LOVE YOU FOREVER!!
Bab 30
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1640

Bacaan






Usai tamat kuliah, Fakhrul menjemput Farah. Hari ini Natrah ke rumah Iqbal, bakal mentuanya. Di dalam kereta, masing-masing mendiamkan diri. Mungkin teringat kejadian semalam. Semuanya berlaku dengan spontan. Hanya celoteh DJ dari hitz.fm yang kedengaran. Setelah lama menyepi Fakhrul mula bersuara.

“Hari ni kita makan luar ya. Mak Nah dan Pak Kassim keluar dengan umi dan abah,” beritahu Fakhrul.

Tanpa banyak songeh Farah hanya mengangguk lesu. Hari ini dia terasa amat penat kerana kuliah berterusan dari pagi hingga petang. Makan tengah hari pun dia tak ambil. Perutnya sudah membuat bising supaya diisi segera.

Farah menyandar dengan selesa. Matanya ditutup rapat. Fakhrul memandang sekilas ke arah isterinya yang seperti sedang tidur. Cermin depan dihalakan ke kiri sedikit supaya dia selesa melihat isterinya yang mula nak tidur.

“Kuliah hari ni macam mana?” Sengaja Fakhrul mahu mengusik isterinya daripada tidur.

“Okey,” ringkas jawapan Farah.

“Okey aje? Macam mana progress?”

“Hmm... okey.” Sama sahaja jawapan yang diberi Farah.

“Kenapa pulak okey aje? Ada peningkatan tak? Kalau tak ada, aku tarik diri dari jadi funder kau,” ujar Fakhrul buat-buat serius.

Memang dia mengambil berat tentang pelajaran Farah tapi sebenarnya dia rasa bosan untuk memandu tanpa mendengar celoteh isterinya yang selalu bercerita macam-macam. Lagipun bukan dia tak tahu dengan kepandaian isterinya. Semalam pun dia agak terkejut melihat isterinya mengulas semua isi-isi kerja kuliahnya. Sebagai suami, Fakhrul berasa bangga dengan Farah yang memang dikenali sebagai budak pandai sejak dulu lagi.

“Hmm... ada,” jawabnya malas.

Dengan perut yang berkeroncong dia tak ada semangat langsung untuk bersuara.

“Kenapa ni macam tak suka aje cakap dengan aku? Apa masalah kau ni? Jangan lupa semalam aku bagi kau pinjam laptop aku ek.” Sengaja Fakhrul mengungkit pertolongannya semalam.

Eii… suami aku ni, dah bagi, lepas tu nak ungkit pulak, gerutunya di dalam hati.

“Nampak sangat awak ni tak ikhlas.”

“Hah! Ada pun suara. Ingatkan dah tak tahu nak cakap,” seloroh Fakhrul.

Hello. Excuse me, I’m a mass comm student okay. I can talk even better than you,” bela Farah.

Fakhrul tersenyum. Sejak kebelakangan ni Fakhrul lebih selesa dan mula menunjukkan sikap yang positif dalam dirinya. Misalnya, dia dah boleh bertolak-ansur dengan Farah, sudah boleh bawa berbincang dan bersembang, tolong-menolong, tak ada lagi memekik macam dulu, baran pun sudah berkurangan dan lebih bertanggungjawab.

“Kau nampak lemah aje kenapa?”

“Tak ada apalah.”

“Jangan bohong. Datang bulan ke apa ni? Demam?” ujar Fakhrul, memang tentang fasal masalah yang satu itu.

Farah memang unik daripada perempuan-perempuan lain. Setiap kali datang bulan mesti dia kena demam dan senggugut yang teruk.

“Mana ada.”

“Dah tu kenapa?”

“Saya penat sangat. Seharian sibuk dengan assignment sampai tak ada masa nak makan pun,” jawabnya lemah.

“Makan tengah hari belum? Hisy kau ni kenapa? Saja nak menyusahkan akukan. Kalau kau sakit, aku jugak yang kena marah tau. Siapa nak tanggung kos klinik, aku jugakkan. Kenapa tak makan?” ujar Fakhrul risau.

Sebenarnya, cinta sudah mula berputik di dalam diri Fakhrul, cuma dia tak mampu untuk meluahkannya. Mungkin terlalu ego atau malu.

“Ingatkan risau fasal kita, tapi duit yang dirisaukan sangat. Kalau macam tu, tak payah nak dirisaukan pun. Lepas saya dah kerja nanti, saya akan bayar balik semua duit awak yang awak dah belanjakan untuk saya,” bebel Farah dengan mata yang terpejam.

Fakhrul jatuh kesian mendengar. Ingatkan hendak main-main tapi gurauannya tak kena pada tempat. Farah agak sensitif jugak orangnya.

“Lain kali aku tak nak kau skip makan. Kau tu dah besar, patutnya dah tahu nak uruskan diri. Bukan aku yang kena remind kau setiap hari faham. Kalau tak boleh nak keluar, callaje aku. Nanti kita boleh keluar bersama. Kalau kau sakit, macam mana nak fokus dalam kelas. Buang duit aku bayar fees kau yang beribu-ribu tu. Lepas ni jangan nak bagi alasan poyo macam tu. Kalau dah masanya makan, makan,” nasihat Fakhrul dalam nada membebel.

“Yalah, yalah.”

“Sekarang nak makan kat mana?”

“Terpulang kat awak. Karang saya mintak makan dekat five star hotel, takut nanti awak cakap buang duit awak pulak nak makan kat situ. Badan kecik tapi makannya banyak,” sinis Farah.

Fakhrul tersenyum riang. Hubungan mereka makin hari makin menunjukkan sifat-sifat positif. Masing-masing sudah tahu menerima satu sama lain.

“Mana ada macam tu. Aku gurau ajelah. Okey, hari ni aku bawa kau pergi makan dekat restoran yang paling mahal. Jangan nak buat muka monyok macam tu. Senyum sikit,” usik Fakhrul.

Farah pula buat tak tahu.

“Lepas dah belanja nanti, jangan nak ungkit-ungkit pulak. Halalkan apa yang saya nak makan hari ni,” kata Farah kemudian.

Make sure kau habiskan semua. Jangan nak tahu ordertapi tak habis. Buat rugi duit aku,” tegurFakhrul dalam nada yang terkawal.

“Hah, kan dah cakap. Belum lagi belanja tapi dah mengungkit,” ngomel Farah sambil memuncungkan bibir.

Spontan tangan Fakhrul mencuit bibir Farah dengan lembut. Dengan cepat Farah menepis tangan Fakhrul yang semakin gatal menerokai dirinya. Fakhrul berasa bahagia.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku