Isteriku Romantik
Bab 25
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 November 2012
lkatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain.
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
12893

Bacaan






Adi dan Hanna menginap di hotel. Esok mereka akan pulang ke Kuala Lumpur. Sebenarnya Hanna rasa tenang datang di sini. Dia jarang dapat ke pantai. Inilah saat paling bahagia dia rasa. ‘Terima kasih Adi sebab bahagiakan Hanna.’ Ucap Hanna sekadar dalam hati.

Hanna tersenyum.

“Senyum sorang-sorang. Tak ajak kita pun.” Sapa Adi yang sudah lengkap bersiap. Haruman mandian kesukaan Hanna juga dapat dihidu.

“Meh la! Kita senyum ramai-ramai.” usik Hanna.

Adi menghampiri Hanna yang sedang duduk di sofa. Dia mencuit hidung mancung itu.

“Abang akan bahagiakan sayang, hingga ke hujung nyawa, abang.” Kata Adi sambil memeluk isterinya. Rasa nyaman di hati.

Dahi Hanna berkerut.

“Nak tanya la.”

“Tanya je la sayangku.”

“Kenapa abang suka cakap macam tu?” Hanna meleraikan pelukan lalu memandang tepat ke wajah Adi. Lelaki itu sedang tersenyum.

‘Murah betul buah hati aku ni dengan senyuman.’ Hanna juga tersenyum.

“Sebab Hanna dah bahagiakan abang. Jadi abang akan bahagiakan sayang sehingga nyawa abang yang terakhir.” Jelas suaminya. Dahi Hanna dikucup lembut.

“Tapi abang, Hanna tak bahagiakan abang sepenuhnya lagi. Hanna nak bagi abang anak. Anak itu bukti yang Hanna nak abang bahagia.” Kata Hanna.

“Mana tahu pasal anak ni?” Adi agak terperanjat.

“Mak yang cerita. Sampai hati tak nak beritahu kita sendiri. Macamlah kita teruk sangat.” Ada muncung yang terbentuk. Hanna terasa hati pula.

“Eh, comelnya mulut dia!” usik Adi. Tahu sudah yang Hanna terasa hati padanya. “Sebenarnya abang sukakan budak-budak. Kalau boleh abang nak 10 orang anak.”

“Banyaknya!” Hanna terkejut.

“Nak tahu sebab apa?”

“Sebab?”

“Sebabnya abang tak nak anak abang rasa sunyi macam abang. Tak ada adik beradik langsung. Selalu di sisihkan oleh ayah kandung sendiri.” Ada mendung di wajah Adi.

Hanna memeluk kembali tubuh Adi.

“Maaf. Hanna janji akan lahirkan anak banyak-banyak untuk abang.” Hanna tersenyum. Pada masa yang sama terasa lucu dengan kata-katanya sendiri. Dia bahagia.

“Terima kasih.”

“Eh, lupa!” Hanna terus meleraikan pelukan lalu berdiri tegak.

“Kenapa ni sayang?” Adi terperanjat dengan tindakan isterinya yang tiba-tiba. Dia merenung wajah lembut Hanna itu.

“Macam ni abang... pertama Hanna tak mandi, tapi dah kena peluk dengan abang. Busuk si Hanna ni! Kedua Hanna kena pergi mandi sebab kita nak pergi sarapan.” Jelas Hanna.

“Dan yang ketiga, abang mandikan Hanna, boleh macam tu?” tambah Adi. Wajah Hanna sudah merah menahan malu.

“Tak payah nak mengada-ngada. Rajinnya nak mandikan orang.” Hanna mencapai tuala yang tergantung dalam almari.

“Mana ada mengada-ngada. Kita nak bermanja je.” Jelas Adi.

“Kalau nak mandikan orang sangat. Tunggu ada anak sendiri. Tiap-tiap hari Hanna bagi abang mandikan anak.” Kata Hanna dan terus berlari masuk ke bilik air. Adi hanya mampu tersenyum. Lagi sekali dia bahagia di samping Hanna.

*****

Mikail berjalan sendirian. Dia mencari kedai makan untuk sarapan. Tiba-tiba dia ternampak Hanna dan Adi sedang makan di sebuah kedai. Dia berhentikan keretanya dari jauh.

“Hanna...” Mikail merenung wajah Hanna yang kemerahan sedikit kerana banyak ketawa. Mungkin Adi pandai berjenaka.

“Hanna nampak bahagia. Kalau aku, mampukah aku bahagiakan dia? Mampukah dia ketawa manja begitu jika bersama aku?” entah mengapa Mikail tidak pasti tentang itu.

Mikail terus leka memerhati Hanna. Akhirnya dia mengucap panjang. ‘Tengok isteri orang macam nak telan je.’

Mikail pun mengambil keputusan untuk mencari tempat makan yang lain.

Hanna masih ketawa manja.

“Abang ni lawak la.” Kata Hanna. Dia cuba mengawal ketawanya agar tidak kelihatan melampau sangat.

“Apa lawak-lawak ni sayang? Betullah abang kata ni. Abang pernah terjun dalam lumpur macam terjun dalam kolam renang.”

“Lepas tu abang lemas?” soal Hanna masih ketawa.

“Lepas apanya. Habis satu badan lekat lumpuh.”

“Abang buat terapi ke?” Hanna tidak habis lagi mengusik suaminya itu. Dia memandang sekeliling. Tiba-tiba matanya menangkap satu imej yang cukup dia kenali. Mikail Islam. Mikail sedang memandu kereta dan dia sendiri tidak tahu lelaki itu ingin ke mana.

“Sebenarnya itu denda, tapi boleh dikatakan terapi juga.” Adi pula yang ketawa.

Hanna cuba mengekalkan air mukanya jelas terkejut. Apabila di kaitkan dengan Mikail. Dia mula tidak keruan. Gelabah memanjang sahaja.

“Okey! Makanan dah sampai!” Kata Hanna menutup kegelabahannya. Dia tersenyum. Adi tidak perasan itu semua.

Mereka berdua makan dengan penuh selera.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku