Isteriku Romantik
Bab 9
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 November 2012
lkatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
13281

Bacaan






Hanna mengucap syukur dalam hatinya. Dia mendapat dua orang pelanggan sekali gus. Itulah namanya rezeki. Tiba-tiba Hanna menjadi muram. Dia teringatkan Zyla. Wanita yang bersama Mikail. Perangai gedik wanita itu begitu ketara dalam pandangan Hanna.

“Tapi kalau aku dengan lelaki yang aku suka pun aku macam tu juga jadinya.” Akhirnya Hanna tersenyum. Apabila teringat akan lelaki yang Hanna suka, sudah mampu membuat hatinya gembira. Dia berjalan sendirian. Perut yang kenyang di sentuh Hanna.

Hanna memandang sekelilingnya. Tiba-tiba pandangan matanya jatuh pada seorang lelaki. Otaknya ligat memikirkan siapa jejaka itu. Langkahnya terhenti lalu dia berpaling ke belakang dan memandang lelaki itu.

Hanna tersenyum. Wajah lelaki itu sama dengan seorang pelakon lelaki yang amat Hanna minati.

“Awak Adi Putra ke?” Hanna menghampiri lelaki itu. ‘Kalau jumpa artis kena tanya seperti ini ke?’ Hanna sendiri tidak pasti.

“Awak, saya nak tanya boleh tak?” Hanna beranikan diri untuk bertanya.

“Ya.” lelaki itu seperti terkejut.

“Awak ni Adi Putra ke? Saya tak sabar nak tengok lakonan awak dengan Nora Danish. Saya Hanna.” Hanna tersenyum. Dia memperkenalkan diri tanpa rasa ragu-ragu.

“Filem Aku terima nikahnya kan?” lelaki itu berkata. Walaupun lelaki itu terasa pelik kerana ditegur begitu tetapi dia masih melayan Hanna.

“Ya.” Makin terkebil-kebil mata Hanna. Senyuman manis terukir di bibir Hanna.

“Saya...” belum sempat lelaki itu menerangkan perkara sebenar, dia ternampak seseorang yang amat dia kenali. Pantas tangan lelaki itu menarik Hanna dalam pelukannya.

“Apa peluk-peluk ni?” marah Hanna. Hanna beranggapan yang Adi Putra tidak akan memeluk peminatnya begini. Hanna cuba menolak tubuh badan yang tinggi itu.

“Saya bukan Adi Putra yang awak maksudkan tapi nama saya memang Adi Putra.” Bisik Adi di telinga Hanna.

Hanna rasa marah. Dia tidak ambil peduli sama ada lelaki itu Adi Putra yang sebenar atau tidak. Apa yang Hanna tahu dia dalam keadaan marah.

“Saya tak kisah dah pasal awak. Yang saya kisah kenapa awak masih peluk saya ni?” marah Hanna.

“Opss!!!” pantas tangan Adi melepaskan pelukannya.

Hanna tidak mahu mendengar apa-apa alasan. Hanna pantas bergerak untuk meninggalkan lelaki yang dianggap sakit mental.

“Cik Hanna, tunggu! Maafkan saya. Saya tak sengaja.” Kata Adi sambil mengejar Hanna.

Hanna tidak mempedulikan Adi. Dia terus berjalan dan berjalan.

“Cik Hanna, sedangan Nabi maafkan umatnya.” Tambah Adi lagi. Adi berusaha mengejar Hanna yang sudah jauh ke depan.

‘Tak ada modal lain ke nak guna?’ Hanna makin pantas berjalan.

“Cik Hanna, saya tahu siapa yang cik Hanna suka?” kata Adi dengan nada yang serius.

Saat Hanna mendengar kata-kata itu, langkahnya terhenti. Fikirannya hanya ada M. ‘Lelaki ni kenal M ke? Adakah aku akan bertemu dengan M semula? Aku rindukan dia.’ Hati Hanna berdebar. Dia berpaling dan menghadap Adi

“Siapa?”

“Tapi Cik Hanna kena maafkan saya dulu.” Pinta Adi.

“Okey. Aku dah maafkan kau. Kau jangan nak gedik dengan aku pula. Saya awak saya awak. No! No! No!” Hanna sedikit marah.

“Kata tadi dah maafkan tapi marah-marah orang pula.” Adi buat muncung.

“Encik Adi Putra yang perasan jadi pelakon, aku tak kenal kau. Jadi kalau aku nak marah-marah pun itu hak aku. Kalau kau tak nak bagi tahu siapa yang aku suka, aku tumbuk muka kau!” Hanna menunjukkan penumbuknya.

“Sesungguhnya perempuan yang kasar untuk lelaki yang kasar. Tentu lelaki yang kau suka tu kasar.” Adi masih berlengah-lengah menyebut nama lelaki yang Hanna suka.

“Kau memang nak kena. Aku memang suka lelaki kasar. Muscleman gitu.” Jelas Hanna. Dia memang suka lelaki yang gagah.

“Cik Hanna suka saya kan?” kata Adi sambil tersengih.

“Apa faedahnya? Kau tu lembik!” Hanna tidak mahu tahu siapa yang dia suka. Lelaki ini menipu. Lelaki itu tidak mengenalinya. Bagaimana pula lelaki itu tahu Hanna suka pada siapa. Hanna rasa tertipu. Dia sepatutnya lebih arif tentang perasaannya itu.

Hanna lari tetapi lelaki itu masih mengejarnya. Hanna berlari ke kereta miliknya dan terus meninggalkan lelaki yang langsung tidak dikenali itu.

Adi hanya memandang dari jauh. Hatinya tercuit dengan tingkah laku gadis yang baru dikenali itu. ‘Nasib baik dia ada, kalau tak, mesti aku dah kena tangkap dengan Mac. Seronok juga main sorok-sorok dalam tempat membeli-belah.’

Adi tersenyum.

Tiba-tiba bahu kanannya di sentuh.

“Dapat!” kata Mac.

“Alamak!” Adi hampa tetapi tetap pamerkan senyumannya kepada Mac yang merupakan seorang doktor pakar yang berbangsa Cina.

“Apa lagi. Belanja aku makan.” Katanya.

“Mac, dah lama aku nak tanya. Nama sebenar kau, Meng Ah Chong kan?” soal Adi sambil mereka berjalan beriringan.

“Ya. Kenapa ni, kawan?”

“Tapi panggil Mac. Kau ingat kau tu bulan tiga ke?” usik Adi.

“Tak guna punya kawan!” marah Mac. Adi sudah jauh ke hadapan meninggalkannya. Mereka berkejaran lagi sekali.

*****

Mikail keluar dari bilik Sazulee. Papanya lebih tenang selepas dipujuk. Mikail rasa kasihan melihat papanya sakit begitu. Lumpuh seluruh badan.

Mikail menuju ke biliknya. Dia termenung mengenangkan keluarganya. Iraa dan Syaa. Dua beradik itu sahaja yang dia ada. Dia harus menjaga mereka dengan baik. Mikail berbaring atas katil. Melihat ke atas dengan pandangan yang kosong.

Sejak Zahrah, ibu tiri Mikail, hadir dalam keluarga mereka lapan tahun yang lalu, hidup mereka amat bahagia. Tetapi selepas Sazulee kemalangan, Zahrah mula berubah. Dia bertukar karakter menjadi tipikal ibu tiri yang perengus.

“Kasihan Syaa dan Iraa. Maafkan abang. Abang tak ada masa tu untuk melindungi adik-adik abang.” Kesal Mikail. “Maafkan abang...” Mikail berterusan rasa bersalah. Peristiwa itu membuatkan Mikail terus berhati-hati apabila bersama Zahrah. Dia tiada hak untuk menghalau perempuan itu memandang dia isteri Sazulee.

“Abang!” tiba-tiba Iraa muncul.

“Kenapa Iraa?” Mikail terus terbangun dari pembaringan. Wajah Iraa direnungnya.

“Kak Syaa, Abang!” Iraa tidak tahu apa yang perlu dia katakan tetapi Mikail perlu ada di sisi Syaa sekarang ini.

Tergesa-gesa Mikail turun dari katil dan berlari ke bilik adik perempuannya itu. Iraa hanya ikut dari belakang.

Kelihatan Syaa duduk di satu sudut bilik itu sambil memeluk tubuh. Matanya bulat tetapi air mata mengalir. Gadis itu merenung lantai sahaja.

“Syaa, kenapa sayang?” Mikail menghampiri Syaa lalu dipeluk adiknya itu.

“Abang Mikail... Abang Mikail... Syaa takut abang... Syaa takut dia buat perkara tu pada Syaa lagi.” Syaa melahirkan apa yang dirasai saat ini. Syaa bertambah erat memeluk abang kandungnya itu.

“Shhh...” Mikail cuba memujuk. “Abang kan ada sekarang ni. Syaa tak perlu takut. Abang akan melindungi adik dari perempuan tu. Dia tak kan dapat buat tu semua pada Syaa dan Iraa sekali. Abang tak kan benarkan.” Kata Mikail untuk tenangkan hati adiknya itu.

“Betul ni abang Mikail?” soal Syaa bagaikan anak kecil.

“Betul! Abang janji!” Mikail tersenyum. Dia angkat tubuh adiknya lalu baringkan atas katil. “Abang jaga kat luar ya? Jangan takut. Syaa tidur. Rehat okey?” pujuk Mikail lagi.

Syaa mengangguk kepala. Dia cuba pejamkan mata.

Iraa dan Mikail keluar dari bilik itu.

“Iraa, apa yang berlaku masa tu? Kenapa Syaa jadi begitu sekali. Apa yang mama Zahrah dah buat pada Syaa? Ceritakan pada abang, Iraa.” Pinta Mikail.

Iraa memandang wajah Mikail. Dia sendiri kurang pasti tapi hari itu adalah hari yang paling teruk dalam hidup Syaa.

“Bermula masa....” Iraa mula bercerita hal sebenarnya.

*****

Syaa tersenyum manis. Dia ada temu janji bersama kekasihnya. Dia sudah lambat lalu berlari ke arah pintu utama rumah. Tanpa dia sengaja, dia terlanggar pasu kristal kesayangan Zahrah yang betul-betul berada di tepi tangga.

Bunyi pasu pecah bergema dalam villa itu.

Pantas Zahrah datang ke ruang tamu.

“Pasu aku!” Zahrah terkejut melihat pasu yang dibeli dengan harga yang sangat mahal pecah. Kini, matanya merenung tajam pada Syaa.

Syaa berasa takut. Ini kali pertama dia melihat wajah Zahrah yang lembut bertukar garang dan menakutkan. Tubuh Syaa menggigil.

“Mama, Syaa tak sengaja...” perlahan suara Syaa. Dia sangat takut apabila Zahrah marah.

“Mari sini kau!” suara Zahrah tinggi memanggil Syaa.

Syaa masih terkaku. Dia tidak dapat bergerak. Dia benar-benar takut. Zahrah rasa geram kerana Syaa ingkar arahannya. Dia menghampiri Syaa yang berdiri berhampiran dengan serpihan pasu kristal yang pecah. Pantas tangan Zahrah menolak tubuh Syaa dengan kasar.

Syaa rebah. Hampir-hampir sahaja wajahnya mengenai serpihan yang tajam itu.

“Aku panggil kau! Kau pekak ke?!” kepala Syaa ditolaknya dengan kasar. “Hey! Kau ingat, kau anak Sazulee aku tak berani pukul kau? Sejak bapak kau tu sakit, sikit pun dia tak pedulikan aku. Apa guna aku duduk dalam rumah ni?” bebel Zahrah.

Tubuh Syaa kaku. Air mata sahaja yang mengalir.

“Kau dengar tak?” tengking Zahrah. “Dengar tak?!” makin kuat suara Zahrah.

“Dengar... Mama...” sayu suara Syaa. Nafasnya mula tidak teratur. Debaran di hati makin kuat. Dadanya bagaikan ingin pecah menahan sendu.

“Bagus! Sekarang aku nak kau kemas semua ni, faham?” arah Zahrah.

Perlahan tubuh Syaa bergerak.

“Cepat!” tengking Zahrah. Wajahnya sangat garang. “Cepat aku cakap!” Zahrah menarik telinga Syaa supaya gadis itu bergerak lebih laju dan mengutip serpihan yang pecah.

“Mama... Sakit mama...” kata Syaa. Air mata yang mengalir bagaikan tiada erti bagi Zahrah. Tiada belas kasihan.

“Kau pecahkan pasu kesayangan aku, tak apa. Nasib baik aku tak pecahkan kepala kau pula.” Kasar Zahrah.

“Syaa tak sengaja mama.” Syaa masih cuba membela dirinya.

“Tak sengaja kata kau?” makin marah Zahrah rasakan. “Mari sini kau!” Zahrah mengheret Syaa dengan mencengkam rambut Syaa yang panjang.

“Sakit mama...” sayup-sayup suara Syaa berkata.

Zahrah menarik Syaa ke bilik air lalu direndamkan dalam tab mandi yang kebetulan terisi dengan air yang penuh. Zahrah rasa terlalu geram dan marah. Dia rendamkan kepala Syaa dalam air tersebut dan kemudian menarik semula kepala itu.

Syaa cuba meronta.

“Sekarang kau akan dengar cakap aku kan?” soal Zahrah dengan kasar.

Syaa hanya diam.

“Aku tanya ni!” lagi sekali Zahrah diselamkan wajah Syaa ke dalam air dan tarik semula.

“Jawab la perempuan!” Zahrah menarik rambut yang basah tu lagi.

“Ya mama. Syaa... Syaa akan ikut segala perintah mama.” Syaa terbatuk-batuk kerana banyak air yang masuk ke dalam mulut dan hidungnya.

“Bagus!” Zahrah melepaskan cengkaman tangannya di rambut Syaa. “Hari ni kau duduk je dalam bilik air ni.” Zahrah siramkan air pada Syaa supaya basah.

“Duduk kau dalam bilik air ni!” Zahrah terus keluar dari situ dan menguncinya dari luar.

Syaa terus menangis dan menangis dalam kesedihan. Sejak hari itu dia jadi seorang yang trauma dan sukar untuk melihat senyumannya lagi.

*****

Hati Mikail bergetar hebat mendengar apa yang diceritakan oleh adiknya, Iraa. Dia menahan perasaan marah.

“Mama melampau buat Syaa begitu.” Mikail tidak dapat bersabar. Memang pada awal perkahwinan Sazulee dengan Zahrah sangat bahagia tetapi kini bagaikan bukan suami isteri dalam pemerhatian Mikail.

Apa lagi yang mampu Mikail lakukan? Tiada siapa berani melawan perintah Zahrah. Sedangkan dia sendiri tiada kekuatan itu.

“Abang berjanji akan jaga Iraa dan Syaa sebaik mungkin. Abang janji!” kata Mikail. Iraa hanya mampu tersenyum dengan air mata yang mengalir deras.

“Terima kasih abang.” Ucap Iraa.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku