Isteriku Romantik
Bab 3
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 November 2012
lkatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain.
Penilaian Purata:
(27 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
14990

Bacaan






Hanna tersenyum melihat mesin minuman yang berada betul-betul di hujung lorong bangunan sekolahny.

“Harap-harap ada air kegemaran aku.” Hanna sudah mengeluarkan duit syiling sebanyak RM1.50. Air kegemarannya ialah air tin cincau. Kata orang, air cincau ini dapat menyejukkan badan. Itu sebab Hanna suka minum air tersebut.

“Alhamdulillah! Ada!” Hanna gembira.

Kedengaran bunyi air tin jatuh. Terbongkok-bongkok Hanna mengambil air yang sejuk itu dari mesin minuman.

Tanpa Hanna sedari, ada seseorang yang pantas berjalan dari selekoh berhampiran mesin minuman itu.

M sedang mengikat tali lehernya sambil berjalan. Apabila dia berjalan ke arah selekoh itu...

Tinnnn.....

Bunyi air tin yang tercampak lalu bergolek-golek. Tubuh Hanna dan M berlaga dan jatuh kerana perlanggaran yang kuat.

“Aduh! Benggong kepala aku!” Hanna mengaduh. Dia memandang orang yang melanggarnya. M!

“Kepala kau memang benggong.” Marah M. Dia juga terasa sakit.

“Kau tu yang buta. Tak nampak ke ada orang kat sini.” Marah Hanna. Saat ini dia sudah tidak fikir apa-apa. Dia hanya ada air tin itu sahaja untuk dijadikan makanan waktu rehat. Dia sudah tiada duit belanja.

Tambahan pula, sehari, Hashim hanya beri duit belanja RM2. Jadi dia kena berjimat.

“Kau memang benggong!” geram M.

“Sedap sungguh kau cakap aku macam tu. Mentang-mentang aku suka kau, kau boleh cakap sesuka hati. Tak apa. Aku maafkan kau sebab aku sayang kau!” kata Hanna sambil berlalu ke tepi longkang. Air tin itu bergolek ke sana.

“Alamak! Dah kemek la tinnya. Tak apa la. Masih boleh minum.” Hanna tersenyum. Disebabkan teringin minum air tersebut dia sanggup simpan lima puluh sen setiap hari.

M hanya memerhati sahaja Hanna ke tepi longkang. Berkesan juga kata-kata Hanna di hatinya.

Hanna mengambil air tersebut. Dia ingin berlalu.

“Masih boleh minum ke air tu?” M bertanya. Rasa bersalah pula melihat wajah muram Hanna.

“Boleh. Bukannya jatuh dalam lubang jamban. Lagi pun longkang tu bersih. Berterima kasih sangat pada tukang cuci sekolah sebab menjaga longkang sekolah dengan baik sekali.” Sindir Hanna. Dia ingin berlalu pergi. Dia rasa sakit hati dengan sikap M tetapi untuk membenci M dia rasa tidak boleh. Mungkin esok dia akan jadi Hanna seperti biasa.

“Hoi!” panggil M.

“Apa?” Hanna berpaling.

“Aku belanja kau minum.” Perlahan sahaja suara M.

Walaupun perlahan suara M tetapi bagi Hanna, kata-kata itu bagaikan pengumuman di perhimpunan rasmi. Sangat jelas.

“Belanja minum? Nak!” tanpa segan silu, Hanna menerima pelawaan M. M hanya mampu gelengkan kepala melihat tingkah laku gadis itu. ‘Gedik!’

“Kau jangan minum air tin tu. Dah kemek. Jatuh dalam longkang pula tu.” M membebel sambil tangannya masukkan duit syiling ke dalam mesin minuman.

Hanna hanya tersengih.

“Maaf. Aku yang langgar kau. Tadi cikgu disiplin minta aku pakai tali leher. Tu yang terburu-buru dan tak perasan kau ada kat situ.” Jelas M. Dia juga beli air tin yang sama dengan Hanna. Mereka duduk di kerusi batu yang ada berhampiran dengan mesin air.

“Aku sentiasa maafkan kau. Kau kan orang yang aku sayang.” Jelas Hanna pula.

M tersedak mendengarnya. Dia bangun dan terus meninggalkan Hanna sendirian. Hanna pula tersenyum sehingga waktu persekolahan tamat. Dia gembira dapat bersama dengan M walaupun seketika.

*****

Hanna rasa gembira kerana Halimah mengajaknya pergi ke majlis perkahwinan. Gembira M belanja dia minum pun masih terasa.

Hanna sememangnya suka pergi ke majlis seperti itu dan paling suka dapat melihat pengantin. Itu kepuasan baginya.

“Wah, sejak bila ibu ada kawan yang kaya?” soal Hanna apabila mereka berdua tiba di depan sebuah villa. Agak besar rumahnya.

Majlis perkahwinan yang meriah itu begitu telah melekakan Hanna. ‘Belum masuk dalam rumah lagi. Entah-entah lebih meriah kot kat dalam.’

Hanna seronok melihat pengantin yang berbaju cantik dan berseri apatah lagi dengan kumpulan kompang yang meriahkan suasana. Hanna hanya sempat melihat belakang pengantin kerana pengantin baru berjalan ke arah pelamin yang cantik itu.

“Hanna tunggu kat luar sekejap ya? Ibu nak jumpa kawan.” Kata Halimah. Hanna hanya angguk kepala dan menunggu sahaja.

Halimah masuk ke dalam villa tersebut. Majlis persandingan dibuat di ruang halaman villa yang tersergam indah.

Kelihatan sepasang pengantin yang bahagia sekali. Dia seperti mengenali pengantin lelaki itu. Namun kerisauan itu cuba ditimbus.

“Abang!” panggil Halimah. Dia tidak menyangka suami yang diharap akan melindunginya kini sedang bersanding dengan perempuan lain.

Air matanya mula mengalir dan teresak-esak dia menangis. Geram dan sebak dengan perbuatan Hashim yang jauh berbeza dengan Hashim yang dia pernah kenali dulu.

“Mah!” Hashim terkejut. Dia hanya mampu tundukkan wajahnya sahaja.

Halimah rasa tidak kuat untuk berdiri lama. Akhirnya dia rebah juga. Siapa sanggup melihat suami tercinta berkahwin lain. Kepala Halimah terasa pening.

“Apa perempuan ni buat kat sini?” soal pengantin perempuan, Izaty dengan kasar.

“Sabar sayang.” Pujuk Hisham.

“Tak guna punya betina! Banyak-banyak lelaki, laki aku juga kau ambil!” marah Halimah. walaupun teresak-esak, dia gagahi juga untuk berkata.

“Aku peduli apa! Kau yang betina. Betina yang tak tahu nak bersyukur dengan apa yang ada. Kalau aku tak bagi laki kau duit, kau dan anak kau pun tak tahu hidup ke mati.” Izaty menjerit dengan kuat.

Halimah makin terkejut. Kejutan yang bertalu-talu menghimpit fikirannya.

“Bawa perempuan tu ke luar.” Arah Izaty tanpa rasa malu pada tetamu yang hadir.

“Sayang, sayang dah janji tak kan menyusahkan Halimah. Saya akan ceraikan dia nanti. Lepas dia bersalin.” Pujuk Hashim sambil memeluk Izaty.

“Baiklah. Bawa dia ke bilik orang gaji.” Arah Izaty kerana Halimah sudah lemah tidak bermaya.

“Kenapa abang buat Mah macam ni? Abang dah bosan dengan Mah ke? Mah ada buat salah ke? Kenapa abang dah berubah? Apa salah Mah, bang? Kenapa abang buat macam ni pada Mah?” soal Halimah lemah.

Hashim berpaling dari terus melihat air mata Halimah. Selama dia menjalani kehidupan bersama Halimah, tidak pernah dia melihat isterinya menangis.

“Laki kau ni dah tak boleh cakap. Biar aku cakapkan. Memang laki kau ni bosan dengan kau! Kenapa? Sebab kau ni mandul! Dia dah setahun jalinkan hubungan dengan aku. tapi tiba-tiba kau dah mengandung.” Kata Izaty dengan kasar.

“Abang! Sampai hati abang. Sebabkan kita tak lambat dapat anak, abang buat Mah macam ni? Abang...” makin deras air mata Halimah mengalir. Dia cuba untuk bangun dan memeluk kaki Hashim seerat mungkin. Dia tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Izaty.

Hashim kaku.

“Kau jangan sentuh laki aku!” Izaty menarik tubuh Halimah dan menolaknya sehingga jatuh tersungkur di atas rumput yang ada di halaman rumah villa tersebut.

Hati Izaty menjadi panas. ‘Memang nak kena ajar betina ni. Dia ingat aku ni siapa?!’ getus hati Izaty.

“Abang!” jerit Halimah dengan lantang.

‘Kenapa ibu lama sangat? Masuk je la.’ Hanna masuk ke dalam kawasan villa itu. Cantiknya pelamin dia. Indah sekali suasana taman yang dibuat. Tetapi langkahnya terkaku melihat ayahnya yang sedang berdiri di pelamin itu sambil memeluk seorang perempuan. Air matanya mengalir deras. Hatinya terasa sakit.

Hatinya sakit kini tercalar dan tidak akan sembuh selamanya sebaik sahaja Hanna melihat tubuh ibu yang sarat mengandung itu diheret oleh manusia yang tidak berkemanusiaan.

Hanna terus berlari ke pangkuan Halimah.

“Ibu bangun!” tubuh Halimah lemah. Air mata Hanna mengalir tidak dipedulikan lagi walaupun ketika itu ramai yang memandang mereka berdua.

“Ayah! Sampai hati ayah!” jerit Hanna. Hashim hanya berpaling dari terus melihat wajah anaknya.

Hashim langsung tidak hiraukan Hanna yang menangis teresak-esak di samping Halimah. Mata Hanna merah menyala menahan segala perasaan yang bercampur aduk. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia bunuh ayahnya sendiri. Tergamak membuat hati ibu terluka.

“Bawa betina ni keluar dari rumah ni!” jerkah Izaty apabila melihat orang gajinya berhenti dari mengheret tubuh itu. “Merosakkan majlis orang je!” bersisa lagi marah Izaty.

Tubuh Halimah terus di heret tanpa belas kasihan dengan keadaannya yang sarat mengandung.

“Tolong, pak cik! Jangan buat ibu saya macam ni. Saya rayu!” Pinta Hanna. Tidak sanggup melihat tubuh ibunya diperlakukan bagaikan binatang.

“Pak cik hanya ikut arahan.” Kata pak cik yang tidak dikenalinya. Dia terus menarik tubuh Halimah sehingga di jalan raya.

“Pak cik! Tolong pakcik, jangan begini!” air mata yang mengalir terus mengalir bagaikan tangki yang pecah. Tidak akan berhenti.

“Baliklah. Jangan kembali lagi di sini. Pak Cik kenal majikan pak cik. Dia amat kejam.” Nasihat Pak cik.

“Pekerja majikan pak cik pun kejam!” amuk Hanna. Pak cik tersebut tersentap. Tahu sudah dia yang Hanna maksudkan dia. Dia yang kejam. Pak cik itu hanya mampu tundukkan wajah.

“Pak cik kejam. Sampai hati buat ibu saya macam ni.” Hanna berkata lagi.

Tiba-tiba ada darah yang keluar.

“Darah apa ni?” Hanna terkejut. ‘Apa yang perlu aku buat? Ya Allah kuatkan hati aku Ya Allah.’

Dengan tenaga yang ada dia mengangkat tubuh ibunya masuk ke dalam teksi yang masih setia menunggu mereka berdua.

“Abang teksi, cepat! Kita ke hospital!”

Air mata Hanna tidak akan berhenti mengalir. Ibunya di masukkan ke wad kecemasan. Hanna terduduk lemah. Dia tiada sesiapa lagi. Ayah sudah mati! Mati baginya. Dia hanya ada ibu.

Ibu, kuatkan hati ibu. Ibu masih ada Hanna. Hanna sayang ibu. Ibu kena bertahan ibu. Tolong jangan tinggalkan Hanna.

Pada siapa dia mahu mengadu. Ya Allah. Segera Hanna ke surau hospital. Menunaikan solat untuk memohon kepada-Nya.

Usai solat, Hanna berdoa.

“Ya Allah, betapa berat dugaan yang Kau berikan kepada aku. Ya Allah Ya Tuhanku, aku hambaMu yang lemah lagi hina. Aku tak layak meminta apa-apa tetapi aku berdoa dengan bersungguh-sungguh, selamatkanlah ibuku. Aku hanya ada ibu. Hanya ada ibu. Aku tiada sesiapa lagi. Aku tahu Kau mendengar luahan hati hambaMu ini. Ya Allah, selamatkan ibu ku. Kau berikan dia kekuatan untuk teruskan hidup. Aku rela korban diri ini. asalkan ibu dapat diselamatkan. Amminn.” Hanna meraup wajahnya. Air mata yang mengalir tidak akan sesekali disekatnya.

Hanna berjalan lemah menuju ke wad kecemasan tetapi tiada sesiapa di situ.

“Nurse, mana pesakit yang mengandung tadi tu?” soal Hanna. Kebimbangan yang amat sangat dia rasa.

“Oh, Halimah binti Zamrudin. Dia sedang bersiap sedia untuk ke hospital Kuala Lumpur. Peralatan di sini tidak mencukupi.” Jelas jururawat tersebut.

“Apa?!” Hanna terkejut.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku