Isteriku Romantik
Bab 14
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 November 2012
lkatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
11771

Bacaan






Mikail berasa pelik. Pagi tadi Mikail ke rumah Hanna dan meletakkan bunga serta kad istimewa untuk gadis itu. Sebaik sahaja Hanna keluar dari rumah, dia mengambil bunga tersebut dan terus masukkan dalam tong sampah di luar rumahnya. Siapa yang tidak panas hati...

“Ish! Dia tak suka bunga ke? Bukan dulu masa sekolah dia sukakan bunga? Dia bagi aku bunga kan?” terlalu banyak persoalan. Tak kan manusia berubah.

Mikail masih termenung. Awal pagi dia sudah berada di depan rumah Hanna. Jam 7 pagi. Hampir dua jam lebih dia menunggu Hanna keluar dari rumah. Entah-entah perempuan itu bangun lambat. ‘Anak dara apa ni?’

Mikail menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa yang dia nak buat hujung minggu seperti ini?

Tanpa dia sedari dia sudah berada di The Mall.

“Mikail...” sapa Zyla.

“Zyla.” Mikail terkejut. “Ke mana sahaja aku pergi, mesti ada kau. Kau ekori aku ke?” soal Mikail.

“Memang pun. Aku ekori kau.” Selamba Zyla mengaku. “Jom Mikail, teman aku makan.” Zyla sudah memeluk lengan Mikail. Pantas Mikail menolaknya. Rasa geli pula.

“Zyla, kau ni kenapa?” soal Mikail.

“Kau tak tahu lagi ke yang aku suka kau. Nak kahwin dengan kau.” Zyla berterus terang.

“Biar aku bagitau kau. Aku tak suka kau. Sikit pun tak ada dan aku suka Hanna” Jelas Mikail. Dia masih menolak tangan Zyla yang begitu aktif memegang lengannya.

“Tolonglah Zyla!” tinggi suara Mikail. Dia benar-benar rasa rimas. “Tolonglah...” Suara Mikail rendah kembali.

Mikail meninggalkan Zyla sendirian. Zyla berasa geram. Dia mahu ke rumah Hanna dan selesaikan masalah ini juga.

****

Hanna baru sahaja sampai di rumah. Jam menunjukkan pukul 7.45 malam. Dia tidak menunaikan solat maghrib lagi. Pantas dia membuka pintu pagar rumahnya untuk masukkan kereta.

Belum sempat Hanna masuk ke dalam kereta semula, ada seseorang menyapanya.

“Hey perempuan!” Zyla memanggil Hanna. Geram sungguh dia apabila mengetahui yang Mikail melayan Hanna melebihi apa yang Mikail buat padanya.

“Cik Zyla! Ada apa datang rumah saya? Penting ke?” Soal Hanna. Dia mengerling sekilas jam di pergelangan tangan kirinya. Alamak! Sudah pukul 7.45. Aku tak solat lagi ni. Harap-haraplah minah cepat-cepat pergi.Doa Hanna di dalam hati.

“Kau memang kurang ajar!” serang Zyla. Kasar sungguh cara Zyla bercakap dengan Hanna.

Tiba-tiba sahaja Zyla mengamuk. Disampuk hantu ke minah ni? Sudahlah waktu maghrib. Desis hati Hanna. Dia cuba bersabar.

“Apa yang kurang ajarnya? Walaupun mak saya tu tak sihat tapi saya rasa masa dia sihat, dia ajar saya dengan baik sekali.” Hanna membalas kata-kata Zyla dengan berani. Apabila teringat Halimah hatinya berasa sedih.

‘Bilalah mak nak sembuh. Aku harus bersabar lagi.’ Hanna berkata dalam hati untuk kuatkan diri.Tiba-tiba Zyla menolak tubuh Hanna sehingga dia jatuh kerana dirinya tidak bersedia.

“Aduh!” tangan kiri Hanna tergeser atas tar jalan di depan rumah sewanya.

“Kau ni dah melampau!” serta-merta Hanna dihambat rasa marah yang muncul entah dari mana entah. Dia cuba bersabar walaupun marah. Hanya saya sudah bertukar kepada aku.

“Kenapa kau nak dekat-dekat dengan Mikail. Kau dah tak kerja jual insurans kan? Yang kau masih berjumpa dengan Mikail tu, kenapa? Nak menggatal kan?” bebel Zyla.

Hanna hanya senyum sinis.

“Sebabkan lelaki kau tolak aku jatuh macam ni sekali. Kau memang gila!” geram Hanna.

Zyla kini bertambah berang.

“Dia tak layak untuk kau! Kau faham tak?” tiba-tiba Zyla menengking.

Hanna cuba menahan diri dari mengeluarkan kata-kata pedas tetapi tidak berjaya.

“Dia tu yang cari aku. Bukan aku yang cari dia. Untuk pengetahuan kau wahai Cik Zyla Monica. Sikit pun aku tak ada hati pada lelaki yang bernama Mikail Islam tu! Sebab... Mesti kau nak tahu sebab dia kan? Sebab aku dah ada orang yang aku suka!” Geram Hanna.

“Kalau kau nak, aku boleh bagi kat kau. Bila-bila masa pun boleh. Kau nak sekarang ke? Aku tahu yang kau ni gelojoh kan? Kau pergilah ambil. Pergilah!” kata Hanna lagi. Tangan Hanna sengaja dikibaskan seperti menghalau Zyla.

Zyla mahu memberi tindak balas dengan kata-kata Hanna tetapi tidak sempat sebab Hanna terlebih dahulu bercakap.

“Dahlah! Aku malaslah nak layan perempuan macam kau. Tak ada faedah langsung! Memang buang masa. Okey, aku dah lambat nak sembahyang ni. Harap kau gembira apa yang aku katakan tadi.” Hanna terus berlalu.

Zyla mengetap bibirnya. Dia langsung tidak menyangka Hanna yang kelihatan lembut itu boleh mengeluarkan perkataan kasar seperti itu. Berani membalas segala kata-katanya. Menderu nafas Zyla menahan rasa marah.

Zyla merenung tajam belakang Hanna yang masuk ke dalam kereta dan terus masuk ke dalam rumah. Dendamnya masih bersarang. Dia tahu yang dia perlu melakukan sesuatu supaya Mikail membenci gadis itu. Dia juga tidak akan sesekali tenang jika lelaki itu terus mengejar Hanna. Rancangannya akan gagal. Dia perlu bertindak untuk melangsaikan dendamnya walau dengan apa cara sekalipun!

“Gila rupanya pelanggan insurans aku seorang ni.” Keluh Hanna. Dia menggantung kunci kereta di tempat penyangkut kunci.

“Lebih baik aku pergi mandi dan solat. Lepas tu boleh jenguk Mr.Gangster yang di sayangi itu.” Hanna tersenyum manis. Rasa selesa dapat mandi.

“Mak, Hanna sayang mak.” Air mata Hanna mengalir.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku