pareidolia
Pareidolia-Tali gantung
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Mei 2016
Penilaian Purata:
(14 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
15308

Bacaan






PAREIDOLIA

BAB 1

“ Amy! Apa kau buat tu termenung je, ada masalah ke? “Tegur Lala sewaktu dia terlihat Amy sedang ralit memandang tasik yang tenang. Angin bertiup agak kencang, daun kering berterbangan jatuh di hadapan Lala.

“ Amy, mari lah cerita dengan aku apa masalah kau tu.” Pujuk Lala lagi

“Kau nak dengar tak Lala kisah seram, kau kan suka dengan kisah-kisah seram ni.” Jawab Amy dia tersenyum memandang wajah Lala yang putih bersih. Cantik! Puji Amy di dalam hati.

“ Kau ni asal nampak aku je nak cerita seram kenapa? Muka aku ni muka seram ke?” Seloroh Lala, Amy kalau nampak muka dia mula lah nak buka cerita seram, kadang-kadang dia pula naik seram.

“ Aku nak cerita dengan kau ni pasal sambutan Aidiladha tiga tahun lepas.” Amy memandang ke hadapan, mencari sedikit kekuatan untuk memula kan cerita, di mana kah dia mahu bermula.

Amy memula kan ceritanya, Lala tidak sabar mahu mendengar.

"Sedapnya bau rendang mak." Amy yang meninjau emaknya di dapur memuji bau rendang ayam kampung emaknya.Tak sabar pula hendak menunggu Aidiladha esok.

"Ambik lah dah masak tu...tinggal nak keringkan sikit sahaja lagi." Kata emaknya.

"Tak apa lah mak...kejap-kejap lagi lah. Nak pergi rumah Pak De kejap hantar lemang dengan ketupat."

"Nanti bawakan Pak De kau nasi tu dah siap mak tapau kan."Panjang muncung emaknya menunjukan mangkuk tingkat yang sudah berisi.

Pak De atau Husaini adalah bapa saudara Amy adik kepada emaknya yang tinggal bersendirian di rumah pusaka peninggalan arwah neneknya. Terletak dua kilometer dari taman perumahan yang mereka duduki. Diajak tinggal sekali bersama mereka Pak De nya tidak mahu.

Amy start motosikalnya, perlahan dia memandu. Sunyi sahaja rumah Pak De tetapi pintu belakang terbuka luas. Apalah Pak De ni pintu belakang dibiarkan terbuka. Sudah lah suasana kampung ni sunyi tidak berpenghuni. Senang sungguh mengundang pencuri.

"Assalamualaikum."Amy memberi salam. Tetapi salam nya tidak bersambut. Dia ke pintu belakang, salam tidak berjawab baik dia masuk sahaja. Mana tahu jika Pak De nya tertidur.

Sebaik sahaja dia masuk dia terbau bau yang kurang enak. Seperti bau bangkai baru hendak membusuk. Dia meninjau tidak nampak pula kelibat Pak De nya. Amy meletak kan mangkuk tingkat di atas meja dapur dan dia ke berlalu ke ruang tengah.

Ketika itu lah dia melihat sesuatu yang mengerikan di tangga antara ruang tamu hadapan dan ruang tengah.Amy terkaku, dia menjerit nyaring dan berlari keluar rumah. Dia start motorsikalnya, memulas minyak sehabis yang boleh.

"Mak...mak..."Amy menjerit memanggil emaknya. Kebetulan ayahnya baru sahaja balik dari pekan melihat Amy dengan pandangan aneh.

"Kenapa dengan kau ni Amy?"Tanya ayahnya.

"Ayah...Pak De...Pak De..."Amy cuba memberitahu,tetapi lidahnya terasa kelu.

"Kenapa Pak De kamu tu?Cuba kamu mengucap Amy..."Ayahnya mengusap belakang Amy, dia menghulurkan air mineral yang kebetulan berada di tangannya.

"Pak De ayah...."

"Ye lah kenapa Pak De kamu."

"Pak De dah mati...mati tergantung dekat tangga."

"Ya Allah apa kamu cakap ni Amy."

"Betul ayah..Pak De dah mati gantung diri dekat rumah tu, dah bau busuk pun."Ujarnya. Ayahnya bangun.

Dia menjerit memanggil emak dan adik beradiknya yang lain.

Mereka semua pergi kembali ke rumah Pak De, mahu melihat sendiri apa yang Amy perkatakan itu.

Amy tidak berani masuk ke dalam rumah Pak De nya. Emaknya hanya menangis di anak tangga sementara menanti pihak polis sampai.

"Menyesal betul saya tidak mahu mendengar kata Hus."Ayahnya berbisik perlahan.

"Kenapa bang?"

"Arwah ada bercakap dengan saya perihal bumbung kena umpil dan dia kehilangan barang berharga."

"Tak report polis ke bang?"Tanya emaknya.

"Tak pula , kata Hus biarkan sahaja sebab benda yang hilang tu bukan penting pun."

"Baru-baru ni ada Hus bercerita dengan saya pasal hutangnya denga Ahlong."Tiba-tiba kawan baik Hus bercerita. Entah bila Razman sampai tidak pula sesiapa melihatnya. Razman kawan baik Husaini dari kecil lagi.

"Katanya bunga semakin tinggi dia tak mampu dah nak bayar."

"Allahuakhbar...kenapa arwah tidak bercerita apa-apa dengan saya."Kesal terasa di hati Halijah.

"Dia tak mahu susahkan hati kakak tu, katanya dia dah banyak susahkan keluarga.Ada juga dia kata lepas ni dia tak mahu susahkan sesiapa lagi." Ujar Razman lagi, mungkin benarlah kata adiknya memang dia tak mahu susahkan sesiapa lagi.

Polis sampai sejam kemudian, jenazah dibawa turun dari gantungannya.Sempat juga Amy melihat paras arwah Pak De nya. Lidah terjelir agak panjang dari mulutnya. Mata terbuka, darah yang sudah kehitaman kelihatan keluar dari bibirnya. Memang agak mengerikan wajah arwah pada pandangan matanya.

Darah di lantai kelihatan dihurung lalat,baunya hanyir dan kian membusuk.

"Siapa nak ikut ke hospital?Siapa pula nak ke Balai ni?"Tanya Ikral ayah Amy.

"Amy ke balai polis dulu, nanti Amy menyusul ke hospital. Emak dan ayah ke hospital lah dulu nanti Amy call saudara mara yang lain.

"Amy ajak abang long pergi."Saran ayahnya.

"Baik...mak dan ayah hati-hati ke hospital."Tempat kejadian dililit dengan tali berwarna kuning, dua orang pegawai penyiasat mengambil gambar di tempat kejadian, seorang pakar forensik juga datang mengambil sampel.

"Kes bunuh diri?"Tanya pegawai bertugas.

"Tak pasti, tak jumpa apa-apa yang berkaitan dengan kes.Nampak gaya macam bunuh diri. Kena tunggu report bedah siasat. Macam ada tikaman di badan mayat memandangkan darah agak banyak. Sama ada beliau mengantung diri kemudian menikam diri sendiri. Boleh jadi juga."

Amy hanya mendengar, dia bukan faham sangat bab macam ni.

"Encik Amy kita ambil keterangan di balai sahaja."

Amy mengangguk.

Jenazah di balut dengan plastik hitam dibawa naik landrover polis dan Amy pun mengekori polis bertugas ke Balai Polis berdekatan. Sementara emak dan ayahnya ke Hospital bagi menguruskan jenazah.

Amy menoleh sekali lagi ke arah rumah Pak De nya.Di sebalik jendela yang terbuka dia seolah-olah melihat kelibat seseorang.

"Pak De..."Amy berbisik.

"Allahuakhbar..Pak De."Amy menadah tangan dia membaca doa dan Al Fatihah. Semoga roh Pak De aman dan damai di negara abadi.

Amy menyelesaikan tugasnya di Balai Polis memberi keterangan yang diperlukan bersama Abang Longnya.

"Pelik pula abang."Abang longnya menzahirkan rasa peliknya ketika mereka menuju ke hospital.

"3 hari lepas ada abang tengok Pak De, gembira sahaja dia. Tak ada pula dia bercerita pasal masalah dia atau apa-apa. Abang siap hulur dia duit belanja."

"Banyak ke abang bagi.?"

"Adalah dua ratus."

"Tapi tadi polis tak jumpa pun walet arwah."

"Kes rompak agaknya tak?"

"Mungkin juga."

"Kalau nak rompak pun...rompak je lah jangan nak ambil nyawa orang sesuka hati."

"Tu lah, tak apa kita doakan sahaja orang yang bertanggungjawab akan ditangkap."

Sampai sahaja di hospital sudah ramai saudara mara yang menunggu.Amy dan Abanglongnya menyalami semua yang ada.Emaknya duduk di kerusi di bilik mayat tersebut dengan air mata yang mengalir hiba. Sayang sungguh emak kepada Pak De nya.

"Kena selesaikan hari ni juga."Kata ayahnya.

"Siapa nak gali kubur,Samad dah pulang ke kampung katanya."Bapa saudara mereka yang lain menyampuk.

"Tak apa ayah nanti Along dengan angah ajak beberapa orang budak kampung yang ada pergi gali kubur."

"Kalau macam tu boleh minta ukuran dari pegawai di dalam."

"Tak apa along masuk."

"Saya ikut bang..."Kata Amy. Dia mahu masuk mengikut abangnya, mahu melihat jenazah Pak De nya.

Sewaktu mereka masuk pegawai bertugas sedang menjalankan post mortem.Amy yang pada awalnya mahu melihat sudah tidak dapat menahan rasa tekak yang meloya. Segera dia keluar.

"Berlagak lagi."Abanglongnya sempat mengusik.

"Along balik dulu ayah, dah petang sangat ni."Dia melihat jam di tangan , sudah pukul 3 petang. Kata petugas bilik mayat, jika tiada aral melintang sebelum Maghrib pasti semuanya selesai.

"Amy tunggu sini atau nak ikut along gali kubur."

Tanya abanglongnya.

"Tak apa long, Amy tunggu sini sahaja."

Ketika menanti post mortem selesai, mereka duduk di kerusi yang disediakan.Amy duduk agak jauh dari keluarganya.Main telefon!Itu lah kerjanya bukan nak baca Surah Yasin ke apa!

Kebetulan ada seorang makcik cleaner sedang membersihkan laluan tersebut. Amy yang asyik dengan telefon nya hanya melihat hujung penyapu menyapu habuk yang tidak kelihatan. Tidak pula dia mendongak melihat siapa gerangan cleaner tersebut. Dia leka bermain game COC nya sahaja.

Sepupunya datang dan duduk disebelahnya sambil menghisap rokok, habuk rokok jatuh ke atas lantai. Amy mengangkat kepalanya menoleh ke sebelahnya.

"Wei!ini kan kawasan hospital,apasal suka hati kau je nak merokok. Habuk tu nampak tak?Kesian makcik cleaner baru aje dia menyapu tadi."Tegur Amy.

"Kau ni ..makcik cleaner mana? Kau tak nampak ke sampah atas lantai, lantai tak bersih."Amy memandang hujung laluan, ternyata memang tiada cleaner walau pun seorang.

"Main lagi coc tu...entah-entah hantu yang menyapu dekat kaki kau tu."Kata-kata sepupunya menyebabkan Amy menelan air liur. Bulu romanya tegak berdiri. Bilik mayat ni kot!

Di kawasan tanah perkuburan, Rifki dan 4 orang kawannya memilih kawasan sebelah hujung tanah perkuburan untuk Arwah Pak De nya.Agak jauh dari pondok.Mereka mula mengali bergilir. Hari semakin lama semakin petang.

"Bro..ada batu besar lah bro,kena tukar tempat ni." Amat yang sedang mengali naik ke atas.

"Besar sangat ke?"Tanya Rifki.

"Besar bro tak boleh angkat"

"Tak apa lah kita tengok kawasan lain."

Mereka beralih ke kawasan lain pula. Berhampiran hutan kecil.Mereka mengukur dan kembali mengali.Penat usah lah cakap mereka berharap boleh selesai menjelang maghrib.

Telefon Rifki berbunyi.Dia membaca masej.

"Alamak jenazah dah siap, mereka otw, kita tak siap lagi ni."Rifki mula kelam kabut.

"Sejam lagi siap. Insya Allah."Sahut Amat dari dalam kubur yang sedang digali.

Sedang mereka berhempas pulas mengali, Rifki memandang sekeliling melepaskan lelah.Dia melihat pokok pisang kaki yang berderet ditanam di tepi kubur. Deretan pokok pisang kaki itu hanya kaku tidak bergerak, angin memang tiada langsung, Tiba-tiba sahaja salah satu daripada daun pokok pisang tersebut bergerak, hanya satu itu sahaja yang bergerak. Rifki terasa aneh , mustahil tak ada angin pokok boleh bergoyang, dah lah tu itu sahaja yang bergoyang. Macam ada mahluk duduk dekat situ dan mengoyangkan daun tersebut.

"Hmmm...hmmm...grrrr...grrr.."Rifki dengar bunyi berdeham dan suara sesuatu sedang marah.

"Kau dengar tak?"Tanya Amat, dua orang lagi rakan mereka turut menegak kan kepala dari liang lahat.

"Dengar..."Jawab Rifki

"Aku pun dengar."Jawab Rehan.Manaf juga ikut mengangguk.

"Pedulikan lah, kita kena cepat. Dah nak gelap ni."Ujar Rifki.

Merek meneruskan kerja mengali liang lahat tanpa mempedulikan suara yang semakin galak berbunyi.

"Aduh..."Amat mengaduh tiba-tiba.

"Kenapa Mat?"Tanya Rifki.

"Dia start baling batu ni."Jawab Amat perlahan.

"Jangan layan"

"Aku tak layan tapi dia baling batu juga."

"Nak je aku cabar benda ni tunjukan diri."Rifki bersuara.

"Jangan buat hal, buatnya dia muncul, tak siap lahat ni nanti."Amat menghalang.Rehan dan Manaf sudah mula cuak.

"Teruskan mengali jangan peduli.Jenazah dekat nak sampai ni."Ujar Rifki. Mereka terus mengali tanpa mempedulikan suara menderam marah.

Apa yang sedang memarahi mereka? Kalau lah mereka mampu melihat semua itu pasti mereka nampak tetapi benda yang tidak nyata masa kan boleh dilihat.

Van Jenazah memasuki perkarangan perkuburan,Rifki sudah mula mengelabah. Masih ada sedikit lagi yang belum siap.

"Maaf lah lagi setengah jam baru siap."Mencungap Rifki berlari mendapatkan keluarganya.

"Dah dekat nak maghrib ni."Kata ayahnya.

"Maaf ayah, tadi kami dah gali satu dekat hujung sana tapi di bawahnya ada batu pula.Tu yang kami gali lain."

"Tak apa lah.Kamu siapkan kerja kamu." Ikral mendapatkan rombongan yang mengiringi jenazah.

"Kita kena tunggu, kubur belum siap."Katanya.

"Maaf pakcik, saya tak boleh tunggu sebab ada satu lagi kes yang saya kena uruskan."Pemandu van jenazah tiba-tiba bersuara.

"Tak apa lah kalau macam tu kita letak jenazah dulu dekat wakaf ni."Ikral memberi arahan kepada beberapa orang saudara maranya supaya mengangkat jenazah dan letak kan di wakaf.Terpaksa pula mereka membentang tikar di atas lantai wakaf yang agak kotor berdebu.

"Allahuakhbar, dugaan apa lah yang harus Pak De hadapi."Halijah sudah mula menangis kembali. Amy mengusap bahu emaknya.

"Sudah lah tu Lijah,baik baca yassin daripada menangis."Tegur Ikral.

Amy mengeluarkan Surah Yassin yang memang berada di dalam poket baju melayunya. Dia memulakan pembacaannya sayu sahaja. Senja semakin menghampiri, suasana kelihatan berbalam. Ikral mula menyambung lampu elektrik yang memang sudah dibawanya di dalam kereta. Mudah-mudahan bateri mampu bertahan sehingga urusan selesai.

Amy yang duduk dikepala jenazah kembang kempis hidungnya.Bau busuk mengiba-iba dibawa angin.Hairan dia, orang lain macam tak terbau pula bau busuk tersebut.Tidak pula tergerak hati Amy mahu bertanya kepada sesiapa perihal bau busuk tersebut.

Akhirnya liang lahat siap juga, mereka membuat kerja dengan cepat sehingga jenazah selamat di ke bumikan. Selesai membaca talkin mereka semua beransur pergi.

Ketika Amy mahu mengulung tikar di wakaf dia mendengar sesuatu yang aneh.

"Prak..!"Seperti bunyi sesuatu dipatahkan.Cepat-cepat dia mengulung tikar.Terkocoh-kocoh dia mendapatkan emak dan ayahnya yang sudah siap sedia menunggu di dalam kereta.

Sebaik sahaja sampai di rumah mereka membersihkan diri dan membaca Yassin beramai-ramai. Esok sambutan Aidiladha, sudah pasti sambutan itu tidak memberi makna kepada mereka sekeluarga. Selalunya Pak De yang mengambil bahagian dalam upacara korban, kali ini arwah tidak pula melakukan seperti selalu. Mungkin arwah telah mengetahui usianya tidak panjang.

"Masa dekat kubur tadi teruk abanglong kena." Rifki duduk di sebelah Amy dan bercerita.

"Kena apa along."Tanya Amy pelik.

"Ada benda berbunyi macam marah kan kami, tak tahu lah apa.Siap dia baling batu sekali, main gegar daun pokok pisang kaki dekat hujung tu."

"Ishh..seram nya."Meremang bulu roma Amy mendengar cerita Rifki.

"Amy pula masa dekat hospital dah ada kejadian pelik-pelik.Dekat wakaf tu lagi. Bau busuk betul.Along kalau jenazah mati macam tu memang bau busuk ke?"

"Entah tak tahu pula Along, mungkin lah kot. Kita pun tak tahu berapa hari dah sebenarnya Pak De meninggal dunia."

"Along.. Amy rasa lah kan Pak De ni bukan bunuh diri macam yang orang cakap."Rifki pandang Amy dengan rasa aneh.

"Kenapa Amy cakap macam tu?"

"Entah lah Along ,Amy tak rasa Pak De sanggup melakukan perkara begini. Dia bukan calang-calang orangnya. Selalu dia yang menjadi imam solat kita. Dia yang selalu mengetuai bacaan Yassin dekat surau tu, kadang-kadang dia yang menjadi imam. Mustahil kan Pak De tergamak melakukan perihal yang begini."

"Kalau ikut logiknya , memang lah Amy tapi entah lah...Along tak berani nak kata apa-apa pasal ni. Kita ni manusia biasa sahaja mana lah kita tahu disebalik makrifat itu apa yang terjadi."

Mereka berdua terus berbual di atas tangga, kegelapan malam langsung tidak memberi mereka apa-apa kesan.

"Hmm..hmm.."Tiba-tiba mereka berdua memdengar bunyi suara berdeham.

Macam suara Pak De!

Amy dan Rifki berpandangan.Kata orang mereka yang mati membunuh diri, rohnya tidak tenteram.Apakah itu benar?

"Jom lah masuk Amy."Ajak Rifki, bimbang dan takut silih berganti menindih hati mereka berdua.

Amy bangun mahu masuk ke dalam rumah ,dia menoleh ke halaman rumah apabila terasa badannya dibaling sesuatu. Dia melihat ke bawah, tergolek sebiji rambutan masak.Setahu Amy hanya Pak De sahaja yang suka main baling-baling buah rambutan.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku