Isteriku Romantik
Bab 4
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 November 2012
lkatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain.
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
14447

Bacaan






Hati Hanna berdebar kencang apabila mendengar jururawat itu berkata. Dia tidak mahu berpisah dengan Halimah. Kalau boleh dia mahu berada di sisi Halimah. Menjaga ibunya itu.

“Saya anaknya. Saya kena ikut sekali.” Hanna berasa cemas.

“Kejap ya adik. Akak telefon pihak yang berkaitan.” Jururawat tersebut bertindak pantas.

“Adik boleh tunggu di depan bahagian kecemasan. Nanti ada ambulans akan lalu situ.” Kata jururawat tersebut.

“Terima kasih kak.” Ucap Hanna. Perasaan berdebar tidak putus dalam hatinya. Selagi dia tidak dapat melihat ibunya sedar, selagi itu dia akan gelisah dan sedih.

“Adik!” panggil seseorang. Hanna memandang ke arah suara itu. Pemandu ambulans rupanya. “Ibu kamu kan?” soalnya.

“Ya abang!” Hanna segera masuk ke dalam ambulans tersebut. Kelihatan ibunya terbaring lemah. Dia masih ingat doktor kata, ibunya keguguran. Mesti ibu dalam kesakitan saat ini. Azabnya keguguran dengan kandungan yang berusia lapan bulan. ‘Ya Allah, Kau kuatkan ibuku.’ Hanna masih berdoa.

Dari Hospital Kuala Kubu Bharu ke Hospital Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang Sejam. Laju juga pemandu ini pandu ambulans.

Selepas Halimah mendapat rawatan, dia bertambah baik. Anak yang berusia lapan bulan itu berjaya dikeluarkan. Badan Halimah sememangnya lemah.

Ada seorang doktor perempuan meminta pekerjanya menguruskan jenazah tersebut. Anak lelaki.

“Adik bagi nama pada jenazah ini supaya di akhirat nanti dia ada nama untuk dipanggil.” Kata doktor perempuan yang baik hati itu.

“Sebab ini adik lelaki saya yang pertama. Saya letak nama Adam. Adam Hashim.” Lemah suaranya menyebut nama ayahnya.

“Adam, kakak akan selalu lawat kamu. Kakak akan selalu doakan untuk kamu.” Air mata yang hampir kering tumpah kembali.

Jenazah itu di bawa pergi. Doktor tersebut memberi alamat tanah perkuburan . Tempat di mana Adam di kebumikan.

“Ibu kamu dah dipindah kan ke wad biasa tetapi dia masih perlukan pemantauan. Apa-apa masalah, beritahu sahaja saya.” Doktor perempuan itu terus berlalu.

Tidak sempat Hanna mahu mengucap terima kasih. Dia berasa sedikit lega melihat ibunya berwajah lebih tenang.

Hanna membuka dompet ibunya yang di simpan dalam beg tangan.

“Ada dua ratus je? Cukup ke?” Hanna rasa tidak bermaya. Dia kena berhenti sekolah. Dia perlu bekerja.

“Semoga ibu tenang di sini. Hanna pulang ke rumah kejap. Ambil barang-barang ibu.” Kata Hanna. Dia mengucup dahi ibunya.

Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Dia perlu pulang ke rumah.

*****

M sedang melepak di tempat biasanya. Depan tandas lelaki.

“Wei, kenapa kau tak suka minah gedik tu?” soal Khairul.

“Kau sendiri panggil dia gedik, kau suka ke perempuan gedik?” Soal M. Dia anti betul apabila perempuan itu dikaitkan dengannya tetapi ada sesuatu yang menarik perhatiannya. ‘Biarlah dulu!’

“Bukan gedik tapi manja. Itu baru betul.” Khairul tersenyum.

“Banyaklah kau.”

Tanpa sesiapa tahu, M adalah yang bijak. Hanya peperiksaan penting sahaja dia akan tunjukkan kebijaksanaannya seperti peperiksaan SPM akan datang. Dia sengaja malas belajar di sekolah tetapi di rumah dia lebih banyak belajar dari melepak.

Itulah sikapnya yang pelik. Mamanya sudah tiada manakala papanya begitu sibuk mencari duit dan tinggalkan dia sendirian di villa yang tiada siapa yang tahu di mana kerana sekolah yang dia belajar itu berada di pedalaman dan mempunyai asrama. M tinggal di asrama tersebut.

“Wei, MG datang.” Bisik Khairul. Dari jauh mereka dapat melihat Hanna sedang berlari.

Mereka berdua rasa pelik kerana Hanna tidak ke arah mereka. Malah berlari masuk ke tandas perempuan.

“Dia tak tahan nak berak kot.” Kata Khairul. M hanya angguk kepala tetapi... ‘Kenapa dia menangis?’ M pula buntu.

*****

Perasaan sedih, tidak dapat ditahan lagi. Air mata terus mengalir. Dia terpaksa melakukan pembohongan ini. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa pun.

“Hanna, sabar. Janganlah menangis.” Pujuk Thilaga.

“Betul tu ma.”sokong Sui Mei.

“Mana aku tak sedih. Ayah aku nak pindah pula. Aku nak mohon asrama dia tak bagi.” Luah Hanna. Dia terpaksa berbohong. Dia tidak mahu menyusahkan Thilaga dan Sui Mei. Kalaulah mereka tahu yang ayah kahwin lain dan meninggalkan dirinya dan ibu pasti keluarga mereka akan membantunya. Dia tidak mahu menagih simpati seperti itu.

“Sabar la.” Pujuk Thilaga pula.

“Aku tak akan dapat jumpa kau orang dan M lagi.” Hanna menangis lagi. Thilaga dan Sui Mei memeluk Hanna. Mereka berdua juga turut bersedih.

“Tak apa, Hanna. Kau jangan lupa kami di sini tau.” Pesan Thilaga.

“Tak akan lupa selamanya.” Janji Hanna.

“Kau ada nombor telefon aku kan? Ada apa-apa call je kami.” Pesan Thilaga lagi.

“Terima kasih kau orang. Aku tak akan lupa. Kau orang sahabat terbaik.” Hanna tersenyum dalam tangis. Memang rasa sedih untuk meninggalkan kawan yang susah senang bersama tetapi persahabatan mereka singkat. ‘Maafkan Hanna.’

Mereka bertiga keluar dari tandas. Dari jauh Hanna melihat wajah M. Langkahnya terhenti. Dia melihat M tanpa berkelip.

“Kenapa dengan MG tu, Khairul. Dia tengok aku lain macam je.” Tanpa sedar, M sudah mengelarkan Hanna MG. M rasa tak sedap hati.

Pandangan mata Hanna cukup sayu membuat hati lelakinya berdebar dan bimbang.

“Dia macam sedih je.” Komen Khairul.

“Ye ke?” M masih melihat wajah Hanna. Mereka saling bertatapan.

‘Adakah cinta monyet ini akan jadi cinta sejati aku? M, aku takkan lupakan kau. Walaupun aku tidak dapat berjumpa dengan kau lagi tapi aku yakin suatu hari nanti aku akan berjumpa dengan kau dan masa tu kita akan bersama selamanya.’ Bisik hati Hanna. Perasaan yakin bagaikan menyerap dalam diri Hanna.

Hanna terus berlalu. Tidak sanggup lagi melihat wajah M yang sedang merenungnya.

“Jom!” ajak Hanna. “Thilaga dan Sui Mei kena belanja aku makan untuk hari terakhir aku di sekolah. Boleh tak?” sememangnya dia tidak makan sejak semalam lagi. Biarlah mereka berdua yang belanjanya makan untuk kali terakhir.

“Boleh je ma.” Sui Mei menjawabnya. Mereka bertiga saling membalas senyuman.

*****

Loceng tamat sekolah sudah lama berbunyi tetapi Hanna masih setia duduk di padang sekolah. Berangin pula. Dia berasa tenang di sini. Tiba-tiba air matanya mengalir. Mengenangkan ayahnya yang menduakan ibu.

“Ibu...” Hanna menyeru nama itu.

Tiba-tiba hujan turun. Hanna tersentap. Cuaca menjadi mendung.

“Hujan...” dia memandang ke langit. Hari ini hari terakhir dia di sini. Biarlah dia duduk di sini seketika.

Hanna memandang seseorang yang sedang berlari ke arahnya. Mungkin mencari tempat berteduh. Lelaki itu melindungi kepalanya dengan plastik. Hanna mahu ketawa melihat tingkah laku lelaki itu.

Senyumannya mati sebaik sahaja dia melihat kepala itu botak.

‘M...’ Bisik hati Hanna.

“Kau buat apa kat sini?” soal M. Lelaki itu terus melabuhkan punggung di sebelah Hanna. Dia menanggalkan kasut sekolahnya yang sudah dipenuhi dengan air.

Hanna pula masih terkejut dengan kehadiran lelaki itu. ‘Masih ada peluang ke untuk aku mencipta kenangan indah bersama M?’ hati Hanna semakin berdebar. Dia hanya diam dan tidak niat pun mahu menjawab pertanyaan M. Sebaliknya dia hanya merenung kosong ke tengah padang sekolah yang sudah dipenuhi air hujan.

“Hanna...” pertama kali M menyebut nama itu.

Hanna tersentap. Dia terus menoleh ke kanan untuk melihat wajah M.

“Kau okey?” soal M. ‘Kalaulah dia tahu yang aku ada di majlis perkahwinan itu, pasti dia akan membenci aku. Hanna, air mata kau, ketabahan kau membuat hati aku... Hati aku terbuka untuk kau...’ bisik hati M.

“Aku okey cuma hari ini hari terakhir aku di sekolah.” Akhirnya terluah juga perasaan Hanna.

“Kenapa?” M terkejut. Hatinya baru sahaja menyukai Hanna tetapi kini gadis itu pula yang akan pergi jauh darinya.

“Itu bukan urusan kau.” Hanna sudah berdiri. Rasanya dia tidak selesa berdua dengan M dengan keadaan hujan begini lebat.

“Hanna, kau nak ke mana? Kan hujan ni.”

“Aku tahulah hujan. Aku pun pergi sekolah la.” Sinis Hanna.

M tersenyum. ‘Laser juga mulut minah ni.’

“Mulut kau tu tak ada insurans ke?” M rasa terpukul dengan kata-kata Hanna.

“Insya-ALLAH, nanti bila aku dah besar. Aku cari kerja jual insurans. Nanti jangan kau tak beli, sudah!” balas Hanna. Sudah bersedia untuk berlari ke tengah hujan. Jarak tempat mereka dengan bangunan sekolah ialah 200 meter.

“Hanna!” M menghalangnya.

Hanna tersentap.

“Aku...” M tidak dapat berkata.

“Jangan halang aku. Aku pergi dulu!” tanpa menunggu M berkata, Hanna terus berlari dan berlari.

Dia berjalan dalam hujan demi menutup air mata yang mengalir. Dia tidak mahu lama-lama bersama M kerana bimbang dia tidak sanggup untuk meninggalkan lelaki itu. Lelaki yang sudah banyak bercakap lembut dengannya.

‘M, Hanna akan kenang cinta ni sampai bila-bila,’ Hanna terus berjalan di dalam hujan yang lebat sehingga ke rumahnya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku