Isteriku Romantik
Bab 5
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 November 2012
lkatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain.
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
14025

Bacaan






Hanna mengurut perlahan lengannya. Terasa penat seluruh badan. ‘Penatnya tetapi ada aku kisah. Dapat melihat senyuman ibu, itulah yang membuat penatku berterbangan.’

“Ibu nak makan apa?” tanya Hanna. Dia akan pulang sebentar lagi. “Nanti Hanna masakkan untuk ibu tersayang ni.”

“Ala, ibu... Ibu... Nak makan apa ya?” bola mata Halimah bergerak ke atas seperti memikirkan sesuatu. “Nasi lemak. Boleh tak?”

“Boleh. Minggu depan Hanna datang.” Ada senyuman pilu di bibir Hanna. Sayu melihat ibu yang gila tapi Hanna yakin yang ibu akan sembuh. Dia yakin!

Hanna ingin bersalaman dengan ibu tetapi wanita itu tidak mempedulikannya. Halimah leka bermain anak patung yang dianggap anaknya yang mati. Hanna cuba bersabar. Menunggu ibunya sembuh memerlukan kesabaran. Biarlah! Dia terus berlalu.

Esok pagi dia mula bekerja. Dia bercadang mahu mencari pekerjaan lain. Kerja ini membuat pengurusan masanya tidak teratur. Sibuk memanjang. ‘Nak mengedik pun tak sempat.’ Kata Hanna begitu kerana hobinya di zaman sekolah sudah tiada dalam dirinya.

Hanna bekerja sebagai seorang penjual insurans terhormat. ‘Memang susah nak cari pelanggan tapi aku suka je tengok muka orang berkerut apabila aku bercakap. Lagi sekali Hanna tersenyum.

Hanna baru sahaja tiba di tempat kerjanya. Dia terus ditegur oleh sahabatnya, Maya.

“Hanna, aku dah tolong kau cari seorang pelanggan. Dia ahli perniagaan yang berjaya.” Kata Maya.

“Berjaya tapi baru nak beli insurans? Macam tak logik je.” Balas Hanna. Memang pelik betul manusia seorang ini.

“Kau layan je la dia. Tengah hari ni kau pergi kedai ni. Dia nak belanja kau makan.” Arah Maya.

“Biar betik kau? Entah-entah pak cik tua mana entah.” Hanna cuba mengelak.

“Hmmm, pergi je la. Banyak mulut pula.”

“Mulut aku satu je.” Gurau Hanna.

“Nampak ni?” Maya menunjukkan penumbuk.

“Yes boss!!”

“Hanna, ibu kau okey?”

“Ibu aku macam tu la. Tak berubah pun. Tapi dia nampak lebih sihat. Tak apa la. Janji ada senyuman manis di bibirnya. Itu pun dah buat aku rasa puas hati dan gembira.” Jelas Hanna.

Maya tersenyum. Dia bangga dengan Hanna, gigih menjaga ibu yang tidak sihat itu.

“Maya...” panggil Hanna.

“Ya?”

“Aku nak berhenti kerja. Aku rasa kawan kau tu pelanggan aku yang terakhir kot.” Lemah suara Hanna. Hampir setahun lebih dia bekerja sebagai penjual insurans membuat tubuhnya letih. Dia dapat rasakan dia tidak sesuai buat kerja ini lagi.

Maya terkejut. Dia suka berkawan dengan Hanna.

“Kenapa nak berhenti? Gaji yang bos bagi tak cukup ke?” tanya Maya.

“Bukan pasal gaji tapi ni pasal kepuasan. Aku rasa simpanan aku selama bekerja ni cukup untuk aku buka kedai.”

“Kedai apa?”

“Kedai buku? Kau tahu kan aku ni hantu novel sekarang ni. So, tak salah aku nak buka kedai yang jual novel je. Lagi pun berlambak novel kat rumah sewa aku tu.” Katanya lagi.

“Kalau itu keputusan kau, aku tak halang tapi jangan lupa orang kat sini.”

“Takkan lupa.” Hanna tersenyum. Dia membuat kerjanya sementara menunggu waktu tengah hari.

“Kau termenung apa lagi tu? Cepat-cepat la pergi. Nanti lambat sampai pula.” Maya ingatkan Hanna.

“Yelah! Aku pergi ni!” Hanna mencapai beg galasnya. Inilah gaya yang pelik. Hanna memakai pakaian kerja yang formal tetapi bawa beg galas.

Hanna memandu Myvi putih miliknya. Tiba sahaja di kedai tersebut, dia terkejut. ‘Ini yang aku lemah ni. Aku mana makan benda alah ni. Aku manusia biasa je.’ Restoran mewah Jepun itu di pandang sepi.

“Jemput masuk. Cik Hanna.” Kata seorang lelaki. ‘Ya Allah! Aku memang tak perasan ada orang kat situ. Muda lagi mamat ni. Macam sebaya aku je.’

“Saya Mikail Islam.” Lelaki itu memperkenalkan diri.

“Ya, terima kasih.” Ucap Hanna kerana Mikail menjemputnya masuk.

“Duduk la.” Ramah sekali Mikail.

“Ya. Ya...” Gagap Hanna di buatnya. ‘Sejak bila aku penyakit macam ni. Mula nak mengedik ni. Perasaan ini bila aku dengan M je tapi dia bukan M. Serius bukan. Entah-entah M ada kembar? Tak mungkin la.’

“Cik Hanna.” Tegur Mikail apabila melihat Hanna termenung.

“Alamak!”

“Apa yang alamak?!”

Hanna sudah mula menggelabah.

“Eh, tak ada apa-apa!” Hanna melabuhkan punggungnya di lantai. ‘Dah orang jepun makan memang dalam keadaan begini. Alamak, banyak gila makan masakan jepun yang encik MI ni order. Macam sepuluh orang nak makan.’

“Okey. Sebelum kita berbincang lebih lanjut, kita makan dulu ya?” kata Mikail. Dia sudah mengambil pengepit makanan.

“Kejap!” tiba-tiba Hanna menghalang. Dia ada sesuatu yang mahu di kata. Tapi hakikatnya dia sedang mencari alasan supaya dia tidak perlu makan semua ini. ‘Apa ya?’

“Ada apa cik Hanna?” Mikail memandang Hanna. Pelik juga.

“Hmm sebenarnya saya puasa hari ni. Puasa hari isnin.” Jelas Hanna. ‘Jelas-jelas aku dapat dosa. Puasa ganti pun tak habis lagi aku ganti, ada hati nak buat puasa sunat.’

“Maaf! Saya tak tahu yang Cik Hanna puasa. Kenapa cik tak bagitau awal-awal?” tanyanya.

Hanna hanya mampu tersengih.

“Tak apa. Encik Mikail makan dan saya cakap pasal insurans saya ya?” cadang Hanna. ‘Tiba-tiba rasa diri ini tidak profesional. Kenapa ya?’

“Kalau macam tu, kita bincang lain kali la.” Lelaki itu berdiri.

‘Eh, nak ke mana tu? Makanan ni tak nak makan ke? Ini satu pembaziran. Aku ni pantang orang membazir.’

“Encik Mikail Islam.” Panggil Hanna.

Mikail yang sudah memakai kasutnya kembali berpaling. Dia memandang wajah Hanna.

“Ada apa?”

“Makanan tu?” Hanna memancungkan mulutnya ke arah makanan yang banyak atas meja berkaki pendek itu.

“Tak apa. Biarkan sahaja.” Mikail membelakangi Hanna semula.

“Encik Mikail Islam. Ini satu pembaziran dalam agama Islam. Baik encik pergi makan.” Nasihat Hanna. “Lagi pun membazir ni amalan syaitan. Encik Mikail Islam nak jadi Syaitan tak bertauliah ke?” tambah Hanna lagi.

Sejak kecil dia pantang orang yang tidak menghargai makanan. Dia pernah hidup selama tiga hari tanpa makanan. Ketika itu kehidupannya memang susah tetapi semua itu membuat dia belajar dan menghargai sesuatu makanan.

Mikail rasa terpukul dengan kata-kata Hanna. Dia memanggil pelayan dan meminta semua makanan dibungkus.

“Untuk awak. So, tak membazirkan? Nanti kita jumpa lagi. Selamat berbuka.” Mikail terus berlalu pergi.

“Apa kena la mamat ni? Kan aku jadi perempuan gedik baru kau tahu betapa buruknya aku bila begitu. Buat penat aku datang.” Geram Hanna. Dia ambil juga bungkusan itu. Tiba sahaja di pejabat, dia berikan makanan tersebut kepada kawan-kawan sekerja. Memang tidak membazir.

“Sedap ke?” soal Hanna apabila melihat kesungguhan Maya memakan sushi tersebut.

“Sedap la. Kalau tak, kami tak kan melahap macam ni sekali.” jawabnya

“Itu bukan melahap. Ini kebulur namanya.” Sinis Hanna. ‘Kenapa sushi ini tak berapa nak laku? Biar aku rasa.’ Hanna tersenyum.

Dia telah mengambil Sushi wasabi. Yang paling pedas. Selamba sahaja Hanna mengunyah. Rakan-rakan kerjanya terkaku seketika dengan tindakan Hanna. Sushi tersebut memang pedas. Kawan-kawan yang lain pun tidak sanggup mahu makan.

“Kenapa dengan kau ora... Pedas!” pantas Hanna meneguk air mineral yang ada. Tak cukup dengan itu, Hanna pergi ke pantry pejabat dan terus mengambil gula.

Mata Hanna merah. Dia memang alah dengan makanan yang pedas.

“Hanna, kau okey tak?” soal Maya. Kasihan melihat sahabatnya.

“Aku okey.” Hanna tersenyum dan sempat membuat lambang piece dengan jarinya.

“Sabar je la. Penat aku risaukan kau.” Maya marah. Hanna hanya tersengih.

“Jom sambung makan.” Ajak Hanna.

“Kata tak makan sushi.” Maya ingatkan Hanna.

“Sedap juga tapi aku tak nak yang pedas la.”

“Okey. Jom!”



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku