Isteriku Romantik
Bab 12
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 November 2012
lkatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
11890

Bacaan






Sebuah kereta warna putih masuk di perkarangan rumah Mikail. Seorang wanita berambut hitam pekat dan berpakaian t-shirt biasa keluar dari perut kereta itu. Sambil memberi isyarat tangan kepada pengawal keselamatan yang tercegat di situ, dia segera melangkah ke dalam Villa tersebut.

Sementara itu, Mikail terkejut melihat kemunculan wanita yang tidak disangka-sangka itu.

“Aku ingat kau tak reti-reti dah nak balik rumah ni?” Mikail pura-pura tidak memandang wanita itu.

“Kenapa? Aku tak boleh nak balik ke sini ke?” soal Arina sambil menjegilkan matanya.

“Aku rasa kau tak ada, lagi bagus rumah ni. Ada keberkatan.” Sinis Mikail. Arina merupakan anak kandung Zahrah. Ibu tirinya itu begitu menyayangi Arina.

“Kau jangan melampau sangat. Mentang-mentang kau dah berjaya, jangan nak berlagak. Kau tetap hina di pandangan mata aku.” Arina mengherdik Mikail dengan kata-kata yang berbisa.

Mikail sabarkan hatinya.

“Arina!” panggil Zahrah yang muncul di tingkat atas.

“Mama...” Arina terkejut. Aku ingat mama tidak ada di rumah.

“Mama nak cakap sikit dengan kau. Jumpa mama di bilik.” Arah Zahrah dan terus berlalu.

“Kau dah tak ada baju lain nak pakai? Baju t-shirt buruk ni juga kau nak pakai.” Marah Zahrah. Penampilan Arina sangat teruk di pandangan matanya.

Arina hanya mendiamkan diri sahaja.

Zahrah mencampak beberapa keping gambar di atas katil lalu duduk bersilang kaki di sofa. Dia sangat geram melihat gambar tersebut.

“Kau sengaja nak buat aku marah ya?” bergetar suara Zahrah mengajukan pertanyaan itu. Dia cuba bersabar.

Arina menghampiri katil tersebut. Ada beberapa keping gambar dia bersama dengan seorang lelaki. Adam Daniel! Dia tidak menyangka yang mamanya mengupah orang untuk menyiasat tentang hubungannya dengan lelaki itu.

“Mama...” Arina hilang punca.

“Berapa kali aku nak cakap! Aku nak kau pikat Mikail. Buat lelaki tu jatuh cinta pada kau. Bukannya kau pergi cari jantan lain.” Suara Zahrah meninggi.

Arina tertunduk wajahnya.

“Tapi Arina tak suka dia.” Arina cuba mencari sedikit ruang antara dia dan Zahrah.

“Tidak!” Zahrah berdiri. “Aku tahu yang Sazulee tu akan serahkan hampir 50 peratus hartanya pada Mikail. Kau kena buat dia suka kau dan kau orang akan berkahwin.”

“Kahwin? Arina tak mahu mama.” Arina cuba menolaknya.

“Kau anak aku, jadi aku buat ini semua untuk kesenangan kau.”

“Tapi mama, Adam pun okey apa?”

“Adam? Budak kerja mekanik je tu. Dia tak layak jadi menantu mama.” Zahrah makin panas. Ada sahaja yang Arina menjawab.

“Mekanik pun kaya juga. Kaya dengan kereta.” Jawab Arina.

“Kereta orang kan? Baik tak payah.” Zahrah menghampiri Arina yang sedang duduk di birai katil.

Arina terdiam.

“Mulai hari ini, kau jangan jumpa dia. Kalau tak, aku tak akan bagi duit sesen pun pada kau.” Zahrah kembali duduk di sofa. Dia mengambil sebuah majalah fesyen.

Arina hanya memandang lalu keluar.

Arina duduk di tepi tangga. Otaknya ligat memikirkan perintah Zahrah yang tidak boleh di bantah langsung.

Arina menangis. Dia sayangkan Adam. Walaupun lelaki itu biasa sahaja tapi dialah penghibur di hatinya.

“Kenapa kau menangis?” tiba-tiba Mikail muncul dari belakang. Pantas tangan Arina mengelap air matanya.

Dia berdiri.

“Mana ada aku menangis.” Arina menidakkan kata-kata Mikail. Dia menuruni tangga tersebut tetapi tersalah langkah dan akan jatuh dalam sekelip mata.

“Arina!” panggil Mikail sambil tangannya pantas menarik tangan Arina. Arina terus berada dalam pelukan Mikail.

“Kau tak apa-apa.”soal Mikail.

Entah mengapa ada perasaan lain yang hadir dalam hati Arina. Hatinya berdebar-debar. Dia mendongak memandang Mikail. Wajah lelaki itu bagaikan bimbang dengan keadaan dirinya.

Mikail meleraikan pelukkan.

“Kau ni sengaja nak sakitkan hati aku kan!” suara Arina tinggi tiba-tiba. Mikail tersentap.

“Kau ni kenapa?” Mikail terasa pelik sebab Arina memarahinya. Bukannya ucap terima kasih tetapi mahu marah-marah pula.

“Aku benci kau!” Arina berlari masuk ke biliknya.

Dum!

Arina menutup pintu bilik dengan kasar.

“Kenapa kau wujud Mikail? Kalau kau perempuan, aku tak perlu kahwin dengan kau. Mama pun tak kan suruh aku pikat kau.” Air matanya mengalir. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

Pantas tangannya mencari telefon tersebut dalam beg tangan. Air matanya makin laju mengalir.

“Adam...” pantas telefon itu ditekan untuk menjawab.

Nada Arina menangis begitu ketara di pendengaran Adam.

“Kenapa ni sayang?” Adam bimbang.

“Kita jumpa, boleh tak?” dalam nada yang sedih, Arina berusaha juga untuk bercakap. Walaupun mereka berdua baru sahaja berjumpa tetapi Arina mahu bersama Adam. Meluahkan apa yang dirasai saat ini.

“Baiklah. Nak Adam ambil sayang?”

“Tak perlu. Kita jumpa di tempat biasa,” kata Arina. Talian ditamatkan. Arina membuka pintu kembali dan dia terkejut Mikail masih di tangga itu. Dia gagahi juga untuk melalui tangan tersebut.

“Arina, kau nak ke mana malam-malam macam ni?” soal Mikail.

“Suka hati aku la.” Kasar Arina.

“Arina!” lantang suara Zahrah.

Kecut Arina mendengar namanya di panggil oleh Zahrah. Arina menjeling tajam ke arah Zahrah. Lama dia merenung wajah Zahrah. Kemudian Arina terus berlari dan meninggalkan villa tersebut.

“Maafkan anak mama, Mikail,” kata Zahrah.

Mikail hanya tersenyum. Dia sudah tahu rancangan Zahrah. Depannya Zahrah bagaikan manusia mulia. Mungkin pijak semut pun tidak mati. Tetapi apabila belakangnya, bagaikan manusia bertopengkan syaitan. Segala perbuatannya terhadap adik-adiknya, dia sudah tahu.

Mikail perlu merancang untuk membalas segala perbuatan dia pada adik-adiknya.

“Tak apa mama. Mikail faham. Mikail masuk bilik dulu ya?” Mikail meminta diri. Zahrah hanya mengangguk kepala. Mikail pula terus berlalu masuk ke dalam bilik.

Zahrah menuju ke dapur dan dia nampak kelibat Iraa, anak bongsu keluarga ini. Syaitan mula membisikkan kata-kata hasutan.

“Apa lagi Zahrah, kau nampak anak tiri kau tu. Dera la!” bisikan syaitan.

Zahrah tersenyum. Dia melangkah menghampiri Iraa yang sedang minum air.

“Oi Iraa!” panggil Zahrah dengan kasar.

“Mama...” Iraa tersentap. Dia berpaling ke arah suara itu.

“Kau buatkan aku air. Aku nak hot chocolate. Sekarang!” arah Zahrah. “Buat tu sedap-sedap sikit!” Zahrah bersandar di almari dapur.

“Baiklah mama,” jawab Iraa. Dalam hatinya berdebar hebat. Dia bimbang Zahrah mengamuk. Penuh berhati-hati dia membuat air yang diminta oleh Zahrah.

“Ini airnya mama.” Akhirnya Iraa dapat menyiapkan airnya. Tangan Iraa terketar-ketar menghulurkan air itu pada Zahrah.

Zahrah mengambil huluran tersebut dan dia sengaja menumpahkan air itu.

Pang!

Bunyi kaca pecah. Rupanya mug yang dihulur oleh Iraa jatuh lalu tertumpah pada lantai.

“Iraa!” jerit Zahrah kegeraman. Padahal Zahrah sengaja menjatuhkan mug tersebut. “Kutip ni semua!” arah Zahrah dengan nada yang tinggi.

Iraa duduk. Perlahan-lahan dia mengutip serpihan mug tersebut. Zahrah pula berasa geram lalu menolak kepala Iraa dengan kasar.

“Lembab! Cepat sikit kutip tu!” marah Zahrah.

Tiba-tiba Mikail muncul.

“Mama, kenapa ni?” Terkejut melihat apa yang berlaku di dapur.

“Mikail, Iraa jatuhkan mug ni. Dia terus menangis pula tengok mug ni jatuh. Mungkin terkejut. Dia ingatkan mama akan marah dia.” Jelas Zahrah.

Mikail menghampiri Iraa. Air mata Iraa dilihatnya.

“Mama nak tolong kutip, dia tak bagi.” Sambung Zahrah lagi.

Iraa memandang Mikail dengan pandangan simpati. Dia mengharap Mikail faham apa yang berlaku. Mikail hanya mengangguk.

“Mama pergi berehat dulu. Biar Mikail yang uruskan semua ni.” Pinta Mikail.

“Terima kasih Mikail.” Zahrah terus meninggalkan ruang dapur itu.

“Iraa, okey?” soal Mikail.

Makin galak air mata Iraa mengalir. Dia terus memeluk abang kandungnya itu. Menangis semahunya di bahu lelaki itu.

“Sudahlah tu. Jangan menangis Iraa. Sabarlah. Abang akan fikiran cara terbaik untuk atasi Zahrah.” Mata Mikail bersinar. Dia mengharap semua yang berlaku ini akan berakhir.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku