pareidolia
Pareidolia-Kemolok
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Mei 2016
Penilaian Purata:
(13 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
10464

Bacaan






Malam itu Ita menghantar mereka berempat ke kawasan tanah perkuburan yang terletak agak jauh daripada kampung.

"Baik-baik korang,aku doakan korang selamat."Ujar ita sebelum dia hilang di dalam gelap.

"Korang yakin nak buat kerja ni?"Tanya Lala, hatinya mula bimbang apabila lintasan bayangan sesuatu yang tidak kelihatan dek mata kasar mula singgah pada pandangannya.

"Kenapa kau takut?"Tanya Fiona. Lala mengeleng, dia tidak takut tetapi mereka semua tidak nampak apa yang dia nampak, itu yang masalahnya. Kalau lah mereka nampak apa yang dia nampak pasti mereka batalkan sahaja misi hantu ini.

"Kita kena rungkai misteri kejadian ini. Sampai bila masyarakat setempat nak terus di momokkan dengan cerita yang tidak masuk akal."Ujat Iddin.

Lala mengeleng, tak nampak boleh lah cakap, permainan syaitan memang tidak mampu di tebak tetapi sebagai manusia ada cara untuk melindungi diri dari terjebak. Jangan jadi seperti dia, apabila nasi telah menjadi bubur, nak makan memang boleh tetapi selera sudah patah.

"Kita ambil posisi dekat sini, jelas sikit."Saka meletak kamera di atas tanah.Fiona meninjau kawasan yang gelap gelita, apa lah dia nampak.Lala memandang sekeliling kawasan, nisan putih berceracakan kaku dan bisu sahaja. Angin bertiup perlahan tetapi cukup dingin padanya.

Pada pandangan mata Lala, ada banyak benda ghaib yang menjadi penghuni tanah perkuburan tidak mampu dia berkata-kata tentang apa yang dia lihat, sudah biasa, sudah lali tetapi kawannya yang bertiga ini belum tentu biasa. Kalau biasa pun setakat sesuatu yang masih tidak menakutkan.

"Okey cun!"Kata-kata Saka membuatkan Lala menoleh. Tanpa Saka sedari sesuatu berdiri di belakangnya, seorang wanita berambut panjang, berbaju labuh menyapu ke tanah.Lala mengedipkan mata,jangan ganggu kawan-kawannya, tak berupaya dia mahu membantu nanti.
Mereka berempat duduk di sebalik banir yang sudah mereput,bau tanah lembab berada di mana-mana.Rimas dengan bau tanah,Lala beralih duduk di belakang mereka bertiga, tidak seperti tadi berderet sahaja.

"Syyyy....."Saka memberi arahan diam.

"Apasal...?"tanya Fiona.

"Dengar...."Ujar Iddin pula.

Mereka seolah-olah mendengar bunyi seperti tanah di korek dan jatuh di atas rumput kering. Kamera vidoe yang sudah siap terpasang memang di halakan ke arah kuburan tersebut. Saka meninjau,tetapi tiada apa kelihatan.
Lala mengambil posisi yang membolehkan dia melihat, dia mencari dari mana arah datangnya bunyi tersebut. Sah! memang dari arah kubur yang masih lagi baru. Kubur yang di katakan milik manusia bersumpah itu.

Perlahan-lahan Lala melihat ada kabus nipis keluar dari kuburan, bau busuk semakin kuat singgah pada deria baunya.

"Korang bau tak?"Tanya Fiona berbisik.

"Bau,macam bau tahi."Jawab Saka. Iddin dan Lala mengangguk.

"Korang nampak kabus atas kubur tu?"Bisik Lala.

"Mana?"Iddin merenung kuburan tersebut, tiada apa pun kelihatan. 

Tetapi Lala melihatnya, apabila hijab tersingkap maka yang ghaib umpama kehidupan biasa yang turut sama hidup melata di atas muka bumi.
Bau semakin kuat tetapi mereka tidak melihat apa-apa.Lala bangun berdiri, bulat mata nya melihat dalam kesamaran, sesuatu tercongok di atas kuburan. Seperti monyet bulat lonjong.

"Weh!Korang tak nampak ke?"Bisik Lala.

"Mana nampak apa-apa". Balas Fiona.Lala terus terdiam, apa yang dia lihat tak mampu dia ceritakan, harap kamera boleh merakam kan keanehan ini.
Bau busuk semakin kuat, Fiona merasa tekaknya loya. Bau bangkai! Bau yang kuat beransur-ansur pergi di tiup angin apabila makhluk aneh yang menjelma dari atas kuburan itu meninggalkan kuburan dan menyusuri celahan batu nisan lalu ghaib di dalam kepekatan malam. Senyap tanpa suara.

"Aku rasa baik kita blah."Lala bersuara setelah agak lama mereka menanti.Tak guna menunggu lagi, benda tu pun dah pergi hilang ke kawasan kampung agaknya.

"Tunggu lah lagi."Kata Iddin.

"Tak payah dah aku rasa."Saka yang tahu perihal Lala menyokong Lala, pasti makhluk itu telah pergi ke kawasan kampung.Dia tahu Lala pasti melihat.
Mereka meninggalkan kawasan tanah perkuburan tepat jam dua pagi, dua jam di kawasan seram cukup mengujakan. Ita sudah siap menanti mereka di homestay yang mereka sewa.

"Macam mana dapat apa-apa tak?"Tanya Ita.

"Kena tengok video dulu, bau je kuat Ita."Jawab Fiona.

"Setakat bau, kentut pun bau tolo"Iddin berseloroh.Lala tersengih.

"Wei cakap besar, lalu depan mata cuba kau terajang aku nak tengok." Saka menempelak Iddin.

"Hahahaha..."Iddn ketawa, mampus nak terajang, dia cabut dulu ada lah agaknya.
Mereka duduk di ruang tamu, laptop di pasang. Mereka berlima melihat apa yang terakam.

"Eh..macam mana boleh jadi macam ni ye?Aku dah setting baik kamera ni, kenapa tak ada apa-apa."

Mereka yang melihatnya juga pelik.Memang kosong!Mereka berpandangan hanya Lala yang tahu kenapa masalah itu muncul.
Ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas subuh. Lala membuka cerita kepada Saka. Walaupun mereka di dalam kereta yang sama Lala memilih untuk bercerita di dalam group whatsapp misteri milik mereka.

"Ada mahluk off kamera tu."

"Ha..."

"Serius aku tak tipu."

"Pandainya mahkluk tu."

"Dia tak mahu kita rakam apa-apa."

"Mahkluk apa Lala."

"Mahkluk ni kata, semua ni hak Allah."

"Eh mahkluk apa yang boleh cakap macam tu."

"Mahkluk dari golongan Jin."

"Semua mahkluk tu dari golongan Jin lah."

"Nadim..."

"Siapa Nadim?"
"Nadim yang muncul ketika dia mahu"..

Saka sudah tidak menjawab lagi. Siapa pula Nadim ini. Lala ni memang pelik lah!






Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku