Isteriku Romantik
Bab 18
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 November 2012
lkatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain.
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
11479

Bacaan






Mikail termenung lama. Rindunya pada Hanna begitu menggunung. Walaupun dia tidak lagi membuka Facebook Mr.Gangster lagi, dia yakin akan banyak komen dari Hanna. Tanpa Mikail sedari, Hanna tidak lagi menghantar komen pada facebook Mr.Gangster. Jika Mikail tahu, pasti bertambah kecewa hatinya.

Hujan yang lebat direnungnya dari jendela yang dibuka luas. Deruan angin yang kuat dan dentuman kilat tidak mampu menarik minat Mikail untuk menutup jendela itu.

Walaupun kedinginan mula terasa, Mikail masih setia merenung kampung yang menjadi tempat Sazulee berubat. Malam semakin melabuhkan tirai. Esok mereka bertiga akan pulang. Tinggallah Sazulee untuk berubat.

Akhirnya Mikail menutup jendela biliknya. Hujan masih menderu dan tiada tanda-tanda mahu berhenti. Dia menuju ke katil.

Sebelum Mikail berbaring, dia menguap sambil menggeliat. Matanya sedikit berair. Dia pun terus berbaring. Sudah dua bulan tidak bertemu dengan Hanna. Mesti dia sedang bahagia dengan lelaki itu. Wajah Hanna cukup ceria di pandangan matanya. Tidak pernah lagi dia melihat Hanna tersenyum manis seperti itu. Kali terakhir dia melihat Hanna menangis semasa ayahnya berkahwin lain.

“Kalaulah Hanna tahu hal sebenar, adakah dia akan bertambah kecewa dengan aku?” Mikail bertambah runsing. Dia tiada kekuatan untuk memberitahu Hanna hal sebenar. Biarlah dia kecewa seperti ini.

Mikail masih ingat ketika Hanna merayu pada lelaki yang menjadi pengantin pada hari itu. Merayu supaya jangan diheret ibunya seperti binatang. Air mata Hanna mengalir tanpa henti.

‘Itu kali pertama aku melihat Hanna menangis. Sungguh tersentuh hati lelaki aku ini. Yalah! Dia selalu gedik dengan aku. wajahnya sentiasa ceria. Ah! Aku rindukan Hanna. Kenapa sekarang baru aku rasa gila bayang sedangkan masa Hanna mengorat aku dulu, tak ada pula berperasaan begini.’ Mikail rasa tidak menentu.

Selepas letih berfikiran, mata Mikail menjadi semakin berat. Akhirnya dia terlena. Dia berharap, dia akan mimpikan Hanna yang sedang tersenyum manis padanya.

*****

Arina pergi berjumpa denga Zyla. Dia tahu sepupu Mikail yang seorang ini begitu meminati Mikail. Dia perlu beritahu hal sebenar.

“Mana kau tahu?”

“Aku tahulah, Zyla. Mama aku nak jodohkan aku dengan Mikail. Kau kena ambil tindakan sebab aku tahu yang kau sukakan Mikail.”

“Tak guna!” Zyla tidak dapat bersabar dengan apa yang diberitahu oleh Arina. “Kejap dengan Hanna, ini pula dengan kau, Arina.”

“Cepat-cepatlah kau kahwin dengan Mikail tu. Mama aku asyik desak aku goda-goda Mikail. Aku tahu apa dah jadi dengan Mikail sekarang. Lain macam je gayanya.” Adu Arina.

“Apa yang lainya?”

“Dia macam tak ada nafsu pada perempuan je. Serius memanjang.”

“Yeke? Tak pernah pula tengok dia macam tu.” Zyla mula berfikir.

“Tak kisah. Asalkan kau akan selesaikan masalah aku ni.” Arina terus berlalu lepas beritahu apa yang hendak disampaikan.

Zyla masih memikirkan Mikail. Dia sendiri buntu. Apa yang perlu dia lakukan? Dia benar tidak tahu.

“Qynyong...” panggil Zyla

“Ya, Zyla. Kenapa?” Khairul bertanya. Tanpa pengetahuan Mikail, Khairul sudah lama pulang ke Malaysia.

“Tolong saya ya?” pinta Zyla. Khairul hanya mengangguk kepala.

*****

Beberapa minggu kemudian...

Zahrah pulang ke villa lewat malam. Badanya benar-benar letih. Dia rasa hairan juga. Selalu ada pengawal di pondok mengawal tetapi tidak kelihatan.

“Lantaklah!”

Zahrah terus memanjat tangga untuk ke biliknya. Tiba-tiba villa yang cerah dengan lampu kini gelap gelita. Zahrah tersentap dan cuba bertenang.

“Mak cik Kiah! Mak cik Kiah kat mana?!” Zahrah memanggil orang gajinya. Senyap!

“Kamal! Kama!” Zahrah memanggil pula pengawal keselamatan. Tetap senyap dan tiada sahutan. Hatinya mula terusik dengan perasaan takut. Sememangnya dia tidak suka gelap.

Jika Zahrah mahu tidur, dia akan membiarkan lampu terpasang.

Dia terus memanggil nama mereka sambil meraba-raba dalam beg tangan untuk mengambil telefon bimbitnya.

“Jumpa!” Zahrah keluarkan telefon bimbitnya. Cahaya telefon itu suram.

Bertemankan cahaya dari telefon bimbit, Zahrah bergerak ke pintu utama lalu membukanya. Dia ingin meminta bantuan pengawal. Puas dipanggil tetapi tiada sahutan.

“Mesti Kamal tidur. Memang nak kena ni.” Zahrah membebel seorang diri di dalam gelap.

Kreeekkk!

Kedengaran kuat bunyi pintu yang dibuka. Kesunyian villa itu dirasai oleh Zahrah. Cukup menyeramkan. Matanya meliar memandang sekeliling halaman rumahnya.

Hati Zahrah berdebar hebat apabila ternampak sesuatu yang berwarna putih sedang melompat di depan keretanya.

Pantas Zahrah menutup kembali pintu rumah itu. Dia bersandar di pintu. Jantungnya berdenyut laju. Matanya meliar memandang sekeliling ruang tamu rumah. Manalah tahu ada sesiapa di dalam villa ini tetapi ternyata hampa.

Perasaan takut mula bermaharaja di dalam hati dan fikiran Zahrah.

Selama dia hidup, dia tidak pernah berjumpa dengan makhluk-makhluk ghaib seperti hantu. Fikirannya bercelaru. Dia sudah fikir bukan-bukan.

‘Mana Mikail, Syaa dan Iraa? Dia orang kata pulang hari ini.’ desis hati Zahrah. Mikail ada kata yang dia akan tinggal di tempat Sazulee berubat beberapa minggu dan pada masa yang sama Syaa dan Iraa cuti semester.

“Kenapa aku tak call dia orang je? Ish!” Zahrah marah pada dirinya sendiri. Perasaan yang bercelaru itu, Zahrah cuba mencari nombor telefon Mikail tetapi tangannya menggigil.

“Mana ni?!” nada Zahrah mula tinggi.

Tiba-tiba ada sesuatu lembaga di sofa yang sedang berdiri di ruang tamu. Zahrah nampak begitu jelas lembaga putih itu. Telefon bimbitnya terus terlepas dari tangan. Dia terduduk dan bersandar pada pintu.

Zahrah pejamkan mata seketika. Apabila dia membuka kembali, lembaga itu sudah tiada di situ. Makin kuat hati Zahrah berdebar. Peluh mula mengalir.

Lama juga Zahrah bersandar pada pintu itu. Dengan kudrat yang ada. Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke tangga. Belum sempat dia naik ke tangga pertama. Ada satu tangan memegang bahu kanannya pula. Zahrah terkaku. Wajahnya makin pucat.

Dia dalam dilema sama ada mahu memandang belakang atau tidak. Tanpa dia sedari, tangan itu tiada lagi di bahunya. Zahrah tidak jadi untuk berpaling. Dia terus berlari masuk ke bilik. Dia cuba membuka pintu biliknya tetapi tidak boleh.

“Siapa pula yang kunci bilik ni?” Zahrah semakin cemas.

Tiba-tiba dia perasan yang ada sesuatu yang berlompat-lompat di belakangnya. Zahrah terasa mahu pengsan saat itu tetapi dia tidak mahu kalah dengan perasaannya. Dia pun terus berlari masuk ke bilik tamu yang sememangnya berada bahagian hujung.

Sebaik sahaja pintu dibuka, Zahrah terburu-buru menutup kembali pintu lalu menguncinya. Zahrah menarik nafas lega. Apabila dia berpaling untuk berbaring atas katil, seseorang yang mukanya putih sangat rapat dengan Zahrah.

“Arrgggghhhh!”Zahrah menjerit sekuat hati lalu pengsan.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku