Isteriku Romantik
Bab 17
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 November 2012
lkatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain.
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
11104

Bacaan






Selepas dua bulan peristiwa Mikail melihat Hanna bersama lelaki lain, dia menjadi seorang yang serius dalam semua perkara termasuk perkara berkaitan dengan keluarganya. Iraa dan Syaa pun tidak berani menegur abangnya kecuali Mikail sendiri menegur mereka.

“Okey, papa dah ada dalam kereta?” soal Mikail dengan nada yang serius.

“Ya, tuan.” Kata pekerjanya.

“Hmm, Iraa dan Syaa betul tak nak ikut abang?” soal Mikail. Sebentar tadi dia berbual dengan Zahrah dan wanita itu menyatakan yang Iraa dan Syaa tidak mahu mengikutnya.

Pantas Iraa menjawabnya. “Mestilah kami akan ikut. Nak juga tengok tempat papa tinggal nanti.”

Zahrah menjeling tajam arah Iraa. Iraa agak berani sedikit dengan Zahrah berbanding Syaa.

“Syaa pula?” kini pandangan jatuh pada Syaa.

“Nak ikut...” kata Syaa.

“Cepatlah! Masuk dalam kereta.” Arah Mikail. “Mama, kami pergi dulu. Mama jaga rumah ya? Kami pergi ni.” Mikail terus berlalu masuk ke dalam kereta juga.

“Hati-hati memandu tu.” Kata Zahrah tersenyum sambil melambaikan tangannya.

Tiba-tiba senyumannya hilang bersama kereta yang semakin menjauh itu. Zahrah mula rasa tidak tenang. Keputusan Mikail membawa Sazulee berubat secara tradisional di sebuah kampung membuatkan dia tidak dapat berbuat apa-apa.

“Tak apa, aku fokus pada Mikail dan Arina dulu. Si Sazulee tu biar dulu. Kalau dia sembuh pun bernasib baik sahaja.” Zahrah cuba duduk dengan tenang di atas sofa yang empuk di ruang tamu.

Otaknya ligat berfikir rancangan untuk satukan Mikail dengan Arina.

“Apa yang perlu aku lakukan?” Zahrah bangun dan menuju ke bilik Sazulee yang sudah tidak berpenghuni. Segala ubat-ubat yang dibeli oleh Zahrah ditinggalkan.

“Sazulee baru makan ubat ni dua bulan lebih. Boleh diselamatkan lagi ke?” Pantas Zahrah mengambil semua ubat tersebut lalu buang. Dia bimbang suatu hari nanti Mikail akan mempertikaikan dan menjadi kes polis. Cukuplah dia pernah masuk penjara selama beberapa bulan atas tuduhan ada niat membunuh suaminya yang pertama, Reduan dan dia bernasib baik kerana di lepaskan oleh mahkamah selepas proses perbicaraan..

Reduan pula yang dimasukkan dalam penjara atas kesalahan cuba mencederakan isteri. Dia sendiri tidak pasti berapa tahun Reduan dipenjarakan. Dia tidak mahu ambil tahu.

Fikiran Zahrah melayang jauh saat dia bersama Reduan.

“Abang...” panggil Zahrah.

“Aku cakap, aku nak duit! Kalau kau tak bagi aku duit, aku buat kau jadi pelacur. Kau nak?” tengking Reduan.

“Saya benar-benar tak ada duit, abang!” Zahrah juga tidak boleh bersabar dengan sikap suaminya itu.

Pang!

Pipi Zahrah di tampar kuat. Zahrah rebah. Kepalanya terasa pening.

“Kalau kau tak nak jadi pelacur. Aku ambil anak kau!” Reduan menarik tangan Arina yang berumur 10 tahun ketika itu.

Arina menangis.

“Aku benci kau!” entah dari mana semangat Zahrah kumpul. Dia mengambil tabung ayam yang penuh dengan duit syiling itu lalu dihentak kuat pada kepala Reduan saat lelaki itu berpaling darinya.

Reduan terus pengsan. Zahrah bertindak melarikan diri dan menuju ke balai polis. Apa nak jadi, jadilah!

Tiba-tiba telefon bimbit Zahrah berbunyi membuat ingatan pada masa lalu luput. Lantas dia mengelap air mata yang mengalir.

“Aku bukan Zahrah yang dulu. Lemah dan senang di buli. Sekarang aku, Zahrah yang mempunyai segala-galanya.” Katanya lagi

Zahrah menjawab panggilan itu. Suami yang menghubunginya.

Hello darling...” manja sekali suara Zahrah.

Zahrah, I want to tell you something.” Kedengaran serius suara Hazama. “She wants to kill you.”

What?” Zahrah terkejut. Bekas isteri Hazama mahu membunuhnya. ‘Apa yang perlu aku buat ni? Larikan diri? Tapi di mana?’ Zahrah sememangnya mengenali bekas isteri Hazama.

It's better for you to come here...” Hazama berkata lagi.

Okay.I'm coming right now.” Zahrah bersiap-siap dan menuju ke tempat biasa dia berjumpa dengan Hazama. Masalah lain pula yang datang. Zahrah mengeluh.

*****

Selama dua bulan berkenalan dengan Adi, Hanna bagaikan lupa pada M. Jarang sudah dia membuka facebook Mr.Gangster.

Tiada lagi M, dia selesa bersama Adi.

“Adi ni, patutnya hujung minggu macam ni cuti tapi Adi menghilang pula. Hadi pergi mana?” soal Hanna ketika mereka makan tengah hari bersama di rumah kakak angkat Adi yang mempunyai anak kembar tiga yang Adi ceritakan dulu.

Mereka berdua sedang membakar ikan.

“Adi pergi kahwin.” Gurau Adi. Dia ketawa mengekek sambil membalik-balikkan pemanggang itu.

Bau ikan bakar semakin kuat mencucuk hidung Hanna.

“Pergi kahwin tak ajak kita.” Hanna mula mahu menunjukkan sikap sebenarnya apabila berada dengan orang yang disukai.

“Yalah! Pergi majlis kahwin kawan. Hanna tak kenal, tak kan Adi nak bawa.” Adi masih dalam mood gurau telah membuat Hanna berasa geram.

Hanna menjeling tajam pada Adi.

“Sorry. Lain kali Adi tak buat lagi, ya sayangku.” Adi juga pandai romantik buat Hanna lagi rasa selesa dengan lelaki itu.

Hanna mengulum senyuman mendengar kata-kata Adi itu. Muka Adi yang berpeluh-peluh itu direnungnya seketika.

Wajah itu cukup berbeza saat dia bertemu dengan lelaki itu semasa pertemuan pertama. Wajah itu pucat dan tidak bermaya. Sekarang berbeza. Wajah itu sentiasa di seri dengan senyuman yang ikhlas dan penuh kejujuran.

“Hey Hanna! Masih ada dalam dunia nyata?” soal Adi.

“Adi ni tak habis-habis berguraunya.” Hanna tersenyum lebar. Adi memang seorang lelaki yang suka bergurau tapi Hanna layan sahaja.

“Adi suka dengan Hanna. Boleh tak Hanna jadi isteri Adi?” tiba-tiba Adi bertanya seperti itu. Pandangan lelaki itu dibiarkan di pemanggang ikan.

Darah Hanna tersirap. Wajah Adi yang agak gelap sedikit itu direnungnya lama-lama. Mendengar perkataan isteri itu, dia bagaikan disengat tebuan yang berbisa.

‘Aku kahwin dengan Adi?’

“Apa Adi cakapkan ni?” Hanna cuba menyembunyikan gelodak rasa yang mula bergelora dalam hatinya.

“Adi cakap, sudi ke Hanna jadi isteri Adi?”

Lagi sekali hati Hanna tersentap.

“Sudi kot...” Hanna cuba menjawabnya meskipun ada getar rasa yang aneh dalam hatinya.’ Kenapa aku rasa macam ni? Makin kuat pula perasaan ni.’

“Tapi...” Adi bersuara ragu-ragu. Dahinya berkerut.

“Tapi apa?” tanya Hanna merenung wajah lelaki yang dalam diam mencuri perhatian cintanya.

“Saya rasa...”

“Rasa apa?”

“Saya rasa yang Hanna ni tak pandai masak.” Kata Adi sambil ketawa girang. Sebenarnya dia gembira jika Hanna betul-betul menerima lamarannya.

Hanna termangu-mangu kebingungan. ‘Tiba-tiba sahaja sebut pasal tak pandai masak ni.’

Adi hanya tersenyum manis, memandang Hanna dengan membeliakkan matanya itu. Baru Hanna sedar yang mulut Adi sudah penuh dengan ikan yang dibakar mereka tadi.

“Mana boleh makan la. Nanti kak Qa marah.”

“Makan aje, kak Qa tak nampak pun. Adi boleh tolong suapkan.” Serentak itu Adi menyuakan secubit ikan bakar ke mulut Hanna.

Tanpa berfikir panjang, Hanna membuka mulutnya lalu mencicip ikan yang disuapkan oleh Adi.

“Hmmm, sedap juga.” Puji Hanna. dia cuba menyembunyikan rasa bahagi yang mula hadir ke dasar hatinya.

“Tengok tangan siapa yang membakarnya. Secukup rasa tau masaknya. Rata dan saksama.”bangga Adi.

“Rata tu sesuai tapi saksama ni...” panjang nada Hanna. “Macam nak tegak kan keadilan pula.” Kata Hanna sambil ketawa.

Adi juga turut ketawa.

Mereka berdua bahagia.

“Betul Hanna terima lamaran Adi?” soal Adi. Ketawa Hanna terhenti. ‘Adi ni suka tau serius tiba-tiba. Memang sikap dia macam ni ke?’ teka Hanna sekadar dalam hati.

“Tunggu saya fikirkan.” Hanna tersenyum.

“Dah siap ke bakar ikan tu?” tegur Kak Qa.

Kehadiran Kak Qa mengejutkan mereka berdua.

“Dah siap Boss!” gurau Adi lagi. Kak Qa hanya tersenyum sahaja.

“Hanna, akak minta tolong hidangkan ikan bakar ni ya?” pinta Kak Qa.

“Baiklah.” Hanna terus bangun dan mengikut langkah Kak Qa.

“Hah kamu, Adi. Kemas arang tu. Nanti kita dah boleh makan sama.” Arah Kak Qa.

“Yes Boss!!” lagi sekali Adi buat gaya yang sama.

Hanna yang melihatnya hanya mampu menahan gelak sahaja.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku