“I tak tahu. I telefon you tak jawab. Mesej pun tak balas. Jadi you nak I buat apa?”

Because you made me disappointed. I’m disappointed with you. You berlaku curang pada I,” herdik Fakhrul.

Marahnya sudah kembali. Amalina geram. Terus dikeluarkan sebuah sampul surat besar dan terus dihempasnya di atas meja Fakhrul.

“Kalau you tak percayakan I jugak, lepas tengok gambar-gambar ni, I dah tak tahu nak cakap macam mana lagi. Lepas ni kalau you nak buang I dalam hidup you pun, I dah tak kisah. Sebab I tahu siapa diri I di sisi you. Mungkin you dah mula terima isteri you sampai you boleh buat I macam ni. Tapi tak apa. At least I akan rasa puas sebab dapat buktikan yang I tak curang kat you. Harap lepas ni you akan lebih bahagia dengan isteri you. I minta diri,” ujar Amalina dengan air mata palsunya. Amalina terus mengorak langkah.

Fakhrul dengan perlahan-lahan membuka sampul itu dan terkejut dengan gambar yang dilihatnya. Semuanya gambar Amalina bershooting dengan lelaki tua yang pernah dilihatnya bersama Amalina. Oleh kerana sifat cemburu itu membuatkan dia marah sekali pada Amalina hingga membuatkan hubungan mereka berdua menjadi renggang.

“Ya ALLAH apa yang aku dah buat ni?” tanyanya pada diri sendiri dan terus mengejar kekasih hatinya.

“Amal… Amal wait. I need to talk to you.”

“Ada apa lagi you nak cakap. Semuanya dah berakhir. I berharap you takkan berprasangka buruk pada I lagi. And I jugak tahu you tak perlukan I lagi,” kata Amalina dengan lakonannya. Sekali lagi air mata palsunya tumpah.

“You please don’t say a word like this. I tahu I salah. I tak patut bersikap terburu-buru macam ni. Maafkan I. I terlalu mengikut perasaan.”

“Tak apa. I tahu, I bukan perempuan yang baik untuk you. But it is okay. Mungkin Farah adalah jodoh yang terbaik buat diri you. I redha,” kata Amalina lagi. Lakonannya betul-betul menjadi kali ni yang menyebabkan Fakhrul tumpas.

“Sayang, please don’t be like this. I terlalu rindukan you tapi I ego. Ego untuk kembali pada you. I takut kehilangan you. Sebab tu I terlalu mengikut perasaan. I mintak maaf,” pinta Fakhrul sambil memegang tangan Amalina.

Lama Amalina memandang wajah Fakhrul. Di dalam hati Amalina sudah ketawa terbahak-bahak. Bodohnya you ni Rul. Aku jugak yang menangkan. You selalu lupa yang you ni memang bodoh, dungu, bengap, ejek Amalina di dalam hati.

“Sayang I mintak maaf,” pinta Fakhrul sekali lagi.

“Tolong maafkan I.”

“You selalu berada di dalam hati I. I memang tak boleh nak lupakan you. Tapi lain kali jangan buat macam ni lagi tau. I sangat terseksa,” katanya dalam nada merajuk dan manja.

“I mintak maaf sayang. I janji I takkan buat macam tu lagi. I sumpah,”ujar Fakhrul mengangkat tangan seperti berikrar.

Mereka berdua berpelukan. Sebenarnya ada mata yang memandang aksi mereka berdua dari tadi. Apa yang akan berlaku hanya dia seorang sahaja yang tahu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku