LOVE YOU FOREVER!!
Bab 29
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
668

Bacaan






“ABAH macam mana hari ni?”

“Sihat sayang. Farah nak ke mana ni? Pakai baju cantik-cantik.”

“Farah nak ke kuliah. Hari ni ada test,” jawabnya dengan senyuman nipis.

Hari ini Farah mengenakan baju kurung moden berwarna kuning dan tudung berwarna putih.

Dia mengambil tempat duduk di sebelah Fakhrul yang sedang menikmati sarapan. Baru aje Farah menghabiskan sekeping roti bakar, terdengar bunyi hon kereta di luar. Farah cepat-cepat menghabiskan minumannya dan meminta diri.

“Kenapa tergesa-gesa sangat ni?” tanya Puan Sri Najihah

“Farah dah lambat umi. Kawan Farah pun dah sampai tu,” jawabnya laju.

“Jemput kawan kamu minum sekali,” ujar Puan Sri Najihah.

“Awak ni Naj, budak tu dah lambat, nak ajak kawan dia makan bersama pulak. Tak apa. Beginilah, malam nanti farah ajaklah kawan Farah tu makan. Abah dan umi pun nak berkenalan dengan dia jugak,” kata Tan Sri Mahmud lemah. Walaupun pada zahirnya Tan Sri Mahmud kelihatan segar tapi hakikatnya masih lagi lemah.

“Insya-ALLAH bah. Farah pergi dulu umi, abah. Abah jangan lupa makan ubat tau.” Sempat lagi Farah berpesan.

“Abang, Farah pergi dulu ya,” katanya dan menyalami tangan suaminya dengan sopan seperti selalu.

Fakhrul agak kekok apabila Farah berbuat begitu di depan orang tuanya. Bukannya salah pun.

Setelah kereta yang dipandu Natrah hilang dari pandangan, Fakhrul pula meminta diri ke pejabat. Sejak kejadian hari itu, hubungan Fakhrul bersama uminya semakin dingin dan renggang. Tak ada lagi gurau senda di antara mereka anak beranak. Satu yang ditanya, satu jugak yang dijawab Puan Sri Najihah. Fakhrul juga perasan akan perubahan uminya sejak kebelakangan ni. Dia tahu dia salah, tetapi dia tak dapat mengambil balik kepercayaan daripada uminya seperti dahulu kala.

“Umi, Rul ke pejabat dulu.”

“Hmm…” Itu sahaja respon Puan Sri Najihah.

“Kalau ada apa-apa nanti call Rul ya umi.”

“Tak payah risau. Pak Kassim ada,” agak kasar jawapan uminya.

Fakhrul mengangguk lemah. Dia tidak tahu bagaimana caranya lagi untuk memujuk hati kedua-dua orang tuanya. Keras bagaikan batu. Tetapi semuanya berlaku kerana kesilapan dirinya jugak. Dia yang mulakan persengketaan ini hingga membuat hubungan mereka anak beranak menjadi dingin dan kaku.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku