pareidolia
PAREIDOLIA BAB 2-3
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Mei 2016
Penilaian Purata:
(16 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
12532

Bacaan






PAREIDOLIA

BAB 2-tali gantung

Terkebil-kebil Amy di dalam gelap. Dia asyik memikirkan Pak De nya. Kenapa Pak De mengantung dirinya. Kerana hutang?Beratus ribu kah hutangnya?

"Pak De kalau boleh tak mahu berhutang, tak nak juga menyusahkan Mak kamu tapi kalau dah terpaksa, kena juga lah."Teringat dia kata-kata Pak De nya. Apa Pak De buat dengan duit yang dia pinjam?

Amy gelisah di atas katil.Puas dia bergolek ke kiri ke kanan tetapi mata nya tetap tidak mahu lelap. Malam terasa sangat panjang pula.

"Prak....prak...!"Bunyi sesuatu berderak, seperti daun dipijak orang kedengaran jelas ditelinganya.Amy memasang telinga, badannya ditegakkan sedikit.Kemudian dia mendengar seperti tingkap nako rumah nya cuba dibuka, berkeriut bunyinya.

"Pencuri kah?"Amy berbisik sendiri.Dia memandang ke arah pintu biliknya. Dalam cahaya yang samar-samar dia melihat bayangan seseorang.

"Siapa pula tu?Ada lagi yang berjaga ke?"

Amy bangun dari pembaringannya.Dia sempat mencapai kayu baseball di tepi katilnya.Mana lah tahu kalau ada pencuri yang memecah masuk ke dalam rumah.Dia meninjau ke semua arah.Semua orang tidur nyenyak sahaja,barangkali kepenatan menguruskan jenazah tadi. Mustahil tak ada seorang pun tersedar, ini memang betul tidur mati.

Amy mendegar bunyi benda jatuh di dapur. Pencuri rendang ke?Amy menduga, agak-agaklah kalau rendang pun hendak dicuri. Datang sahaja lah pagi nanti gerenti dapat makan free.Perlahan-lahan dia mengorak langkah ke bahagian dapur.Kayu baseball erat di pegangnya. Memang sengaja nak cari nahas pencuri ni.Dia meninjau, memang sah!Ada pencuri di dapur. Dia dapat melihat bayangan seseorang di dalam kesamaran seperti mencari sesuatu.Apa yang ada di dapur melainkan makanan sahaja.Dia terus mengamati, pelik tidak pula pencuri itu menyelongkar almari di dapur sebaliknya bayangan itu hanya berdiri tegak seolah-olah melihat kuali yang penuh dengan rendang emaknya.

Susuk tubuh itu seperti biasa dia lihat, Amy mula berfikir, sel-sel otaknya mula berhubung sehingga tercipta satu perkataan.

"Pak De...." Serentak dengan itu bau tanah menyucuk rongga hidungnya,tanah kubur!

Cepat-cepat Amy memetik suiz lampu. Sebaik sahaja dapur terang benderang, bayangan itu hilang begitu sahaja.Allahuakhbar.Benar kah apa yang dia lihat. Benar kah Pak De nya pulang, bangkit dari kuburan?Lidahnya kelu mahu memanggil emak atau ayahnya. Amy terpaku dengan bibir yang pucat lesi. Mungkin benar, roh orang yang membunuh diri tidak tenteram dan dia kembali menyonsong keluarganya di rumah! Amy yang ketakutan terkaku di dapur, habis terbang semangatnya.

Usai bersolat sunat Aidiladha penduduk kampung bergotong royong melakukan ibadah korban.Keluarga Amy mengambil kesempatan untuk mengadakan tahlil.

"Along...."Amy duduk disisi alongnya yang sedang menghisap rokok di bawah pokok manggis.

"Ha..kenapa?"Rifki hembus asap rokok.

"Malam tadi kan...."Amy terdiam. Dia teringat peristiwa malam tadi, agak lama dia terkaku di dapur sebelum berlari masuk ke bilik.

"Malam tadi apa?"Tanya Rifki.

"Along ada dengar apa-apa yang pelik tak?"

"Tak ada...tidur mati tak ingat dunia, penat kot gali kubur."

"Hurm....."Tidak jadi Amy mahu bercerita apabila sepupunya pula datang menyertai mereka.

"Apa cerita ..."Tanya Fendi.

"Tak ada cerita ..."Jawab Amy. Rifki pandang Amy dengan pandangan aneh bukan ke tadi Amy hendak bercerita sesuatu kepadanya.

"Semalam lepas balik dari kubur aku terus ke kedai kak Ila."Fendi bercerita.Amy dan Rifki memandang Fendi. Nak cerita apa ni?

"Aku tak lah balik mandi dulu sebab tak ada kotor kan. Korang tahu masa dekat jambatan muara tu, atas bumbung kereta aku entah apa benda duk hentam."

Amy dan Rifki berpandangan. Fendi pun kena kacau juga?

"Lepas tu bau punya lah busuk macam telur tembelang pecah dalam kereta aku beb!Puas aku cari tapi tak ada pun telur, mana tahu kan kot anak-anak buah saja nak pedajal aku."

Cerita Fendi beriya-iya, Amy dan Rifki tiba-tiba seronok mahu mendengar cerita Fendi.

“ Masa dekat kedai tu Kak Ila kata badan aku busuk macam bau mayat, lepas tu tak semena-mena gelas meja sebelah yang dah ditinggalkan orang jatuh macam ada orang tolak. Seram gila aku dengan Kak Ila masa tu.”

"Dah lepas aku lepak kedai Kak Ila aku balik lah, kak Hani dengan mak aku call katanya dekat rumah macam-macam hal jadi."

"Apa yang jadi....?"

"Fendi...."Nama Fendi di laungkan.Segera pula lelaki itu pergi ke arah emaknya.

"Alahai!bersambung pula cerita ni."Amy merungut.

"Hahahah..biasa lah Amy, iklan sekejap."Rifki tepuk bahu Amy.Dia bangun menyapu punggungnya dan bergerak ke arah kumpulan orang tua-tua yang berada di bawah khemah.

"Apa hal kau Amy."Sahabat lama nya yang kebetulan pulang memyambut Aidiladha menegurnya. Ketara sangat sikap Amy yang sedikit gelisah macam kucing nak beranak sahaja.

"Ish..tak ada apa, panas betul cuaca, tak selesa"Ujar Amy cuba melindungi gusar di hati.

"Dari tadi aku perhati kau ni macam takut-takut je."

"Tak ada lah..."

"Kau takut hantu ke?"Kawannya ketawa.

"Aih kau ni mana ada hantu dalam dunia ni." Amy menafikan tetapi hatinya berkata ya, aku jumpa hantu malam tadi.

"Tapi setahu aku lah, orang yang kata, roh orang mati bunuh dirinya selalunya tak diterima langit.Ada benda ganjil berlaku ke?" Tanya kawannya lagi.

Amy telan air liur.Boleh kah mahu percaya semua itu?Macam karut sahaja tetapi mungkin juga benar. Malam tadi buktinya. Memang mata dia tidak menipu pun. Memang itu Pak De nya! Tapi mustahil dia akan bercerita perihal Pak De.

Amy memandang tetamu yang beransur pergi.Dia dan abanglong mula mengemas apa yang perlu.

"Kita ke rumah Arwah Pak De, rumah tu kena dibasuh semalam tak sempat nak basuh."

Amy mula gelisah. Mahu pergi kembali ke tempat kejadian dia memang tidak sanggup.Apatah lagi membersihkan kesan-kesan darah. Kalau dia tak pergi adakah ayahnya akan bersetuju?

"Kenapa Amy?Along tengok kau macam nak ngelat je..."Rifki mengusik adiknya.

"Mana ada, jom lah pergi tak kan nak biar rumah tu macam tu sahaja."

"Kalau takut tak usah pergi, nanti malam mengigau dah satu hal."Ujar ayahnya.

"Eh mana ada."Cepat-cepat Amy menafikan rasa takut yang kian menjengah, mustahil dia mahu mengakui segala rasa takut yang kian menghimpit tangkai hatinya, dia kan anak jantan!

Petang itu ketika mereka sudah kelapangan, Amy, Rifki, emak dan ayahnya kembali ke rumah arwah.Kelihatan tempat di mana mayat Pak De ditemui ada darah yang sudah kering. Mereka tidak menunggu lama,terus sahaja membersihkan apa yang perlu.Amy masuk ke dalam bilik Pak De nya. Masih ada bau Pak De, minyak attar Pak De menyucuk hidungnya. Kelihatan sejadah dan kain pelikat terletak elok di atas katil yang sudah siap berkemas rapi. Pak De memang rajin orangnya. Tahu mengemas,pandai memasak.

Amy membelek di atas meja sudut,ada beberapa barang peribadi Pak De elok sahaja terletak tidak berusik.Memang langsung tiada tanda di cerobohi oleh sesiapa pun.Dia mula ragu, mungkin benar Pak De nya membunuh diri.Amy membuka laci yang tidak berkunci, ada diari peribadi.

"Maaf Pak De...saya baca diari Pak De."Amy berkata perlahan.Pada tarikh terakhir sebelum kematiannya ada catatan ringkas.

"Hati rasa tidak enak, seolah-olah ada sesuatu yang akan terjadi.Sudah dua kali dia datang meminta tetapi aku tidak dapat memberi kerana beberapa sebab."

Apa maksudnya?Amy membawa keluar diari berwarna biru tersebut lalu di tunjukannya kepada Rifki. Apa maksud kata-kata Pak De nya itu, jika tidak ada sesiapa yang datang dan meminta daripadanya sesuatu, duit contohnya.

"Cuba along baca..."

Rifki membaca apa yang di tunjukan Amy.

"Kata-kata ni buat saya yakin Pak De sebenarnya di bunuh orang."Amy berkata perlahan dengan penuh keyakinan.

"Biar lah polis je buat kerja kita tak payah lah nak sibuk-sibuk"Kata Rifki.

"Kalau ada caranya memang saya nak sangat tahu dari mulut Pak De sendiri."Kata Amy jujur.

"Kau nak buat apa?Nak suruh Pak De bangkit dari kubur duduk bersila depan kita dan bercerita macam mana dia mati.Kau sanggup ke?"Tanya Rifki,mencerlung matanya memandang Amy, penakut tetapi ada hati mahu membuat sesuatu yang tak terjangkau dek akal.

"Takut atau tidak kalau nak tegak kan kebenaran saya sanggup."Kata Amy

"Eh mind reader!"Rifki ketawa tahu pula Amy apa yang ada dalam kotak fikirannnya.

"Tak payah nak fikir sangat lah pasal Pak De. Kita biar polis buat kerja."

"Kalau ada...Saya nak cuba." Amy masih lagi berdegil.

"Jangan degil lah nak buat benda-benda khurafat ni. Pak De dah tentu selamat di alam barzah.Kita atas dunia pandai lah nak kumpul pahala buat bekal kita pula."Kata Rifki.

Tiba-tiba kedengaran bunyi sesuatu jatuh di bahagian dapur.Amy dan Rifki berpandangan, emak dan ayah mereka berada di luar membersihkan halaman rumah. Siapa di dapur?Amy dan Rifki berpandangan, masing-masing diserbu rasa serba salah.

"Nak gi tengok tak?"Tanya Amy.

"Kau berani?Dah pukul 6 ni..."

"Baru pukul 6 petang Along bukan pukul 6 pagi."

"Orang kata waktu Asar bawa ke Maghrib ni memang time jin dan syaitan berkeliaran."

Kata Rifki.

"Kena lah tengok ..jom."Amy berjalan ke dapur. Rifki mengikut sahaja dari belakang. Cuak juga dia.Ketika mereka memerhati,tiba-tiba seekor kucing hitam yang bersinar matanya melompat di atas kepala mereka.Kuss! semangat....Amy dan Rifki mengurut dada.

"Nasib baik kucing je...."Kata Rifki.

"Mana datangnya kucing hitam ni."Tanya Rifki.

"Adalah tu kucing jiran-jiran tersesat."Jawab Amy. Hati yang mula nak rasa seram mula surut. Tak jadi nak takut lebih-lebih.

"Along, angah jom kita balik, dah petang sangat."Ayahnya memanggil dari luar rumah. Mereka memastikan semua tingkap terbuka ditutup kembali. Pintu dikunci,kain langsir juga sudah ditarik. Mereka bergerak menuju ke kereta di halaman rumah. Tanpa mereka sedari kain langsir di selak dari dalam, sesuatu mengintai hiba. Sayu.....pilu....

Malam itu sahabat Amy, Shazwan datang bertandang. Sengaja mahu berbual dengan Amy, sudah agak lama mereka tidak berbual.

"Aku baru dengar pasal Pak De,maaf lah aku baru balik pagi ni je." Ujar Shazwan sambil menyalami Amy. Bahu sahabatnya itu di tepuk mesra.

"Tak apa Wan...terima kasih sebab sudi jengah".

"Tak sangka dan tak percaya arwah ni kematian nya cukup tragis."

"Aku lagi tak percaya Wan, dia bapa saudara aku dah tahu dia macam mana...orang heboh kata dia bunuh diri."

Shazwan memandang Amy.

"Kau percaya dia bunuh diri?" Tanya Shazwan.

"Tak aku tak percaya. Kau bayangkan...masa aku jumpa jenazahnya, dekat tepi tangga. Tali tu di ikat dekat belakang pintu, kakinya boleh kot jejak anak tangga tu.Melainkan ada orang tarik dari atas dan jerut lehernya dengan tali lembu tu."Kata Amy, dia memang musykil dengan cara kematian Pak De nya tak logik.

"Jadi kau yakin dia di bunuh lah ni?" Tanya Shazwan sekali lagi.

"Ya aku yakin sangat." Jawab Amy yakin.

"Kau nak tahu macam mana Pak De kau mati?Kalau kau nak tahu aku boleh bawa kau jumpa seseorang.Tapi jangan bagitahu sesiapa."Kata Shazwan berbisik.

"Eh ada ke orang yang boleh berhubung dengan roh?" Amy merasa teruja. Kalau ada alangkah bagusnya, boleh lah dia suruh orang tu menyeru roh Pak De datang memberitahunya certita bagaimana dia mati.

"Macam mana cara nya aku tidak tahu, tapi kita boleh cuba pergi. Nanti aku bawa. Bila kau free, aku cuti seminggu ni."

"Kalau betul apa kau kata...aku nak cuba. Esok pun boleh."

"Okey kalau macam tu esok kita pergi."Putus Shazwan,Amy mengangguk.

Tapi....macam mana dia boleh tahu?Apa yang akan dia lakukan atau di suruh lakukan?Amy jadi teruja, dia tidak sabar mahu pergi esok!

Pagi- pagi lagi dia dan Shazwan keluar daripada rumah, Halijah bertanya juga kepada Amy ke mana anaknya itu mahu pergi, tetapi Amy hanya menjawab pergi ke rumah kawan. Kalau ada Shazwan memang Amy tidak akan lekat di rumah.

"Kau nak bawa aku gi mana ni Wan." Tanya Amy sebaik sahaja mereka memasuki lorong kecil di sebuah perkampungan yang tidak pernah dia pergi.

"Ikut je lah...."

"Kampung apa ni aku tak pernah masuk sini."

"Kau ni banyak songeh lah...Ikut aje lah."

Amy mula tergoyah, rasa takut pula.Dia memandang Shahzwan yang memandu keretanya. Macam dah biasa sahaja dia ni. Shazwan ni biasa buat benda salah ke? Jumpa bomoh segala.

"Mak aih...orang ni buat bisnes buah naga ke?"Tegur Amy apabila melihat pokok buah naga berderet di sekeliling halaman rumah itu.Macam pagar pun ada.Unik pula dia lihat tak payah nak buat pagar, pokok naga tu sahaja dah cukup menjadi pagar. Unik dan menankutkan apabila malam menjelma sesuai dengan status tuan rumahnya seorang bomoh.

"Assalamualaikum."Shazwan memberi salam. Agak lama baru lah salamnya di jawab oleh seorang wanita.

"Naik lah, duduk dulu Wak tengah mengubat orang."Wanita berkulit putih itu mempelawa mereka naik.Agak lama menanti baru lah Wak memanggil mereka.

"Apa hajat?"Tanya nya.

"Macam ni Wak...."Amy menelan air liur.Pahit...macam mana dia hendak bercerita.

"Cakap saja, jangan malu."Ujar Wak mesra.

"Macam ni Wak...dua hari lepas bapa saudara saya meninggal, saya jumpa dia tergantung dekat tangga, tepi tangga.Saya rasa tak percaya arwah ni mati bunuh diri.Sebab mustahil boleh mati gantung diri dekat tangga macam tu kecuali ada orang yang jerut lehernya dari atas" Cerita Amy ringkas.

"Bagi aku nama penuh arwah ni."Pinta Wak.

Amy menyebut nama penuh arwah bersama binti arwah neneknya.

Wak kelihatan bertafakur sebentar, hujung jarinya diketuk sebanyak 3 kali pada nama yang di tulis di atas kertas.

"Pada Firasat aku dia bukan mati bunuh diri tetapi di bunuh."Kata Wak sambil matanya di pejam rapat., dia seolah-olah sedang mendengar seseorang bercakap.

"Siapa bunuh Wak?"Tanya Amy..

"Mana aku tahuuuuu..."Panjang jawapan orang tua tersebut, jadi untuk apa dia ke sini?Kalau jawapannya mana aku tahu, orang tua ni betul ke tidak? Shazwan ketawa, dia sudah faham orang tua tersebut memang begitu tahu tetapi kata tak tahu. Macam mana dia tahu? Mereka yang datang berubat dengannya memang tidak tahu.

"Kau nak tahu?nak kau dengar dari mulut arwah ni sendiri, maksud aku dari rohnya sendiri, kalau mahu aku buatkan, janji jangan takut sahaja."

"Buat macam mana Wak, kalau itu boleh membantu saya sanggup Wak."

"Pergi ke kuburan nya pada waktu Maghrib, minta izin ambil kepalan tanah kuburnya.Kemudian kau ambil tali yang dia guna untuk mengantung dirinya.Bawa pada aku."

Glup!Sekali lagi air liurnya terasa pahit.Pergi ke kuburan pada waktu Maghrib?Amy teringat cerita Alongnya tentang mahluk yang menderam marah sewaktu mereka mengali liang lahat, hendak pergi sekali lagi?Kena fikir 10 kali!

"Kalau dapat dua benda tu apa jadi Wak."Tanya Amy.

"Nanti aku seru roh nya datang kepada kau waktu kau baru nak terlena tidur.Dia akan bercerita dengan kau.Kalau kau sanggup aku boleh buat. Tak ada masalah.Ini kerja kawan baik dia juga,bukan orang lain.Masalah duit puncanya."

Panjang lebar penerangan Wak kepada Amy dan shazwan.

"Nanti saya fikirkan Wak."Kata Amy.

Ketika mereka pulang Amy memikirkan kembali kata-kata Wak tersebut.

"Ini dah benda khurafat ni.Berdosa kalau kita buat."Kata Amy.

"Aku bawa sahaja terpulang pada kau nak buat ke tidak."Ujar Shazwan.

"Aku takut lah tapi aku nak tahu sangat siapa yang buat semua ni."

"Tadi Wak ada cakap kan kawan baik arwah."

"Kawan baik arwah itu seorang sahaja, tapi mustahil."

"Apa yang mustahil nya?Tak ada yang mustahil Amy kalau namanya manusia. Manusia ni ada yang pakai topeng, di sebalik topeng tu syaitan.Syaitan sanggup melakukan apa sahaja tahu. Kau kena ingat itu."

"Kau fikir lah sendiri benda ni memang tak memberi pahala, malah mendapat dosa, kira dah percayakan orang lebih berkuasa menyeru roh segala ni."

Amy terdiam!...benar mahu berbuat dosa memang mudah.Sanggup kah dia melakukan semua itu? Sudah terang lagi bersuluh, kalau sudah ambil tanah kubur, sudah ambil tali gantung mesti ada upacar memuja,menyeru dan semua itu perbuaatan khurafat. Orang yang melakukan dosa membunuh sudah pasti berdosa , dia yang tidak melakukan apa-apa tak kan mahu turut berdosa kerana dendam?

PAREIDOLIA

BAB 3

Amy termenung di anak tangga, Rifki memerhati kelakuan Amy yang kelihatan ganjil selepas pulang bersama Shazwan tadi.

"Kau kenapa Amy?"Tegur Rifki.Terkejut Amy dengan kehadiran Rifki secara tiba-tiba.

"Tak ada apa lah bang."Jawab Amy.Bunyi motorsikal menarik perhatian mereka berdua.Serentak mereka menoleh ke arah pintu pagar yang terbuka.Kawan baik Pak De...

Serta merta Amy teringat kata-kata Wak semalam.Amy mula mengatur rancangan.

"Abang Man...apa khabar?"Rifki menyambut lelaki itu, tangan dihulurkan tetapi Amy tidak berbuat demikian. Sengaja tunjuk sombong. Rifki mengeleng.,memang dia tak berkenan betul dengan perangai Amy

"Apa hal bang..."Tanya Rifki.Man duduk disebelah kanan Rifki.Amy pula di sebelah kiri. Dia tidak memandangRizman langsung. Buat-buat main COC

"Saja lah, selalunya abang duduk berbual dengan Hus, ni dia tak ada sunyi pula rasa."Jawab Rizman.

"Biasa lah tu bang, kawan baik kan masa hidupnya."

"Tu lah satu-satunya kawan baik abang."

Amy yang mendengar rasa tidak senang. Kalau betul apa kata Wak tersebut memang pandai lah Man ni bermuka -muka. Macam talam bermuka dua, satu manis satu lagi tawar.

"Abang Man rasa Pak De tu sanggup ke bunuh diri?"Amy bertanya tiba-tiba.

"Entah lah..." Jawab Rizman, pelik dengan soalan Amy.

"Tapi saya tak rasa dia bunuh diri. Macam pembunuhan di rancang sahaja. Ye lah orang ni macam-macam. Kadang-kadang pasal duit pun boleh jadi seteru sampai sanggup membunuh asalkan dia dapat apa dia nak."

Rizman telan air liur.Dia cuba tersenyum.Hajatnya hanya mahu berbual tetapi nampaknya mulut lancang Amy menyebabkan hasratnya terbantut.

"Kadang-kadang kawan pun boleh jadi seteru kan abang Man."Sengaja Amy menekan kan perkataan seteru.Melihat wajah Rizman menyebabkan Amy terasa hendak melakukan apa yang di minta Wak.

Setakat tanah kubur bila-bila boleh ambil tapi tali gantung ada di balai polis.Ah!Apa susah kawannya ada di balai polis tersebut. dapat sikit sahaja potongannya sudah memadai.Dia hendak tahu sangat siapa punya angkara, kalau betul Pak De bunuh diri dia puas hati, kalau mati di bunuh memang sampai ke lubang cacing dia cari.

"Sejak Pak De meninggal rumah Pak De tu macam ada sesuatu, macam ada benda tak lepas keluar.Abang Man percaya ke pasal roh yang tidak diangkat ke langit, tidak diterima bumi."Rifki pula membuka cerita. Niat Rifki hanya untuk berbual, di dalam hatinya tidak ada pula niat mahu mempersendakan sesiapa.

"Kata orang macam tu kan along. Roh tak tenang, tak aman. Nak pula kematian begitu. Kalau bunuh diri minta tolong, kalau mati dibunuh pun minta tolong juga. Minta tolong carikan pembunuh sebenar."Amy bersuara.

"Entah tak tahu pula."Jawab Rizman pendek. Dia merasa hatinya panas berbahang.

"Abang balik dulu lah..terlupa pula tadi lembu lepas tak tambat." Rizman tiba-tiba meminta diri mahu pergi melihat lembunya pula. Baru sampai dah teringat lembu, apa kes?Takut? Amy mencebik.

"Kenapa tak tambat bang?" Tanya Rifki, baru nak berbual ada sahaja halangan.

"Talinya diambil budak-budak nakal kot, ni baru nak pergi beli tali baru" Jawab Rizmab. Di ambil budak- budak? Mustahil itu kerja budak-budak.

Di dalam hati Amy..."Ke tali tu kau ambil sebab nak gantung Pak De"

“Kenapa kau cakap macam tu?"Rifki memarahi adiknya.Pasti abang Rizman terasa hati.

"Saya cakap apa?Pasal roh datang minta tolong tu, please lah bang..Saya tak kata pun dia pembunuh." Jawab Amy, geram pula dia.

"Tapi cara kau pandang dia macam kau nak cakap dia pembunuh pula kan."Tuduh Rifki.

"Suka hati abang lah, saya percaya suatu hari nanti kebenaran pasti akan tersingkap, orang yang berbuat salah pasti akan dapat balasan, tengok lah nanti." Dendam mula berselirat di dalam hatinya.

"Kau ni dah kenapa Amy?Yakin sangat ke Pak De tu di bunuh?Kau ni bagus jadi polis lah macam ni."

"Ya tak lama lagi jadi polis lah saya."Amy terus bangun, mencapai motornya. Tanpa Shazwan dia mahu ke rumah Wak. Dia ada rancangan nya sendiri. Dia ikutkan baran yang mula menguasai diri.

"Saya tak mampu Wak nak buat macam yang Wak kata tu tapi mesti ada cara lain kan Wak nak bagi orang jahat tu menyerah diri sendiri."

"Ada memang lah ada. Datang pada aku bawa garam kasar tu dalam sekilo." Pinta Wak.

"Baik Wak saya pergi kedai sekarang." Pantasa sahaja Amy ke kedai, dia memang sudah tidak sabar lagi

"Apa kau nak buat dengan ibu garam Amy?"Tanya Pak Saam pemilik kedai runcit di kampung mereka.

"Nak buat ubat Pak Saam."

"Kau sakit ke?Nak pagar rumah?Tu lah aku dah jangka orang mati bunuh dirinya mesti balik rohnya. Dah buat dosa tak di terima lah dek bumi."

Eh! Amy terasa hatinya panas mendidih, suka hati nak bercakap. Tak tahu cerita jangan lah bercakap macam-macam. Malas Amy mahu membantah cakap orang tua tersebut.

"Ini Wak garam kasar."Amy meletak kan garam tersebut di hadapan Wak.

Wak mengambil sebentuk cincin yang di ikat dengan tali pancing lalu di masukkan ke dalam garam. Agak lama dia membaca serapahnya.Amy hanya melihat tidak jelas di telinganya apa yang di baca Wak, hanya dengar lafaz bismilah sahaja. Sambil dia memilih garam besar di antara garam tersebut, ibu garam!

" Ambil garam ni...pagar tujuh penjuru rumah dengan ibu dan garam ini. Setiap sudut satu ibu garam kemudian kau cantum kan dengan garam ini. Buat macam garisan. Faham kamu?"

"Faham Wak...lepas tu Wak?

"Tunggu 7 hari cukup orang itu sendiri akan menyerah diri ke Balai Polis dan memohon maaf kepada kamu sekeluarga."

"Baik Wak."

Amy turun dari rumah Wak dengan perasaan gembira.

Tunggu lah!Kau tahu lah nasib kau.

Apabila amarah menguasai diri, syaitan memang bergembira, kerana berjaya menghasut seorang lagi kaum Adam tersesat mengikut lorong yang di tunjuknya.

Senja itu senyap-senyap Amy melakukan kerjanya, tiada siapa pun tahu rancangannya, dia tidak mahu ayah atau emaknya tahu apa yang dia buat.Setelah mengikut apa yang di suruh Wak Amy bergerak meninjau ke arah tingkap yang telah pecah dan terlopong.Dia menangkap satu kelibat si sebalik daun pintu bilik Pak De. Berdebar dadanya...

Pak De....

Lala diam, dasyat betul cerita Amy ni, sanggup dia berjumpa bomoh semata-mata hendak menuntut bela kematian Pak De nya.

"Berhenti pula kau ni bercerita,buat mati mood aku je la" Lala menarik wajah masam,memang pantang dia kalau tengah syok bercerita orang berhenti. Macam tengok televisyen dan terganggu dek iklan yang panjang berjela.

Amy ketawa,Lala kalau bab bercerita seram memang dia jadi hantu,hantu telinga mendengar dengan teliti.Kalau boleh nak cepat habis,dah lah tu banyak tanya pula. Lala memang peminat alam mistik tambahan pula Lala istimewa orangnya...Lala dan June mereka bertiga memang sahabat sejati, sayangnya hari ini june tiada pula bersama mereka.

"Kau kan lagi terer bab-bab hantu ni Lala."

"Pandai lah kau."Lala cubit lengan Amy.

"Tapi cerita kau pasal arwah ni memang menarik,kenapa agaknya kau tak percaya Pak De kau memang bunuh diri?Mana lah tahu kan kalau memang betul dia bunuh diri."

“ Aku tak akan percaya sampai aku mati.” Amy mendengus, geram dan marah mengusai hatinya.

“ Lepas kau tabur garam tu apa jadi?” Tanya Lala.

“ Lepas aku tabur garam tu…” Sambung Amy.

Razman resah sahaja, sudah pukul 12 malam matanya masih belum mahu lelap. Bunyi cicak di dinding menyebabkan suasana sunyi menjadi sedikit seram. Ada rasa takut menyelinap masuk di ruang hatinya. Entah kenapa malam ini dia merasa seram pula, seola-olah ada sesuatu memerhati dia di sudut bilik yang samar-samar.

Razman mengalih tubuhnya, dia memandang dinding yang kaku dan bisu. Terasa ada orang berdiri di belakangnya, dia berkalih perlahan. Tiada apa-apa kelihatan. Bulu romanya tegak berdiri. Bingkas Razman bangun, dia keluar daripada bilik, lampu di pasang, terang benderang ruang tamu rumahnya. Entah mengapa hatinya benar- benar tidak sedap.

Dia mengulung rokok daun yang biasa mengantikan rokok Dunhill apabila dia keputusan wang. Dia menghembus asap rokok tersebut, terbatuk-batuk dia di buatnya. Tekaknya sudah biasa dengan rokok mahal,bila tak berduit memang dia terpaksa hisap apa yang ada sahaja. Sejak kebelakangan ini dia selalu kehabisan wang ringgit, tabiat berjudi semakin menjadi-jadi pula.

“Prank…!” Bunyi pinggan jatuh di dapur mengejutkan dia.

“ Tompok ni tak kenyang- kenyang agaknya.” Razman bersugut, dia bangun mahu menuju ke dapur tetapi kakinya terlanggar sesuatu.

“ Eh! Ada kau dekat sini Tompok.” Razman biarkan Tompok yang sedang lena dia ke dapur juga melihat apa yang berbunyi tadi. Dia terbau benda busuk pula.

“ Ishh! Apa benda ni bau busuk semacam je.” Rungut Razman. Macam ada bangkai di mana-mana. Bangkai tikus kah?

Sebaik sahaja lampu dapur di bukanya, Razman terundur ke belakang almari.

“ Allahuakhbar.” Di dalam cahaya lampu sesusuk tubuh sedang tegak berdiri di tepi dapur gasnya. Dan tubuh itu memang cukup dia kenali.

“ Husaini…” Razman menyebut nama itu di dalam hatinya sahaja, suaranya tersekat di rengkung.Kakinya terpaku di lantai, lutut terasa goyah dan jantungnya seolah-olah berhenti berdenyut.

Dia terduduk di atas lantai apabila bayangan itu hilang dari pandangan matanya.

“ Ah Siong memang sial lah.” Razman yang sedang demam mengagahkan diri juga berjumpa Ah Siong , si lintah darat yang menjadi kawan baiknya.

“ Lu apa hal? Sana sini koyok tampal. Serupa macam mau mati gua tengok lu.” Ah Siong memadang lelaki kurus yang tidak terurus itu.

“ Mau mati lor! Itu orang yang sudah mampus tu datang rumah gua, kacau sama gua.”

“ Lor, itu olang sudah mampus mana boleh balik. Lu gila ka?” Ah Siong tunjuk isyarat chi sin!

“ Gila tak gila Ah Siong gua demam pun sebab itu orang mati.” Rizman memicit kepalanya yang semakin sakit.

“ Olang sudah mati mana boleh cekik sama lu, kecuali kalau lu mati ketakutan sahaja.” Ah Siong ketawa galak. Ada ke hantu zaman macam ni? Ah Siong memang tidak percaya benda tu semua.

“ Lu tak kena, cuba kalau lu kena,tak cukup tanah lu mau lari.”

“ Haiya! Hantu ni semua tipu lah kawan, otak lu fikir lain mata lu pandang lain. Otak lu fikir rasa takut sebab lu buat salah ma, itu pasal mata lu nampak macam-macam.” Kata Ah Siong. Kalau ikut logic memang itu lah yang sedang Rizman alami. Buat macam dia, dia tak takut apa-apa pun jadi dia tidak terganggu.

Rizman berjeda, takutkah dia dengan bayangan Husaini? Kenapa dia mesti takut pula? Husaini banyak sangat songeh memang itu yang patut dia dapat. Nak pinjam duit pun kedekut, siap boleh ceramah dia pula. Ikut suka dia lah kalau nak berjudi pun, kalau tidak terdesak memang dia tak tergamak!

Lala terdiam, jadi Rizman lah pembunuhnya?

“ Rizman yang bunuh?” Tanya Lala kepada Amy.

“ Bukan Rizman yang bunuh tapi Ah Siong.” Jawab Amy.

“ Weh serius aku tak faham cerita kau ni, kau buat aku blur lah. Apa kaitan Ah Siong ni. Tiba-tiba muncul lepas tu kau kata dia yang bunuh. Si Rizman tu yang kena ganggu memang patut lah dia yang bunuh.” Lala mengeleng kepala. Cerita berbelit, macam mana nak tulis kalau macam ni punya belit. Mesti nanti pengemar cerita seram malas nak baca, pembaca tak suka fikir benda berbelit ni. Walau pun hanya sekadar menulis di page fb seram sahaja. Jalan cerita kena best, baru boleh dapat share ribu riban. Penulis seram lain pun tak dapat share banyak macam Lala.

“ Rizman kena ganggu teruk sampai akhirnya dia tak tahan dia menyerah diri pada polis, Ah Siong yang buat semua kerja, Rizman hanya membantu. Kira bersubahat lah.” Jawab Amy.

“ Apa motif Ah Siong bunuh Pak De…?”

“ Ah Siong nak duit, hutang Rizman dah banyak, mereka tahu Pak De ada banyak duit. Dia kan bujang, mak dengan along aku memang bagi duit tiap-tiap bulan pada Pak De.”

“ Jadi duit motif utama lah ni?’ Tanya Lala.

“ Ya duit memang boleh bikin orang gila,kawan jadi lawan. Sanggup membunuh untuk duit. Hasilnya kau nampak kan, mana aman hidup.Duduk dalam penjara, duit tu langsung tak ada makna.”

“ Betul cakap kau Amy, duit tu memang tak memberi makna pun. Ada duit pun belum tentu boleh beli pahala, beli bahagia.Bila buat kerja salah sebab duit, memang akan sentiasa lah di buru rasa bersalah.” Lala mengangguk, ada pengajaran rupanya cerita Amy ni. Mujur Amy tak buat apa yang Wak tu suruh, kalau tidak sia-sia sahaja dapat dosa.

“ Tapi Amy kau percaya ke garam tu buat Rizman di kejar baying-bayang Pak De?”

“ Kau ni Lala..kau fikir lah sendiri, apa kuasa garam tu? Nak bagi lembu minum boleh lah, doa tu yang afdalnya. Lepas balik dari rumah Pak De tabur garam tu, aku buat solat sunat, minta berhajat pada Allah. Allah dengar permintaan aku. Bukan sebab garam tu lah.”

“ Cerita macam ni sesuai untuk geng Iddin , Saka dan Fiona.”

“ Siapa tu?” Tanya Amy.

“ Geng paranormal aku lah, Kalimah team x, Tempur paranormal dengan Misteri Alam. Dorang tu memang terbaik, aku suka menulis untuk mereka.”

“ Kenapa aku tak tahu kau menulis untuk Fb Page ni ha?” Tanya Amy.

“ Tak kan lah aku nak cakap dengan kau yang aku menulis untuk dia orang, kau bukan minat baca kisah seram- seram ni.”

“ Bagi aku link nanti bila kau letak cerita tali gantung aku ni boleh aku baca. Nanti tak sama apa aku cerita dengan apa kau tulis, kau ni suka tokok tambah sikit.”

“ Kalimah Paranormal team X,Skuad Tempur Paranormal-Explorasi Mistik dengan Misteri Alam de Paranormal.” Lala memberitahu Amy, pantas lelaki itu mencari Fb Page tersebut, tekan butang like, senang kemudian nanti.

“ Hebatlah kau, dah pandai menulis.”

“ Aku suka menulis kau yang tak tahu. Group whatsapp pun ada, dia orang tu suka baca cerita seram aku kadang-kadang aku merapu juga bila dah tak ada benda seram aku nak cerita.”

“ Nanti aku nak ikut kau cari cerita seram lah.” Kata Amy sambil tersenyum.

"Weh hp kau berbunyi tu..."Amy tunjuk hp Lala yang berkelip.

"Masej je."

"Dari siapa..."Amy memanjangkan kepala menjenguk hp Amy.

"Kalimah Team Paranormal x, team si saka."

"Apa plan?"Tanya Amy teruja.

"Ajak terjah satu kawasan yang penuh dengan mitos dan misteri. Ada ke ajak tinjau kubur. Nak tinjau kalau benar ada mahluk bernama Kemolok tu."

"Kemolok? Apa tu....?...

"Kau nak ikut team si saka ni tak?"

"Sorry lah Lala aku ni penakut, kau upah aku sejuta pun aku tak nak pergi. Takut wei, buatnya Kemolok, tembolok ke apa tu muncul depan aku..mati aku kering dekat situ."Kata Amy denga memek muka paling takut dia.

“ Tadi kata nak ikut aku cari cerita seram”

“ Tak jadi lah, aku takut.”

Lala ketawa. Cerita best ni, Kemolok....argh!Gogle kejap lah.Lala mula bermain dengan telefonnya. Lepas ni boleh lah tulis pasal Kemolok tu pula.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku