pareidolia
Pareidolia- June vs Nadim
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Mei 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6400

Bacaan






“ Kau ada cakap pasal Nadim pada aku masa kita balik dari lokasi kemolok tu Lala, dari sehari ke sehari aku nak bertanya dengan kau pasal lelaki ni. Siapa? Pakwe kau ke?” Tanya Saka ketika dia bertemu Lala pada suatu petang.

Lala menghirup minuman yang masih bersisa, tugasannya menulis cerita kemolok sudah pun habis. Memang ramai yang menanti cerita tersebut, sebab itu lah satu-satunya hantu yang tak pernah mereka dengar. Itu yang Lala suka sesuatu yang baru untuk di baca. Skema sangat dengan hantu biasa- biasa. Balik-balik pocong, balik-balik Pontianak. Tapi kalau sudah tiada bahan mahu menulis memang hantu itu juga lah menjadi pilihan Lala

“ Wei!Jawab lah apa aku tanya.Boleh pula kau berangan.” Saka mengetuk jejari Lala dengan hujung straw.

“ Teruk lah kau ni, ada pula guna straw ketuk jari orang lepas tu masuk mulut balik.” Lala menunjukan memek muka geli. Memang pengotor si Saka ni.

“ Dah aku tanya kau tak nak jawab.” Kata Saka , ketawa dia dengan gelagat Lala.

“ Kau nak tahu sangat pasal Nadim ke? “

“ Mesti lah nak tahu, nama pun pelik, mesti Nadim tu bukan biasa-biasa orangnya.”

“ Ya Nadim bukan biasa-biasa orangnya, dia lelaki di sebalik dinding yang tidak kelihatan. Kadang-kadang Nadim muncul macam penyelamat. Selamat kan aku dari bahaya, dia kawan aku. Kawan baik aku.” Jawab Lala panjang lebar.

“ Mana kau jumpa dia ni?” Tanya Saka.

“ Aku jumpa dia masa dia tengah bersedih kerana cinta yang tidak boleh bersatu.”

“ Wow,best tu, cinta tidak semesti bersatu.” Saka ketawa lagi.

“ Cuba kau cerita dengan aku kisah cinta Nadim ni, penat otak aku asyik baca cerpen hantu kau sahaja.”

“ Sejak bila pula kau sakit otak dengan cerita hantu, nak beralih bidang pula menerokai cerita cinta ke?” Tanya Lala sambil tersenyum.

“ Aku pasti kisah cinta Nadim ni lain dari yang lain, tak skema macam kisah cinta yang ada di pasaran.”

“ Yakin sangat kau ni.”

“ Yakin lah, sebab penceritanya Lala, kalau orang lain memang aku tak yakin. Nanti jangan lupa siapkan cerpen Nadim ni untuk page aku tu.” Ujar Saka.

Lala memandang Saka. Kisah Nadim dan June memang terpahat di mindanya.

June memandang ke arah perbukitan yang jauh di hujung kampung. Sayu sahaja rasa hatinya.Dahulu di kawasan perbukitan itulah dia selalu merayau bersama abang dan rakan-rakannya.Ada lembah yang cantik dengan air terjun yang indah.Selalulah mereka bermandi manda sambil mengutip siput sungai.Tetapi setelah sekian lama mereka tidak lagi pergi ke kawasan perbukitan itu.Teringin juga dia hendak pergi menjengah tetapi dia tiada kawan dan kekangan masa.

"Apa kau pandang tu.?"Aza tiba-tiba datang mengejutkan dia dari belakang.

"Tu ha..bukit tu,kau agak air terjun tu ada lagi tak?"

"Ada lah hilang ke mana pula air terjun tu."Jawab Aza.

"Pergi nak?"

"Bila?"

"Esok...boleh ajak kawan-kawan lain juga."

"Okey juga..set,esok kita pergi nanti aku bagitahu siapa nak pergi."

Setelah menyiapkan barangan yang hendak dia bawa esok, June masuk ke dalam bilik, lampu tidur dipasang .Dia terlena sebaik sahaja kepalanya mencecah bantal.

Seorang pemuda tunduk melihat June yang sedang tidur nyenyak,dikelilingi kabus memutih.Pemuda itu tersenyum sebelum hilang bersama kabus.June terjaga!Mimpi lagi. Kerap sangat dia bermimpikan seorang pemuda yang tidak pernah di lihat wajahnya.Hadir tanpa bersuara,June mula-mulanya tidak kisah tetapi sejak dia pulang ke kampung semakin kerap mimpi itu datang bertandang.Hendak bercerita dengan emaknya dia rasa malu.Nanti takut di cap anak dara gatal pula.Tetapi pemuda itu betul-betul membuatkan dadanya rasa berdebar.

Pagi-pagi lagi Aza datang bersama 3 orang rakan mereka yang lain.Suka hati June kerana dapat juga dia datang kembali ke air terjun yang dia suka sangat semasa zaman kecilnya.

"Baik-baik pergi June.."Pesan emaknya,bimbang juga kerana sudah agak lama orang kampung tidak pergi ke kawasan air terjun tersebut.

"Baik mak jangan risau,June dah besar okey."June salam tangan emaknya sebelum mereka bertolak ke kawasan air terjun tersebut.

Riang sahaja mereka berlima berjalan menyusuri jalan kampung sebelum mereka sampai di kawasan sungai.Mereka harus menyusuri denai sungai sebelum sampai ke kawasan air terjun.Cahaya matahari sudah mula terasa berbahang,jam ditangannya sudah menunjukan angka 10 pagi.Sambil berjalan mereka berbual-bual sehingga tiba di kawasan air terjun tersebut.

"Cantiknya....."June memuji,dia tidak melepaskan peluang mengambil gambar permandangan yang indah.

"Kita pacak khemah dekat sebelah sana lah."Azad menunjukan ke satu arah ada tanah lapang.Memandangkan mereka mahu berada di sini sehingga petang,mereka siap membawa keperluan untuk berkhemah.

"Okey..aku dengan June cari kayu,boleh buat unggun api,boleh buat tempat masak sekali."Aza bersuara.Masing-masing mengambil tugas mereka,mendirikan khemah,mencari kayu api dan memasak air.

June mengeluarkan makanan yang dia bawa sandwich sardin dan 10 bungkus maggie untuk mereka berlima.Aza mengeluarkan nuget dan frenchfries yang belum siap bergoreng.Azad pula membawa periuk dan cerek air..memang lengkap misi perkhemahan mereka di air terjun ini.

June naik ke atas batu yang ada berhampiran khemah,dia mengambil seberapa banyak gambar untuk simpanan peribadinya.Tanpa dia sedari dari atas bukit ada seseorang memerhati tanpa berkelip.Seseorang yang menanti sekian lamanya,seseorang yang sentiasa hadir menganggu lenanya!June...anugerah yang terindah pada dirinya!

"Apa yang kamu intai?"Sahabat baiknya menepuk bahu Nadim.Dia memberi isyarat supaya diam.Ayam hutan yang mereka tangkap di letak kan di bawah.

"Sudah lama tiada yang datang bertandang kenapa hari ini ada pula."Tanya Iklas.

"Mana lah aku tahu..." Jawab Nadim.

"Itu...bukankah..."Nadim menekup mulut Iklas.

"Kenapa dia datang ke sini?"

"Kau ingat dia cari aku?"Sengaja Nadim menyoal Iklas.

"Sudah tentu lah tidak hanya engkau yang suka mencari dia.Kalau ayahanda kau tahu Nadim,teruk engkau nanti."

"Jadi jangan beritahu ayahanda."Nadim mengambil ayam yang dia letak di bawah lalu dia bergerak menuju jauh ke atas bukit.Dia tahan kan hati daripada melihat gadis genit yang lincah bersama kawan-kawannya.Dia tidak mungkin dapat menyapa.

"Nadim...pergi lah kalau engkau mahu.Aku faham..."

"Apa yang engkau faham?"

"Apa sahaja lah tentang hati engkau itu.Tapi aku ingatkan jangan melangari batas.Kita tetap golongan yang tidak setaraf dengannya.Tidak ada satu pun bangsa kita bersama dengan bangsa gadis itu." Nadim terdiam.Dia tahu itu...dia golongan jin yang tidak setaraf dengan golongan manusia.Jasadnya di jadikan daripada api manakala manusia dari tanah.Mereka hanya sebahagian bangsa yang taat kepada perintan Allah.Diantara mereka ada dimensi yang tidak akan terbuka kecuali jika Allah mengkehendakinya.

Nadim berpusing kembali menuju ke arah air terjun.Dia melihat gadis itu leka melukis sesuatu.Dia berjalan mendekati gadis yang selalu sahaja berada di dalam akalnya fikirannya.Dia berdiri di belakang June melihat hasil lukisan June.

June yang leka melukis tercium bauan yang amat wangi.Seperti pernah dia cium sebelum ini.Puas dia memikirkan bau tersebut,di mana dia pernah terciumnya.Bau yang cukup harum,bau yang bisa mengugah perasaan nya.Kemudian bau itu menghilang seolah-olah pemilik wangian itu telah pergi jauh darinya, June mencari jika ada sesuatu yang boleh di lihat tetapi tiada apa pun berdekatannya. June mengelengkan kepala ,dia turun menyertai rakan-rakannya yang lain.Kertas lukisan di simpannya di dalam box khas.Sehingga lewat petang baru lah mereka pulang seronok berkelah, June terlupa lukisan yang tersimpan.

Usai bersolat isyak June teringat lukisan yang separuh siap semasa dia berada di lokasi air terjun tersebut.Dia mencari boxnya,lantas dibuka.Apabila lukisan itu terbentang di hadapan matanya dia melihat sesuatu yang aneh.Lukisan itu telah siap sepenuhnya.Cantik!Lukisan itu seolah-olah hidup.

"SERAUT WAJAH SEULAS SENYUMAN,ANDAI MAMPU DIMILIKI -NADIM.

Nadim? June termanggu memandang lukisannya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku