Isteriku Romantik
Bab 6
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 November 2012
lkatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain.
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
14714

Bacaan






Hanna penatnya seharian bekerja. ‘Rindunya pada kau orang berdua.’ Hanna melihat gambar sahabatnya Thilaga dan Sui Wei.

Selepas mandi, duduk di hadapan komputer ribanya.

“Layan ni sebelum tidur pun bagus juga.” Hanna tersenyum.

Hanna terus membuka laman web sosial, Facebook.

‘Sekarang ni ramai suka buka Facebook. Aku suka buka Facebook pun sebab dia, M. Walaupun Facebook dia tidak aktif lagi dan hanya ada 10 rakan dalamnya tetapi aku gembira. Setiap hari mesti ada je komen aku di ruang wall dia. Walaupun aku tahu dia tak akan memberi respon tetapi aku tetap nak tulis.’

Hanya seorang yang rajin membalas komennya, Khairul. Hanna tersenyum hari ini dia meluahkan perasaannya.

Hari ni aku berperasaan gedik macam kau ada dengan aku. Pelik! - HannaMakaroni

Nama Facebook M ialah Mr.Gangster. ‘Gangster la yang buat aku jatuh cinta dengan kau, M.’ Hanna tersengih seorang. Dia jadi gembira apabila teringat M.

Hari ini pun ada –KyoMacho

‘Mamat ni dah muncul. Suka hati akulah nak tulis apa.’ Hanna sedikit geram.

Ada apanya? – HannaMakaroni

‘Padan muka kau. Sibuk je.’ Hanna tersenyum. Dia menanti jawapan daripada Khairul.

Kau gedik hari ni? –Cik Thilaga

‘Mak ai, kawan aku! Aku nak gila ni. Gembira punya pasal. Dia ada rupanya.’ Makin lebar senyuman Hanna.

Thilaga, aku tak tahu kenapa gedik macam tu. Nasib baik masih terkawal- HannaMakaroni

Rindu betul dengan kawan-kawan. Khairul muncul dengan jawapan yang panjang.

Buat-buat tanya pula. Kau nak aku berpantun ke? Kan aku dah bagitau kau yang FB buah hati kau ni aktif tapi dia tak on dah. Dia tak guna FB – KyoMacho

Ada aku kisah – HannaMakaroni

‘Ambik kau!’ Geram Hanna. ‘Aku memang nak mengamuk ni. Suka hati aku la. Lagi pun aku tahu dia berpura-pura. Aku pernah nampak dia komen tetapi lepas tu dia delete. Aku yakin dia baca apa yang aku tulis ni. Kan dah kantoi tu.’ Makin lebar senyuman Hanna.

Hanna malas mahu melayan Facebook zaman sekolah ni. Dia segera buka lawan web sosial Facebook kerja pula.

“Nak tulis status apa ya?” Hanna berfikir seketika.

Sedap tak makan sushi hari ni? Orang belanja mesti sedap kan?-Penjual insurans

Hanna tersenyum.’ Memang sedap juga sushi ni tapi aku masih tak suka nak makan. Ada orang komen la.’ Hanna segera klik.

Ada orang tu kata tak makan sushi tapi makan banyak je tadi– Maya Asli

‘Apa pula ni? Jangan la heboh-heboh Maya. ‘Hanna sudah tidak sedap hati. Ada lagi orang yang komen. Hanna memang bagi open facebooknya. Sesiapa pun boleh komen. Senang dia mahu buat promosi tentang insuransnya kepada orang ramai.

Kata puasa... – Mikail Islam

Ketika itu Hanna sedang minum air tetapi tersendak. Hatinya berdebar ketika dia melihat nama itu. Mikail Islam.

“Patutlah aku rasa tak sedap hati. Mamat ni ada rupanya. Apa aku nak balas? Dah terkantoi ni. Ini mesti Maya yang bagitau dia yang ini facebook aku.” Hanna tidak tahu mahu balas apa tapi dia cuba juga.

Memang puasa tapi bila sampai pejabat ABC pula – penjual Insurans

Hhihihihihihi – Maya Asli

ABC? Kenapa gelak, Maya – Mikail Islam

Abang Islam kelakar... – Maya Asli

Abang tak buat lawak ok – Mikail Islam

“Kenapa dua orang ni macam berkasih sayang je?” Hanna sedikit keliru. Dia menaip sesuatu.

Korang berdua ni couple ke? – Penjual Insurans

Wei Hanna, ni abang sepupu aku la – Maya Asli

Hihihhi Hai Hanna – Mikail Islam

“Oh, tidak! Aku terkena. Boleh pula mamat ni main hai hai pula.” Geram Hanna. Dia geram dengan Maya sebab gadis itu seperti tidak mengenali Mikail Islam.

Hai hai bye bye – Penjual Insurans

‘Itu untuk balasan orang yang buat aku geram.’ Hanna terus log out. Dia menutup komputer ribanya lalu menuju ke katil. Dia menarik selimut dan tidur. Lagi bagus!

******

Mikail Islam termenung. ‘Kata puasa, dia tipu aku ya? Tak berubah langsung minah ni. Tak kan dia tak tahu nama aku. Aku ni lelaki yang dia suka dulu. Tapi dia macam tak kenal je. Dah banyak kali aku sebut nama tapi buat donno. Macam tak ada perasaan.’

Mikail masih menanti balasan Hanna dalam Facebok tetapi gadis itu hanya mendiamkan diri sahaja. ‘Dah tidur ke?’ Teka Mikail.

Akhirnya, Mikail juga tertidur.

Beberapa hari kemudian, Mikail menghubungi Hanna.

Mikail menanti dengan sabar panggilannya dijawab oleh Hanna.

“Ada pun, Assalamualaikum.” Mikail mengukir senyuman.

“Waalaikumusalam. Kejap! Kejap!” Hanna berkata.

‘Eh, kenapa dengan minah ni?’ Mikail pula yang terasa pelik.

Bukk!

Satu bunyi kedengaran.

“Hanna, kau okey?” risau Mikail. Gangsternya muncul. Dia tiada kesabaran lagi.

“Aduh! Maaf kita terjatuh katil masa lipat selimut.” Kata Hanna.

“Lipat selimut?” Mikail mula keliru. ‘Minah ni lipat selimut sambil berdiri atas katil ke? Macam pelik je.’ Macam-macam Mikail bayangkan.

“Ya, encik? Nak beli insurans ke?” soal Hanna

“Ya. Saya Mikail Islam.” Mikail memperkenalkan diri.

Hampir terlepas telefon bimbit Hanna apabila nama tersebut disebut. ‘Kenapa dia telefon aku di pagi ahad. Kan cuti. Kalau nak beli insurans pun, hari isnin kan ada.’

“Cik Hanna.” Panggil Mikail. Dia cuba mengawal suaranya. Sebenarnya dia sudah lama sukakan Hanna tapi sikap gedik dan manja yang dikatakan oleh Khairul itu membuat dirinya segan untuk mengakui perasaan itu.

Mikail dapat tahu mengenai Hanna apabila adik sepupunya menyebut nama Hanna.

“Hanna!” tiba-tiba suara Mikail tinggi.

“Kenapa dengan abang Islam ni?” Maya sedikit terkejut.

“Ya, kawan kamu tu nama apa? Hanna apa?”

“Hanna Hashim. Kenapa?”

“Oh! Dia jual insurans juga ke?” soal Mikail lagi.

“Ya.”

“Abang nak beli insurans dengan dia. Boleh tak?” pinta Mikail.

“Boleh je.” Kata Maya. ‘Dengan aku tak nak beli ke?’

“Encik Mikail Islam.” Panggil Hanna.

Mikail tersedar. Dia sempat teringat perbualannya dengan Maya mengenai Hanna.

“Ya! Kita jumpa hari ni. Waktu tengah hari.” Kata Mikail.

‘Rasanya perasaan ini tidak dapat ditahan. Aku nak jadi gedik juga ke?’ Soal Hanna sendiri dalam hati.

“Di mana?”

“Di...” belum sempat Mikail katakan pantas Hanna yang menjawab.

“Di KFC Mayvelly ya?” ajak Hanna. ‘Setujulah wahai pelangganku. Setuju please!!!!’ Hatinya meraung.

“Baiklah. Kat situ kita jumpa.”

“Alhamdulillah.” Ucap Hanna.

Talian di tamatkan.

Hanna melompat kegirangan. Makan percuma lagi hari ini. Memang bertuah.

“Eh, lupa nak tanya pukul berapa?” Hanna berfikir.

“Tadi dia kata tengah hari. Pukul 1 kot.” Teka Hanna. Dia kembali ceria. Pada masa yang sama, dia melihat jam dinding.

“Baru pukul 8 pagi. Nak buat apa pagi ni?” lagi sekali Hanna berfikir.

“Pergi pasar!” Pantas Hanna bersiap.

Suasana pasar pagi sangat riuh-rendah. Sejak dulu lagi dia lebih gemar ke pasar berbanding pasaraya. Di pasar menyediakan ayam dan ikan yang segar. Sayur pun lebih elok.

Selepas membeli, dia sempat singgah di sebuah kedai buku yang ada menjual novel. Hanna tersenyum.

“Ada novel terbaru tak?” Hanna berkata. Matanya meliar mencari novel. Kebiasaannya dia akan memilih novel dengan melihat covernya terlebih dahulu.

“Yang mana cantik ya?”

“Asam pedas untuk dia. Menarik tajuk ni? Cover pun cantik warna merah gitu.” Hanna mengambil novel yang ditulis oleh Nureen Mirza. “Sinopsis pun okey. Beli!”

Hanna ke kaunter untuk membayarnya.

Selepas itu dia pulang dan membacanya sementara menunggu waktu tengah hari.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku