Isteriku Romantik
Kasihan Hanna...
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 November 2012
lkatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain.
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
13248

Bacaan






“Abang, bangun abang. Kenapa ni?” rayu Hanna. Badan Adi terbaring atas katil hospital. Sebentar tadi dia mendapat panggilan dari pihak hospital.

Kini, dalam fikiran Hanna, pelbagai andaian yang timbul. Semuanya negatif. Hatinya berdebar serentak dengan air matanya mengalir.

“Abang, bangun abang!” rayu Hanna.

Air matanya makin laju mengalir. “Hanna tak ada sesiapa lagi abang. Jangan buat Hanna macam ni.” Rintih Hanna.

“Chak!” Adi tersedar. Dia ketawa semahunya.

Hanna pula tergamam. Sandiwara apakah ini?

“Abang...” air mata yang sedia mengalir ini makin laju meluncur keluar.

“Abang!!!” Hanna meraung. Dia rasa bersyukur sebab Adi selamat. Dia memeluk Adi sekuat hatinya. Dia takkan biarkan Adi pergi dalam hidupnya.

“Kenapa abang buat Hanna macam ni? Nanti Hanna yang mati tengok abang mati.”

“Abang cuma nak tahu yang Hanna sayang abang tak?”

“Tapi tak perlu uji macam ni.”

“Kalau abang betul-betul mati, macam mana nak tahu yang Hanna sayang Abang.” Adi tersenyum. “Maafkan abang ya?” dia menyapu air mata Hanna. Jangan sedih lagi sayangku. Hati Adi pula terasa pilu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku