LOVE YOU FOREVER!!
Bab 32
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Mei 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
324

Bacaan






Tergopoh-gapah Fakhrul memulas tombol pintu. Caranya nampak agak kasar. Semasa Fakhrul masuk bilik, dia ternampak Farah sedang tidur di atas katil sambil memeluk gambar perkahwinan mereka. Sedikit sebanyak hatinya tersentuh. Namun egonya tetap meninggi. Terus gambar itu dirampas kasar dari pelukan isterinya dan dia simpan balik ke tempat asalnya dengan cermat. Tarikan kuat Fakhrul membuatkan tidur Farah terganggu sedikit. Matanya dibuka perlahan. Lampu bilik tidur yang terpasang membuatkan matanya silau. Dengan kepala yang berpusing dan terasa berat Farah tak mampu untuk bangun. Namun dia kuatkan juga dirinya untuk bangun. Fakhrul yang sedang melihat keadaan isterinya hanya mencebik dan melihat dengan pandangan yang meluat.

“Awak dah balik?” tanyanya dengan suara yang serak.

“Hmm...”

“Dah makan?”

“Pukul berapa kau datang sini?”

Farah merenung Fakhrul dengan pandangan semacam. Soalan Farah dibiarkan begitu aje. Sebaliknya dia menyoal isterinya pula.

“Dalam pukul 4.30 petang. Hampir pukul 5.00 petang jugaklah,” jawabnya lurus.

“Dah tu tak reti nak call aku. Beritahu dulu. Pergi macam tu aje sesuka hati kau?”

“Kan saya dah hantar SMS kat awak yang saya nak keluar.”

“Yang tu kau hantar sebab nak pergi Sunway Pyramid, kan. Kat sini tak ada pulak nak beritahu aku?” herdik Fakhrul kuat.

Telinga Farah terasa bingit dengan herdikan Fakhrul. Malam sunyi yang dirasainya tadi tiba-tiba hilang begitu sahaja.

“Saya… hmm… sebab bila saya hantar awak tak reply pun. Sebab tu saya ke sini tanpa beritahu awak.”

“Sejak bila ada peraturan kat Malaysia yang setiap SMS yang kita terima mesti kena balas. Jangan nak bagi alasan bodohlah. Kalau aku tak balas maknanya aku sibuklah dengan kerja. Takkan itu pun kau tak boleh nak fikir kot. Nama aje degree student tapi otak kosong,” marah Fakhrul. Dia semakin berang dan hatinya mulai panas.

“Yang awak nak marah saya sampai macam ni sekali kenapa? Saya bukan pergi merayau kan. Takkan datang sini pun salah kot.”

“Memang tak salah tapi cara kau tu yang salah. Sengaja nak buat aku radang ni kenapa? Kan lebih afdal kalau kau beritahu aku. Nasib aku dapat cover sikit dengan umi tadi kalau tidak mesti umi akan salahkan aku sebab tak pandai jaga isteri. Kau nak jadi sampai macam tu?”

“Saya bukan nak bermaksud begitu. Lepas beli barang saya terus ke sini. Saya tak sihat badan. Faham tak?”

“Kenapa dengan kau?” Lembut sudah suara Fakhrul. Nadanya kedengaran risau.

“Tak ada apa-apa. Cuma sakit kepala. Badan rasa letih.”

“Dah makan ubat?” tanyanya penuh prihatin.

Farah sekadar mengangguk aje. Walaupun Fakhrul sungguh marah tapi apabila mendengar kesihatan Farah terganggu, konsentrasinya terus beralih. Hilang semua kemarahannya begitu sahaja.

“Nak pergi klinik?”

Farah menggeleng-geleng.

“Siap cepat, aku hantar kau ke klinik. Takkan nak tunggu sampai jadi parah. Aku jugak yang susah nanti,” leter Fakhrul.

“Tak apa. Mungkin sakit kepala sebab terlalu lama menangis.”

Bocor sudah rahsianya.

Fakhrul yang ingin mengambil tuala dari penyidai tuala terus berpaling memandang isterinya pelik. Tak ada suka, tak ada duka tetapi menangis. Kenapa? Buang tabiat? Hati Fakhrul berbisik.

“Kenapa kau menangis?”

Farah menggeleng lagi sekali.

“Ada masalah?”

Gelengan Farah menjadi jawapan sekali lagi.

“Ada orang sakitkan hati kau?”

Tiga kali gelengan kecil menjadi jawapan Farah.

“Dah tu, bagitahu aku apa masalah kau ni?” marah Fakrul setelah penat bertanya pada isterinya.

Farah sudah kecut perut. Tidak tahu bagaiman dia hendak jelaskan pada suaminya. Bukannya dia ada bukti pun.

Dengan mata yang bengkak akibat menangis Farah menatap wajah serabut suaminya lama.

“Awak takkan percaya kalau saya cakap dengan awak.” Begitu yakin Farah berkata.

“Macam mana aku tahu, kalau kau tak cakap?”

“Yang ganggu fikiran saya ni ialah fasal kekasih a…”

“Amal?” Fakhrul bertanya seperti tak tahu erti kesabaran.

Farah mengangguk kecil.

“Kenapa dengan dia? Ada dia cakap apa-apa dekat kau?”

Farah menggeleng.

Then?”

“Petang tadi saya jumpa dia dekat pasar raya dengan seorang lelaki tua. Mereka berdua nampak mesra sangat. Saya rasa dia ada kekasih lain?” Dengan teragak-agak Farah mula pecahkan rahsia Amalina di belakang Fakhrul.

Bahang kemarahan sudah mula menunjuk di wajah Fakhrul.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku