Isteriku Romantik
Hubungan Hanna dan Adi semakin erat
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 November 2012
lkatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
15937

Bacaan






Sudah dua hari Adi kerja luar. Dia pula terasa pening-pening. Muntah pula usah di kata. Masuk sahaja makanan akan keluar semula. Dia tidak pula memberitahu Adi mengenai hal ini. Dia tidak mahu Adi bimbang memandangkan lelaki itu sedang bekerja.

Hanna baru tiba di klinik. Entah mengapa dia berasa berdebar.

“Puan mengandung.” Kata doktor yang memeriksanya. Mata Hanna terkebil-kebil. Betul ke dia mengandung? Inilah berita yang Hanna dan Adi selalu nantikan.

“Terima kasih doktor.”

Hanna pulang dengan perasaan gembira. Dua hari lagi hari lahir Adi. Hanna bercadang mahu memberitahu malam itu. Rasanya itulah hadiah yang paling berharga yang Adi akan terima. Hanna bagaikan tidak sabar menanti Adi pulang petang ini. Kerinduan pada suaminya itu amat kuat.

Adi pulang ke rumah selepas segala urusannya selesai. Sebaik sahaja dia tiba di rumah, dia sudah mendengar bunyi di dapur. Hanna sedang memasak. Dia terus mencari isterinya dahulu sebelum melakukan perkara lain.

“Hanna...” sapa Adi sambil memeluk erat tubuh isteri yang di rinduinya.

“Abang baru sampai ke?”

“Ya. Hari ni sayang buat apa je? Cerita la pada abang.” Pinta Adi. Kalau boleh dia ingin tahu apa yang dilakukan oleh isterinya seharian dan apa perasaannya.

Hanna terdiam. ‘Adakah dia perlu memberitahu Adi yang dia ke klinik. Mana boleh. Nanti dia tahu.’ Akhirnya dia mendiamkan diri.

“Duduk rumah je abang. Tak keluar pergi mana-mana pun.” Jawab Hanna. “Tapi sekarang, Hanna rasa cepat penat la.” Adu Hanna pula.

“Penat? Alahai. Kasihan isteri abang.” Adi cuba memahami Hanna yang seharian mengurus rumah.

“Tak apa. Hanna gembira melakukannya. Lagi pun abang bukannya buat sepah rumah. Masih terjaga kebersihan rumah ini.” Hanna tersenyum.

“Terima kasih sayang. Abang kan dah janji nak bahagiakan sayang sehingga nyawa terakhir abang.” Adi melafazkan kata-kata yang sering dia lafazkan kepada Hanna.

“Abang ni suka cakap macam tu. Hanna tak suka la. Lagi pun abang ada di sisi Hanna pun dah cukup rasa bahagia.” Hanna memeluk Adi.

Adi membalasnya. Rasa pilu hatinya mendengar kata-kata si isteri.

“Abang akan kotakan janji abang tu. Saat nyawa abang terakhir pun, Hanna akan rasa bahagia dengan abang.” Bersungguh-sungguh Adi melafazkannya.

“Ish, tak mahu dengar tu semua.”

“Kenapa pula?”

“Hanna rasa macam abang nak mati je. Tak nak dengar apa-apa dah!” Hanna meleraikan pelukannya dan menyambung memasak semula.

“Sayang dengar ni...” Adi menarik tangan Hanna dan menutup api dapur gas. Dia menarik Hanna duduk di kerusi makan. Dia melutut depan Hanna.

“Tak nak dengar.” Hanna menarik muncung. Dalam fikirannya begitu bimbang jika Adi pergi meninggalkannya selamanya.

“Tolonglah dengar abang cakap ni...” separuh merayu suaminya.

Hanna merenung wajah Adi. Wajah itu pucat tapi tetap pamerkan senyuman untuknya.

Hanna berdiri.

“Sayang...” panggil Adi dengan tangannya yang masih utuh memegang tangan Hanna.

Hanna menolak kerusi makan itu lalu duduk melutut depan Adi. Dia rasa bersalah sehingga suaminya sendiri melutut padanya. Pantas dia leraikan pegangan Adi dan bersalam dengan Adi.

“Maafkan Hanna abang, Hanna minta ampun.”

“Kenapa ni sayang?”

“Tak sepatutnya Hanna merajuk dengan abang. Kesalahan abang bukannya besar tapi Hanna yang besar-besarkan hal itu.” Wajah Hanna masih mencium tangan Adi.

Adi memegang ke dua belah bahu Hanna supaya isterinya bangun dan melihatnya.

“Sudahlah, abang tak simpan dalam hati. Hanna...” panggil Adi dengan nada yang lembut.

Hanna tersenyum.

“Kalau nak tahu, dalam hati abang cuma tersimpan perasaan cinta dan kasih untuk Hanna sahaja.” Dengan nada yang romantik Adi berkata.

Hanna rasa lega mendengarnya. Dia terus memeluk suaminya.

“Terima kasih abang.”

“Sama-sama. Wah, wanginya!” puji Adi.

“Seorang isteri bukan sahaja kena wangi tapi kena cantik apabila bersama suami. Lagi pun Hanna kan tak kerja, jadi banyak masa terluang.” Jelas Hanna.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku