Isteriku Romantik
Bab 11
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 November 2012
lkatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain.
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
11794

Bacaan






Hanna mengelap tangannya yang basah. Dia baru sahaja siap membasuh pinggan. Hidup bujang katakan tetapi Hanna bahagia. Dia tidak sabar untuk bawa Halimah ke sini iaitu tempat tinggal sejak Halimah di masukkan ke dalam hospital sakit jiwa. Dia masih ingat apabila Halimah sedar dari segalanya, dia bagaikan tidak siuman.

Fikirannya melayang ke peristiwa lalu.

Hanna begitu gembira apabila melihat ibunya sudah boleh duduk dan wajahnya ceria. Asyik tersenyum sahaja sebaik Hanna masuk ke dalam bilik Halimah ditempatkan.

“Mak! Mak dah okey! Hanna gembira sangat!” pantas Hanna memeluk tubuh Halimah tetapi hampa. Halimah kaku. Tiada tinda balas dari Halimah.

“Mak...” panggil Hanna sambil meleraikan pelukkannya.

Halimah merenung tajam pada Hanna. Hanna pula dapat rasakan akan berlaku perkara yang tidak baik.

“Mak...”

“Siapa kau? Kau bukan anak aku! Anak aku dah mati! Nurse tu cakap nama anak aku Adam.” Halimah menjauhi diri dari Hanna.

Gugur air mata seorang anak apabila ibu sendiri tidak mengaku anak. Luluh hatinya. Hanna menangis.

“Mak, Hanna ada mak seorang je. Mak, tolonglah. Jangan buat Hanna macam ni mak. Hanna dah tak ada sesiapa kecuali mak,” rayu Hanna.

Hanna ingatkan apabila Halimah sedar, dia akan berpeluang untuk bahagia di samping Halimah walaupun tanpa kasih sayang seorang ayah tetapi hampa. Segalanya berubah sekelip mata.

Halimah menjadi tidak siuman dan di tempatkan wad sakit jiwa. Hanna kuatkan hati untuk menghadapi semua ini seorang diri.

Air mata yang mengalir di sapu dengan lengan baju tidur.

“Sudahlah! Janji mak ada dengan aku sekarang ni,” kata Hanna.

Hanna menutup suis lampu dapur. Ingatan lalu biarkan berlalu. Tidak perlu difikirkan lagi.

Hanna menuju ke biliknya sambil menguap. Ini sudah masuk kali ke lima dia menguap. Mengantuknya. Rasa tidak tertahan lagi mata ini. Seperti biasa Hanna akan menjenguk Facebook M, Mr. Gangster dulu.

Masih seperti dulu. Tidak pernah ada balasan daripada M.

“Apa aku nak tulis hari ini ya?” otak Hanna ligat berfikir. Akhirnya dia tersenyum.

Hari ini saya dilamar... – HannaMakaroni

Hanna masih menanti jawapan dari M. Walaupun dia tahu yang Mikail tidak akan balas komen apa yang ditulisnya.

“Tak ada gak hari ni. Tak apa la.” Hanna mengerakkan tetikus komputer ribanya ke lambang pangkah.

Manakala Mikail yang baru siap mandi, segera membuka Facebook Mr.Gangster. Dia benar-benar terkejut dengan kenyataan yang ditulis oleh Hanna.

“Eh, dilamar?!” dahi Mikail berkerut. Dia mencapai tuala untuk mengeringkan rambut yang masih basah dengan pandangan masih tetap di skrin komputer riba. Selepas itu, dia sengaja menggoyangkan kepala ke kanan dan ke kiri bagi mengembalikan untaian rambut. Dia pun menyisir rambut.

Mikail kembali semula ke komputer ribanya lantas tangan Mikail pantas menaip sesuatu.

Hanna masih setia menanti. Tiba-tiba komennya dibalas dan dia tidak sempat membacanya kerana sudah ditekan butang pangkah. Pantas Hanna mengerakkan tetikusnya untuk membuka semula Facebook.

Hatinya berdebar kencang saat matanya memandang nama Mr.Gangster yang membalas komennya.

Siapa yang melamar kau? – Mr.Gangster

Hanna senyum sampai ke telinga. Gembira punya pasal. Ada balasan daripada M. Buat seketika Hanna melompat kegembiraan. Mata yang mengantuk dan hampir tertutup sebentar tadi, cerah kembali. Segar bagaikan direndam dengan air sejuk.

‘Mesti M cemburu sebab tiba-tiba sahaja aku dilamar. Dia suka akulah itu.’ Hanna masih tersengih bangga. Pertanyaan Mr.Gangster dibiarkan seketika.

“Awat lama sangat dia ambil masa nak jawab soalan aku ni?” Mikail tidak senang duduk. “Tak akan dia nak kahwin pula. Baru siang tadi elok je dia dengan aku.” makin berkerut wajah muka Mikail.

Penantiannya terjawab apabila membaca balasan komen Hanna.

Dilamar kerja... hahaha – HannaMakaroni

Mikail tersenyum.

“Rupanya aku yang melamar dia. Buat gempak je.” Mikail sedikit geram tetapi dia rasa tenang pula. Ada satu komen masuk.

Kau ke tu? – HannaMakaroni.

Makin lebar senyuman Mikail. Dia bercadang tidak mahu menjawab pertanyaan itu. Dia mahu menyepi kembali.

Hanna pula menanti dengan sabar. Wajah yang ceria kembali muram. Hampir setengah jam dia menunggu M membalas komennya tetapi membisu.

Hanna hampa.

“Kenapa dia tak balas?” soal Hanna sendirian. Dia rasa sedih sangat. Lelaki itu datang dengan tiba-tiba dan pergi pun seperti itu. Tanpa ada ucapan terakhir. Hanna terasa kepalanya pening.

‘Lebih baik tidur!’

Hanna terus berlalu ke katil dan lelap. Dia berharap suatu hari nanti dia akan bertemu dengan M pujaan hatinya itu.


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku