pareidolia
Pareidolia-telaga
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 Mei 2016
Penilaian Purata:
(9 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
7552

Bacaan






Suka hati aku tengok kau gembira,anak ramai." Saleha memuji Inah yang sedang mendodoikan anaknya di dalam buai.Dia duduk menopang tangan di tepi tangga.

"Kau bila lagi Leha?Tak kan selamanya nak berdua sahaja?"Usik Inah. Saleha terdiam,kalau lah Inah tahu.....

"Woi!Muthu kau nak pergi mana?"Chin mengejar Muthu rakan sebiliknya yang menonong sahaja berjalan tidak memandang ke kiri ke kanan.Tetapi Muthu buat tidak tahu sahaja akan panggilan Chin,terus sahaja dia berjalan.Chin berhenti mengejar.

"Kenapa lah Muthu ni?"Omel Chin,disebabkan Muthu tidak menyahut panggilan nya dia berpatah balik duduk di bawah pondok berbentuk cendawan di antara dua bangunan asrama mereka.Terkontang-kanting lah dia sendirian.Mati akal Muthu dibuatnya.

"Chin!"....Dia berpaling kearah suara yang memanggil namanya tetapi tiada sesiapa pun kelihatan.Dia kembali tunduk merenung jari jemarinya.Sunyi sangat dia rasai hari ini,Muthu tidak mempedulikan dia pula.

"Kenapa termenung?...."Satu suara singah lagi di cuping telinganya.Dia pantas menoleh tetapi masih tiada sesiapa kelihatan.Aneh!Petang-petang begini ada pula yang sengaja menganggu.Tetapi kalau di fikirkan jika sudah berbisik di tepi telinga masakan dengan sepantas kilat boleh menghilang.Chin mula cuak!Ishhh...tak boleh jadi ni.Bingkas dia bangun meninggalkan pondok.Dia naik ke biliknya.Teringa-inga di telinganya suara yang bertanya kepadanya tadi.Suara siapa agaknya,lembut sahaja tidak pernah pula dia mendengar suara itu malah tak pernah ada pun suara wanita pernah dia dengari.Dia kan duduk di asrama lelaki.

"Chin!..."Sungguh kali ini dia tidak mahu menoleh lagi,sudah lah dia berseorangan sahaja.

"Hoi Chin,kau ni aku panggil boleh pula kau diam,siap pejam-pejam mata.Kenapa kau ni?Kau nampak hantu ke tadi?"Terasa pinggang nya di cucuk orang,memang suara Muthu.Dia membuka mata.

"Dah kenapa kau ni Chin?"Tanya Muthu sekali lagi.

"Kau tadi pergi mana ha Muthu,aku panggil kau langsung tak jawab.Buat pekak sahaja."
Chin tidak menjawab pertanyaan Muthu,sebaliknya dia bertanya kemana pula Muthu pergi.

"Bila kau panggil?Aku dari tadi melepak dekat katil Adam.Kau tak nampak ke aku main game Adam?"Muthu ketawa tetapi wajah Chin sudah berubah pucat lesi.

"Habis siapa pula yang aku kejar dekat belakang tadi?Memang kau lah Muthu."Chin berkata lagi.Dia pandang Muthu,tetapi tadi Muthu memakai baju berwarna putih,sekarang kenapa dah bertukar warna pula.Tahu sangat dia Muthu tidak suka sangat menukar pakaian.

"Mimpi kau ni..."Ujar Muthu.

"Eh Mustahil aku bermimpi lah...betul!"

"Hantu tak?Aiyokkkkk!...."Muthu memandang Chin dengan pandangan aneh.Chin terdiam,sudah setahun dia tinggal diasrama ini tidak pernah pula perkara pelik-pelik berlaku kenapa pula hari ini?

"Sudah lah Chin,perasaan kau sahaja tu.Kau ingat aku entah-entah orang lain agaknya."Murthu menepuk bahu Chin,dia menyambung kembali bermain game sambil duduk di sisi Chin yang masih lagi tidak memahami apa terjadi.

Beberapa hari yang lepas....

Amin dan Fuad merayau-rayau di belakang asrama untuk mencari beberapa spesis tumbuhan untuk projek sains sekolah.Kebetulan hari itu pengawal keselamatan yang bertugas digantikan dengan pengawal yang baru.Jika Pakcik Ahmad yang bertugas belum tentu mereka boleh merayau di belakang asrama.Lelaki separuh abad itu melarang keras mereka menjejakkan kaki ke kawasan belukar di sebalik pagar sekolah.Menurut Pakcik Ahmad kawasan di sebalik pagar itu hak milik peribadi seorang lelaki yang tinggal di dalam banglo di atas bukit.

"Luas betul tanah orang tu kan?Mesti kaya." Sambil mengutip spesimen tumbuhan Fuad berbual bersama Amin.

"Ye lah,tapi kenapa di biarkan agaknya,dah jadi hutan kecil pula kan."Ujar Amin.Dia terus berjalan sambil matanya meliar mencari pokok-pokok renek,baldi berisi beberapa batang pokok di jinjingnya.

Fuad terus berjalan ke hadapan tanpa mengendahkan Amin.Dia menoleh apabila tidak mendengar suara Amin atau derap langkah Amin.Eh!Ke mana pula budak Amin ni.Fuad berpatah balik mencari Amin,nama rakan nya itu di laungkannya.

"Fuad...Aku dekat sini.Tolong aku.Aku dalam lubang ni."
Patut lah Amin senyap sahaja rupanya terperesok ke dalam lubang.Fuad meninjau Amin yang terkial-kial mahu naik ke atas.Dalam juga lubang tersebut,lebih kurang tinggi lelaki dewasa.Ada seperti batu disekelilingnya tetapi sudah tenggelam ke dalam tanah.

"Tolong lah wei..."Amin merasa geram pula apabila Fuad hanya melihat dia sahaja sedangkan dia terkial-kial mahu naik ke atas.Fuad ketawa,dia membuka baju yang di pakainya untuk dibuat tali.Dia menghulurkan kepada Amin,terkial-kial Amin memegang baju Fuad,mujur Amin kecil sahaja orangnya senang Fuad mahu mengangkat Amin naik ke atas.

"Macam mana kau boleh jatuh ni Amin?"Amin mengelap luka di sikunya dengan kain buruk,darah meleleh menitik diatas batu berlumut.

"Entah..tau-tau aku dah ada dalam lubang ni,tak nampak sebab dah tertutup dengan rumput"Amin meninjau kembali ke dalam lubang,tidak lah dalam sangat.

"Macam perigi sahaja kan."Kata Amin.

"Aah..macam perigi,tapi tak heran lah ada perigi dekat sini,ini kan kawasan rumah banglo tu.Orang dulu-dulu ini lah sumber airnya.Jom lah kita balik..hari pun dah nak petang sangat ni."Ajak Fuad.Mereka berpapasan pulang ke asrama.

Dari lubang telaga....terbentuk puing-puing halus berputar.Asap nipis keluar dari dinding batu yang berlumut lalu membentuk satu jasad yang boleh ditembusi cahaya,jasad tidak berwajah.Jasad yang sudah lama tertidur.Sesuatu yang menyimpan dendam sekian lamanya,hanya menanti saat dia di bangkitkan.

Dia bangkit dengan titisan darah!

Amin dan Fuad menyusup masuk dicelahan pagar.Tanpa mereka sedari mereka diekori jasad yang tidak kelihatan!


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku