Isteriku Romantik
Bab 7
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 November 2012
lkatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
13108

Bacaan






Mikail tersenyum lebar. Apa yang dirancangnya diharap dapat berjalan dengan lancar. Dia akan membuat kejutan untuk Hanna. Dia setia menanti di KFC. Walaupun agak sibuk dengan manusia, Mikail sudah menyewa untuk satu ruang di KFC itu.

“Maaf lambat encik Mikail. Jalan sesak tadi.” Mohon Hanna. Padahal, dia sudah lama sampai di Mayvelly. ‘Pergi cuci mata.’

“Saya dah order untuk awak.” Kata-kata Mikail itu telah membuat Hanna rasa seperti tercekik tulang ikan.

‘Aku baru nak order, dia dah orderkan. Ini yang tak syok. Tak syok makan dengan orang kaya. Nak ikut selera dia je.’ Hanna membebel dalam hatinya.

“Terima kasih encik Mikail.” Ucap Hanna. ‘Nampak sangat yang aku tak ikhlas. Tapi apabila tengok makanan atas meja, semuanya aku makan. So, tak jadi masalah la.’

“Kita makan dulu.” Ajak Mikail.

“Jemput makan.” Kata Hanna dengan begitu bersemangat.

Hanna dan Mikail makan tanpa mempedulikan orang sekeliling. ‘Sebenarnya dia lambat sampai sebab dia ada lalu depan kedai kek. Tak ada orang nak wish hari lahirnya hari ni. Kalau ada Thilaga dan Sui Mei dia tak pernah miss wish pada aku.’

“Muram je.” Tegur Mikail.

“Tak ada apa-apa. Eh!” Hanna terkejut. Ada sesuatu dalam bekas kentang putar yang dia sedang makan. Dia korek lagi dan lagi guna sudu. Ada cincin!

Pantas Hanna lap dengan tisu yang ada.

Tiba-tiba Mikail bangun dan melutut di tepi kerusi yang Hanna duduk.

Hanna terkejut. ‘Awat MI melutut kat aku ni? Nak lamar aku ke?’

“Mikail!” ada seseorang menegurnya.

Mikail tidak sempat untuk melamar Hanna, dia sudah berpaling ke belakang.

“Zyla!” jelas sekali wajah Mikail terkejut.

“Apa you buat ni?” Zyla bertanya.

‘Siapa pula perempuan yang tak cukup kain ni? Rasanya ini kali pertama aku jumpa perempuan pakai macam ni. Kalau cina atau India tu tak kisahlah. Ini melayu.’ Hanna tidak pedulikan mereka berdua. Dia terus makan dengan penuh selera. Cincin tadi, dia sarungkan di jari manisnya. Muat-muat sahaja.

Mikail menarik tangan Zyla jauh sedikit dari Hanna. Dia sempat melihat air muka Hanna. ‘Macam tak ada perasaan cemburu atau ingin tahu pun.’ Dia rasa kecewa.

“What are you doing here?” soal Mikail.

“I’m just doing window shopping over here.” Selamba sahaja Zyla berkata. “I’m the one who is supposed to ask you that.” Sambung Zyla.

“I’m just dining with someone.” Mikail cuba menyembunyikan sesuatu.

“Who?” soal Zyla. Dia memandang wajah perempuan yang sedang leka makan itu. Biasa aje. Aku lagi cantik.

“Bila you balik dari Paris?” tanya Mikail. ‘Sejak bila la minah ni balik. Aku baru nak rasa aman dia pergi Paris selama 3 bulan.’

“Ala, I baru aje balik dua hari lepas. Tiba-tiba I nampak you kat sini.”

“Okay. Sekarang I nak pergi makan dan you balik.” Mikail sudah bergerak ke tempat Hanna sedang makan.

“I pun nak makan juga.” Kata Zyla sambil merangkul kemas lengan Mikail. Melekat bagaikan tidak boleh dipisahkan.

“Ish, lepaslah!” Mikail marah. Dia cuba meleraikan rangkulan Zyla.

“Sejak bila you jadi pemalu ni. Dulu dengan I tak kisah pun.” Sengaja Zyla buat suara manja seperti itu depan Hanna.

Hanna mendongak untuk melihat mereka berdua. Pandangannya kosong. Tiada apa-apa perasaan. Dia terus tunduk dan sambung makan ayam KFC itu.

Mikail terasa hati. ‘Dalam facebook bukan main lagi kata suka aku. Suka Mr.Gangster tapi sekarang? Pura-pura tak kenal aku pula.’ Mikail tidak berpuas hati.

“Sayang...” manja sekali suara Zyla.

Kini mereka berdua duduk bersebelahan. Mikail tidak pedulikan Zyla.

“Hanna.” Panggil Mikail.

“Yup!” sahut Hanna sambil memandang muka Mikail.

“Rambut awak.” Kata Mikail dan pada masa yang sama tangannya pantas menyentuh anak rambut itu dari terus masuk ke dalam mulut Hanna.

Hanna terpana dengan tindakan Mikail. Pantas mukanya digerakkan sedikit ke belakang. Mengelak dari disentuh oleh Mikail.

Saat itu hati Hanna sangat berdebar. Perasaan itu datang lagi mengganggu lubuk hatinya yang sunyi dan hanya ada kenangan M sahaja.

“Rambut saya?” Hanna pantas membetulkan sikit rambutnya agar lebih kemas.

Zyla yang melihat adegan itu rasanya tidak sedap duduk.

“Kawan you ni kerja apa?” Zyla menjeling tajam ke arah Hanna.

“Kawan I jual insurans. I jumpa dia nak bincang pasal ni la.” Jelas Mikail.

“Oh!” Zyla mula faham. “I pun nak beli insurans.” Kata Zyla.

“Hah! Bagus la! Ada dua orang sekali gus.” Mata Hanna bersinar-sinar. ‘Ada dua orang sekali gus dah cukup bagus. Untung la aku macam ni. Inilah di namakan rezeki.’ Makin lebar senyuman Hanna.

Mikail mengeluh. Menyibuk aje si Zyla ni.

Selepas berbincang. Mereka berdua bersetuju mahu membeli insurans dengan Hanna. Hanna pulang dengan hati yang gembira. Tinggallah Mikail bersama dengan Zyla.

“I balik dulu.” Mikail tidak mahu lama-lama dengan Zyla.

“Nanti dulu Mik! I...” Suara Zyla begitu manja. Tangannya mula hinggap di lengan Mikail.

Mikail mengeluh. Minah ni kalau bercakap tak sentuh aku memang tak sah.

“Mikail, I tahu you tak cintakan I, tapi kita boleh jadi kawan kan?” Zyla meleraikan pegangannya lalu hulurkan tangan untuk bersalam.

‘Biar betul si Zyla nak berkawan dengan aku? Gedik yang menyakitkan hati ada je aku rasai.’

“Bolehlah Mikail.” Makin manja suara Zyla. Jari telunjuknya bermain-main di bahu Mikail. Sengaja dia senyum menggoda.

‘Ingat aku tergoda. Jangan mimpi la.’ Mikail memegang tangan Zyla yang nakal itu.

Zyla pula tersenyum.

“Okey! Jom datang rumah I.” Ajak Mikail.

“Rumah you? Auntie ada tak?” was-was Zyla bertanya.

“Ada.” Mikail mempamerkan senyumannya.

“Tak apa la. I ada hal ni. Nantilah I datang rumah you ye?” Zyla mengelak. Dalam diam, dia tidak suka pada mama Mikail.

“Okey. Bye!” Mikail meninggalkan Zyla bersendirian. Dia tahu yang Zyla sememangnya tidak menyukai mamanya.

Zyla menghentak-hentakkan kakinya kerana geram. Dia tahu yang Mikail sengaja mahu kenakan dia.

“Tak apa Mikail. Hari ni hari kau. Esok belum tentu lagi.” Kata Zyla. Dia mengeluarkan telefon Samsung Galaxy miliknya lalu menghubungi seseorang.

“Hello Qyn Yong.” Zyla tersenyum-senyum.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku