pareidolia
Pareidolia-Kemolok
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Mei 2016
Penilaian Purata:
(18 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6802

Bacaan






"Jadi tak ikut aku ni?"Tanya Saka.
"Ke mana?"
"Aku ada dapat info..esok hari ketiga kematian orang yang di katakan keturunan menjadi kemolok tu. Hari ke tiga hari dia akan bangkit dari kuburan."Kata Saka
"Rugi kau tak pergi Lala, kata nak cerita meletup. Nak cerita best kena ada pengalaman mistik sendiri.Amacam..kita ikut Saka skodeng kuburan tu nanti."Ajak Fiona.
"Nanti aku fikir, aku tak rasa aku berani ."
"Kau tak berani?Kau buat aku gelak lah Lala."Saka ketawa galak.Lala memberi isyarat diam kepada Saka, Fiona tidak sepatutnya tahu apa-apa tentang dia.
"Amacam nak tak..skodeng kemunculan kemolok tu.""Sebelum tu kita pergi interview si tukang cerita tu perihal Kemolok ni."Lala diam, menarik sungguh cadangan Saka dan Fiona ni."Siapa pergi lagi?"Tanya Lala.
"Aku, Fiona, Iddin dengan kau lah."Jawab Fiona.
"Macam tu okey lah, aku ikut."

Esoknya Lala, Saka, Fiona dan Nasir pergi berjumpa seseorang,Ita namanya, Ita lah yang bertanggungjawab membawa mereka malam ini.
"Kau patut cerita dengan Lala pasal mahluk aneh ni Ita, cuba kau cerita pada dia, kami pun nak dengar juga." Kata Saka.Ita mengangguk, dia memulakan cerita.
"Peristiwa ni terjadi masa aku kerja kilang dahulu, masa tu....

Ita melihat jam di tangan,sudah 11.10 minit malam tetapi kelibat Yusri langsung tidak kelihatan lagi. Nora sudah panas punggung,tak pernah Yusri lewat tanpa memberitahu masalahnya,hari ini satu masej pun tiada masuk. Apa hal Yusri agaknya sampai tak mampu menaip masej walaupun sebaris ayat.
"Ni yang aku menyampah ni."Rungut Nora.
"Van rosak agakanya." Ita meneka.
"Van tu dah patut jadi tukun,tolak dalam lombong. Boleh juga ikan bersarang."Nora bersungut lagi. Panas hatinya,sudah lah dia kena duduk di line trans hari ini. 8 jam terpaksa berdiri,berjalan ke depan ke belakang. Mesin trans pula buat hal sepanjang hari. Terlepas target dia hari ini,esok kena menjawab dengan supervisor pula. Leceh,ini Yusri pula lewat mengambil mereka berdua,lagi lah hatinya mendidih. Geram!
"Weh!Korang."Zaki yang terlewat sampai mendapatkan mereka berdua yang berdiri tegak di pos guard.Nora tidak menyahut,dia hanya menjeling Zaki. Lelaki itu kalau tidak menyakat sehari memang tidak sah.

"Tunggu Yusri?Van rosak kat simpang tiga tu tadi. Aku hantar dia balik ambik kereta.Kejap lagi sampai lah tu."Zaki sekadar memberitahu,dia melihat wajah Nora yang cemberut macam cencurut tidak jadi dia mahu menyakat.
"Petang tadi ada orang meninggal."Zaki beralih perhatian kepada Ita,dia tahu Ita pasti akan melayan sengal dia.Bukan macam Nora,tahu lah lawa sombong pula.
"Siapa?""Keluarga Pak Sitam.Dari Kuala Lumpur tapi kebumikan dekat sini."
"Keluarga Pak Sitam?"Berdebar dada Ita,entah kenapa nama Sitam itu menakutkan dia."Balik nanti jangan ikut jalan belakang,ikut depan. Jauh sikit tak apa. Bukannya nak takutkan korang tapi berhati hati..mana tahu!" Zaki berbisik.
Ita cengilkan mata,melampau lah Zaki ni. Dah tak ada kerja agaknya menakutkan orang,walaupun dia tidak menyatakan secara terus terang,dia boleh memahami maksud Zaki.
Belum sempat Ita memarahi Zaki ,Yusri sampai di hadapan mereka. Nora buka pintu belakang,maknanya Ita kena menemankan Yusri di depan. Aduh! Masak lah dia buatnya betul ada,memang dia lah yang akan nampak dulu.
"Ikut mana ni abang Yus?"Tanya Nora,dia pun mula rasa bimbang,ulah Zaki memang dia dengar dengan jelas cuma dia tidak mahu kisah sahaja. Zaki kalau di layan sampai esok pun boleh jadi.
"Kita ikut jalan belakang,abang tak nak pusing jauh. Minyak cukup nak sampai dekat petron area rumah korang je ni."
"Aduh abang ni kenapa tak isi minyak penuh."Ita mengeluh,dengar jalan belakang dia sudah seriau. Dah lah jalan kecil,sunyi,gelap. Di tambah pula dengan khabar dari Zaki tadi. Memang dia takut,Ita tahu Nora pun pasti takut.

"Petang tadi ada kematian ye bang?"Tanya Nora pula,dia duduk di tengah tengah antara kerusi penumpang dan pemandu. Yusri memandang dari cermin pandang belakang. Apa hal pula si Nora ni.
"Aah,keluarga Pak Sitam."Jawab Yusri.
"Abang pun dengar dari ayah abang tadi. Khabarnya ada sedikit masalah tadi." Sambung Yusri.
"Masaalah?"Serentak Ita dan Nora bertanya.
"Tanah nak kambus tiba tiba tak cukup." Selamba Yusri berkata tanpa dia ketahui sebabnya.Bagi Ita dan Nora kes tanah hendak mengambus kubur tidak cukup itu bukan kes biasa. Itu kes luar biasa yang akan menyebabkan kejadian luar biasa.

Cahaya lampu kereta Yusri menyuluh jalan yang sempit. Mereka bertiga hanya diam membisu.Di dalam hati Ita dan Nora jangan lah mereka terjumpa apa apa yang pelik.
"Korang berdua ni fikir apa ha?Ni mesti terpengaruh dengan Zaki ni.Bukan abang tak nampak tadi."
"Tak ada lah bang,Zaki tak ada cakap apa pun. Tapi kan bang betul ke orang kata...."Ita tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila Yusri tiba tiba menekan break.Terdorang Ita ke hadapan,mujur Nora tidak tercampak ke depan juga.
"Abang ni dah...."Nora angkat kepala yang tertunduk di antara dua kerusi di hadapan,matanya terbelalak,mulutnya terbuka.Tangan Nora memukul bahu Ita dan Yusri.
"Aaaa..pa tu!"tergagap gagap Nora bersuara. Yusri dan Ita hanya berpandangan.Tidak mampu bersuara.Tangan Yusri pantas menekan lock pintu,sebelum benda di depan mereka melompat masuk walaupun benda tersebut berada 50 meter di hadapan mereka.
Mereka berpandangan ketakutan,benda di hadapan mereka sekali pandang macam mayat berbungkus, dua kali pandang macam siamang berbulu putih bermata hitam. Tangan nya panjang daripada kaki,Sebelah menutup dahi seolah olah cuba melindungi wajah sendiri. Bau busuk bagaikan tahi ayam candu singgah di rongga hidung mereka. benda itu duduk di tengah jalan menghalang jalan mereka.

Yusri melaungkan azan sekuat hati sebelum dia menekan minyak. Apa nak jadi,jadi lah walaupun keretanya melanggar benda itu dia tidak peduli. Biarlah keretanya berbau busuk setahun dia tidak kisah asalkan dia tidak mati di kokak kemolok durjana.
Bagaikan melanggar kabus,benda itu hilang sebaik sahaja kereta Yusri mendekat,jangan dia duduk atas bumbung sudah! Macam ribut Yusri melarikan kereta. Janji sampai ke rumah mereka sudah lah.
Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah Ita dan Nora,Yusri tidak menunggu lagi,berlari Ita dan Nora masuk ke rumah. Bau tahi ayam candu mengiba -iba,bunyi benda itu juga semakin mendekat.Mereka berdua semakin kecut perut,waktu itu kunci basikal pun mereka tidak dapat bezakan dengan kunci rumah..
Mahluk apakah kemolok itu?

"Mahluk apa kemolok tu?"Tanya Lala kepada Ita.
"Itu lah, aku pun tak tahu tapi kalau ikut cerita emak aku mahluk tu wujud sebab persumpahan satu suku. Sumpah tu pula terjadi kerana perebutan harta.Macam tu lah lebih kurang.Ceritanya macam ni..."

1950 an Disebuah kampung jauh terpencil

Husin membersihkan lumpur di kakinya,seekor pacat kekenyangan tergolek di hujung jari,kembung perut berisi darah. Husin tenyeh dengan hujung ranting,memancut darah merah.
Simah yang sudah siap memasak,mendapatkan Husin yang kelelahan.Segelas air kosong di hulurkan kepada si suami. Husin tersenyum,lega tekaknya yang kehausan. Tanpa kata -kata Simah pergi ke perdu pokok rambutan merah,daun mengkuang yang tersidai di balik -balikkan supaya cepat kering. Cadangnya esok dia mahu menganyam tikar yang di tempah tok ketua.

"Berapa helai tikar tok ketua mahu?" Husin memulakan bicara.
"Tak banyak,tiga helai sahaja."Jawab Simah acuh tak acuh. Hari ini malas benar dia mahu melayan Husin. Husin memandang Simah ,merajuk lagi kah Simah kerana tidak membelikan terompah kayu berwarna merah semalam?Kalau begitu terpaksa juga lah dia memujuk Simah dengan kehendak isterinya itu,jika tidak sampai lusa lah Simah membuat muka asam kedondong,kelat asam kelubi.

"Assalamualaikum...Husin."Husin dan Simah menoleh ke arah jalan bertanah merah. Mubin berdiri tersengih dengan basikal tuanya.
"Kau dah dengar khabar kah?" Sebaik sahaja Mubin mendekati mereka berdua terus sahaja dia bertanya.
"Khabar apa?"Tanya Husin.
"Pak Sitam baru sahaja meninggal dunia sekejap ni tadi. Kalau kau mahu pergi sekali,boleh lah aku tunggu."
"Lama juga orang tua tu telantar."
"Khabarnya ada guru dari seberang datang mengubat. Kecoh juga aku dengar.Berbuka bumbung segala" Beriya iya Mubin bercerita.
"Kau tengok sendiri ke?" Simah yang memasang telinga,menyampuk. Terjengil mata Husin pantang betul dia kalau orang lelaki berbual,kaum wanita menyampuk.
"Sudah bahagian dia.Tunggu lah aku mandi Asar pun belum lagi ni. Kau dah Asar,kalau belum boleh berjemaah sekali."Ajak Husin.
"Aku dari surau tadi. Aku tunggu kau lah."

Zali yang baru pulang bersama adik -adiknya menegur Mubin yang duduk di atas pangkin kayu sambil mengunyah buah jambu air yang masak ranum. Tersengih sengih Mubin membalas teguran Zali.
"Pak Sitam meninggal,nanti Zali ke surau ye tolong budak -budak lain mengetam papan keranda dengan lahat.Esok pagi pagi ke kubur tolong mengali sekali."
"Baik pakcik, sekejap lagi Zali ke surau." Zali patuh,dia menyeret dua orang adiknya ke perigi. Baldi ayan yang terletak di anak tangga dicapainya. Terlanjur dia ke perigi,dia mahu mengambil air sekali untuk diisi di dalam tempayan.Senang emak dan adik adik subuh esok tak perlu bersejuk sejuk ke perigi untuk mandi.

Zali membiarkan Eton dan Hasan mandi dahulu,sementara dia duduk di atas batu menunggu. Dia memandang rumah Tok Din yang sunyi sepi. Ke mana orang tua itu pergi, sudah dua hari dia tidak nampak kelibat Tok Din. Sakit kah dia?Sudah lah tinggal bersendirian jika terjadi apa -apa sudah membusuk baru orang kampung tahu.
Tidak semena- mena Zali melihat kelibat Tok Din meranduk belukar menuju ke rumpun mengkuang.Anehnya orang tua ni, tidak nampak kah dia rumpun mengkuang sedang menadah menanti dia. Duri menkuang terkena sedikit pun sudah terasa sakit,apatah lagi kalau serumpun yang terkena badan. Cepat cepat Zali memanggil Tok Din. Berlari dia ke arah rumpun mengkuang tetapi Tok Din hanya menoleh dan tersengih memandang dia,dengan pandangan yang cukup aneh.Zali berhenti pada jarak tiga meter,dia dapat melihat mata Tok Din merah bagaikan biji saga.Kulitnya berkedut seribu.

"Allahhuakbar"...Zali terjerit kecil,bukan Tok Din yang di kejarnya tetapi jembalang."Abang Zali..."panggil Eton,hairan dia melihat Zali bagaikan terpukau mahu meranduk belukar mengkuang. Terpinga pinga Zali memandang adiknya.
"Abang kenapa hendak masuk ke dalam belukar tu,sudah kebal kah?"Tanya Eton kehairanan."Abang nampak tok Din tadi."
"Mana ada tok din,orang tua tu dah dua hari di ambil anaknya ke kampung sebelah."Zali terdiamKenapa dia tidak tahu pula.
Husin dan Mubin sampai ke rumah arwah Sitam sebelum Maghrib menjelma. Beberapa orang kampung kelihatan duduk sahaja di bawah pohon manggis,ada yang berbual,ada yang membaca surah yassin. Husin dan Mubin naik ke atas rumah mahu melihat jenazah.
Husin membuka kain batik lepas yang menutupi jenazah.
"Allahhuakbar...Ani kenapa kamu biarkan jenazah di hurung semut ni." Mengucap panjang Husin melihat semut hitam menghurung wajah jenazah hingga tertutup hidung arwah.Ani yang berada berdekatan cepat -cepat mendapatkan Husin,dia melihat wajah jenazah.

"Pakcik ni mana ada semut,elok sahaja." Ani tidak pula melihat walaupun seekor semut di sisi jenazah ayahnya. Kenapa pula Husin mengatakan ada semut pada wajah arwah.
Mubin yang merasa tidak sedap hati cepat -cepat menarik tangan Husin mengikut dia ke bawah.
"Pandangan aku tak silap,memang penuh semut keluar masuk dari rongga hidung arwah. mengembit,beribu.Kenapa aku sahaja yang nampak."
"Aku faham apa kau nampak , orang lain tak akan faham kita Husin. Aku bukan setakat nampak jenazah di hurung semut malah jasadnya sudah habis di mamah ulat. Aku pasti kau nampak apa aku nampak juga. Bau nya usah cakap bau tahi ayam candu."
Bisik Mubin.

Kenapa jenazah jadi begitu?Husin dan Mubin tiada jawapan pada persoalan yang berlegar di benak mereka.Zali dan dua tiga orang rakan sekampung sudah siap mengetam papan keranda dan lahad. Mereka mengemas apa yang patut sebelum duduk sebentar melepaskan lelah.
"Balik nanti kau nak tumpang aku tak Zali?"Tanya Sahak.
"Aku jalan sahaja lah ,dekat bukannya jauh mana pun""Nanti kau ambik jamung dekat tepi tu.Gelap-gelap nanti tak nampak pula ular lipan."
Zali berjalan kaki pulang ke rumah berteman kan Harun. Rumah dia dan Harun tidak lah jauh. Sambil mereka berjalan meranduk kegelapan,mereka ralit berbual kisah anak teruna seperti mereka. Berselang seli dengan tawa yang dikawal.
Zali angkat jamung tinggi,dia menahan Harun dari meneruskan perjalanan. Di bawah pohon jejawi Zali dan Harun melihat sesuatu yang pantas bersembunyi di sebalik batang pokok sebesar pemeluk.

"Siapa?"Laung Zali. Harun hanya diam tidak berkutik. Dadanya berdebar debar. Siapa pula yang berani duduk di bawah pohon jejawi malam-malam begini. Semua orang tahu pohon itu berpenunggu,sudah ramai orang kampung terkena.Apakah malam ini nasib dia dan Zali pula?
"Jom lah Zali,aku tak rasa itu orang yang nak menakutkan kita.Jangan nak cari pasal."Bisik Harun. Zali tidak memperdulikan Harun,dia mendekati pohon jejawi mengintai disebalik pokok tetapi tiada sesiapa pun kelihatan.Zali berpusing menghadap Harun tanpa dia menyedari di belakangnya ada mahluk hitam memerhati,Harun melihat mahluk itu semakin meninggi sedikit demi sedikit.

"Lari Zali..."Pekik Harun.Zali yang terkejut dengan jeritan Harun membuka langkah seribu,tegak bulu romanya apabila Harun menjerit 
"Hantu galah."Mencungap Zali dan Harun di muka pintu rumah Zali. Harun muntah di situ juga.Bau hanyir muntah Harun menyebabkan Zali turut merasa sebu. Merah wajahnya menahan rasa loya.
Simah yang mendengar suara Zali dan Harun cepat cepat membuka pintu.
"Harun , Zali kenapa ni?" Simah melihat Harun terbongkok bongkok menekan perut.
"Kami jumpa hantu mak. Hantu galah dekat pohon jejawi." Termengah mengah Zali bersuara memberitahu emaknya.
"Allahhuakbar..."Sebelum ini Simah hanya mendengar cerita orang kampung tetapi kali ini Zali yang terkena.Zali memapah Harun naik ke rumah,habis lukus baju Harun bermandi peluh,terpaksa pula Zali memberikan bajunya kepada Harun. Harun meracau racau sepanjang malam. Simah dan Husin serta Zali menjaga Harun malam itu,Harun benar benar terkejut melihat mahluk di pohon jejawi.
Pukul 2 pagi ketika Harun sudah mampu melelapkan mata,Husin duduk bersama Zali sambil Husin mengulung rokok daun. Berkepul kepul asap rokok di hembusnya. Zali mahu ke dapur menjerang air ketika telinganya mendengar bunyi sesuatu berlari di atas bumbung rumah. berderap-derap bunyi atap zink di pijak sesuatu.
"Apa tu abah?"Tidak jadi Zali mahu menjerang air. Dia kembali duduk di sisi Husin.Simah yang terjaga juga turut mendengar bunyi benda berlari di atas atap. Simah keluar dari kelambu mendapatkan suami dan anaknya.
"Syhhh!..."Husin memberi isyarat supaya diam. Dia memasang telinga. Di dalam hatinya bergema surah al fatihah dan ayat qursi. Di dalam makrifat dia tahu mahluk yang dilihat Zali dn Harun kini sedang menganggu keluarganya pula.

Ani datang ke rumah Simah petang itu,hajat dihatinya hanya mahu singgah memberi Simah kain pelikat milik arwah bapanya Sitam. Jika di bawa Husin ke surau tentu pahalanya dapat juga untuk arwah. Kebetulan hanya Zali di rumah,jadi Ani hanya menyerahkan kepada Zali kain tersebut dan pulang.
Husin leka berbual dengan Ali sebaik sahaja selesai dia membeli barang keperluan dapur dan juga sepasang terompah untuk isteri tercinta. Dari secawan kopi bertambah lagi secawan apabila Ajak pula menyertai mereka berdua.
"Aku pelik betul,macam mana tanah kubur tak cukup tadi."Ajak memulakan bicara mengenai perihal pagi tadi."Sudah bahagian dia. Tak baik kita bercakap perihal orang yang sudah tiada."Husin memang tidak suka berbicara apa apa tentang perihal orang lain.Ajak dan Ali memahami jadi mereka terhenti begitu sahaja.

"Aku balik dulu lah,sudah hampir Maghrib ni.Tak ke surau lah aku macam ni"Kelam kabut Husin mendapatkan basikal tua nya. Barang yang di belinya tadi di ikat nya baik baik,takut tercicir di jalanan pula.Husin mengayuh basikal dengan tenang. Hari semakin rembang,sunyi begitu terasa.waktu begini memang tiada sesiapa pun yang keluar ke pekan kecil itu. Dia pun kalau bukan kerana Ali dan Ajak memang dia tak akan balik selewat ini.
Ketika menuruni bukit berhampiran tanah perkuburan tiba tiba sahaja basikalnya terasa berat,bergerak perlahan sahaja seolah olah dia sedang membawa beban yang berat. terpaksa pula dia mengayuh basikal menuruni bukit. Husin tidak sedap hati,terasa bagai ada sesuatu menumpang di belakangnya tetapi dia tidak mahu menoleh. terbit rasa takut di hatinya. bagaimana kalau pontianak atau jembalang yang bertenggek di belakang basikalnya, harus basikalnya tinggal dia yang berlari pulang tidak cukup tanah.Husin membaca ayat suci perlahan,di dalam hati dia berdoa semoga Allah melindungi dia.

"Eh lambat abang balik. apa ada di pekan tu sampai begini baru balik."Simah yang sedang bersiap sedia mahu ke surau menegur suaminya yang kelelahan di tangga.
"Nak ke surau ke Simah?Zali dengan adik adiknya mana?"Husin tidak menjawab pertanyaan Simah.
"Kalau sudah bersiap siap begini ke surau lah bang. Kenapa?"
"Solat di rumah sahaja malam ni, budak budak pun tak payah ke surau. Mengaji di rumah sahaja."Pelik pula Simah dengan arahan Husin,lain macam sahaja. Tetapi dia tidak membantah,dia menyuruh anak anak nya bersiap sedia untuk bersolat jemaah di rumah sahaja.
Usai makan malam itu,selepas bersolat Isyak,Husin duduk menghadap Simah yang sedang menganyam tikar mengkuang bertemankan pelita mengajit di tiup angin.

"Petang tadi masa abang balik,tak tahu lah geruh apa yang menanti. Menurun bukit basikal terasa mengangkut batu berat.Hendak ditoleh takut entah apa yang menumpang."Husin bercerita. Zali yang berada di sisi emaknya turut mendengar cerita bapanya.
"Pelik pula ya bang...entah-entah pontianak"Ujar Simah sengaja mahu bergurau dengan Husin."Kalau pontianak senang pula..."Jawab Husin tanpa memandang Simah."Ye lah!Senang abang nak pakukan kepalanya untung untung berubah menjadi perempuan cantik,merasa lah saya bermadu dengan perempuan cantik. Engkau pun Zali beruntung lah ada emak tiri baru dan cantik."Simah mencebikkan bibir. Dia tersenyum.

"Iya kalau jadi perempuan cantik memang lah untung abang buat bini tapi kalau di paku tetapi jadi nenek kebayan,naya mati berangan hendak berbini lagi. abang lah yang tak untung kena membela nenek si bongkok tiga."Pecah tawa mereka bertiga beranak. tanpa mereka sedari di luar sana sesuatu sedang menanti. Sesuatu yang marah sepenuh hati kerana haknya ada di sini.
Simah tercium bau kurang enak,seperti mengangkut tahi ayam candu sebakul. Dia mengosok-gosok hidung nya,rasa mahu muntah. Dia pandang Husin dan Zali yang turut berubah rona wajah mereka. Merah wajah mereka menahan bau busuk.Husin memberi isyarat dengan jari telunjuknya di bibir. Isyarat supaya diam, tangan Zali sudah mencapai beluti di dinding. tingkap yang terdedah dihampirinya.
Tiba tiba lampu terpadam di tiup angin diikuti dengan bunyi benda jatuh dari tingkap yang terdedah. Zali yang sudah bersedia tidak melihat apa apa. hanya mata nya sahaja yang terkebil-kebil di dalam gelap.

"Simah,apa barang yang di bagi Ani,baik buang sekarang."Bisik Husin kepada Simah yang sudah memeluk erat lengannya.Kebetulan barang yang di beri Ani petang tadi berada dekat dengannya, barang tersebut di capai nya lalu di berinya kepada Husin.
"Kau cuma hendak hak engkau. pergi ambik."Jerit Husin sambil dia berlari ke arah tingkap yang terbuka. Kain tersebut di campaknya ke tanah. berdebus bunyi benda jatuh ke tanah mengikut kain yang di campak Husin.
"Keturunan kemolok memang tidak boleh di buat kawan."Husin bersungut.
kenapa mahluk itu mahukan kain yang sudah di sedekahkan?untuk apa?Adakah mahluk ini mahukan hartanya menjadi haknya sahaja?Zali tertanya tanya. Esok dia akan bertanya dengan bapanya.
"Pasal apa kemolok ni macam tu?"
"Dia macam tu sebab semasa hayatnya dia bersumpah tentang rasa tidak puas hatinya pada pembahagian harta pusaka. Si adik sengaja mengalihkan batu sempadan tanah abangnya.Sikit-sikit di makannya.Bila si abang sedar perbuatan adiknya dia cuba memberitahu adiknya tentang perbuatan salah tersebut tetapi perbalahan yang berlaku."

"Dalam perbalahan itu lah si adik bersumpah, jika betul dia yang mengalihkan batu sempadan, esok matinya tidak akan di terima bumi malah tidak juga di langit."
Zali mengangguk, jadi itu lah asalnya kejadian itu.

"Kemolok ni kalau mengilir dia berbunyi macam kuda, dengan bau yang sangat busuk menyengat.Macam bau tahi ayam candu tu lah.Kalau di koboknya nasi memang kena buang lah periuk tersebut."
"Lagi satu kalau kita jumpa lotong seekor,jinak tak takut orang, mungkin itu lah jadian manusia kemolok.Kata orang tua-tua, dia ada tujuh kejadian yang aku ingat hanya 3,rama-rama, beriang dengan kumbang."
"Habis tu Ita, sekarang ada lagi ke?"Tanya Lala.Best juga cerita Ita ni."Ada tapi mereka berubat dah, tak macam dulu, siap dengan bunyi, sekarang ni bau je ada. Balik tetap balik. Kurang lah seram tu sikit."
"Berubat macam mana tu?""Terpaksa buat macam tu kalau tidak jangan kata bau, siap dengan bunyi dia sekali.Mereka cucuk hujung ibu jari dengan sebatang jarum emas. Aku tak tahu kenapa, mungkin petua macam tu lah lebih kurang."

"Amacam Lala, Saka, Fiona dan Iddin?Aku tinggalkan korang berempat dekat kubur malam ni.Berani?"Tanya Ita.
"Insya Allah, jangan takut dengan menantang tu."Jawab Iddin selamba.
"Okey kita tengok macam mana keadaan malam ni."

Lala berdebar-debar. Malam ini dia bersama mereka akan menyorok di sebalik banir mengintai sebuah kuburan yang dikatakan bakal muncul mahluk aneh itu.Mereka sudah bersiap sedia dengan peralatan merakam.Moga apa yang mereka kehendaki akan diperolehi mereka malam ini.


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku