Isteriku Romantik
Bab 19
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 November 2012
lkatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain.
Penilaian Purata:
(8 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
11046

Bacaan






Hati Hanna berdebar-debar untuk membawa Adi berjumpa dengan ibunya, Halimah. Apalah pandangan Halimah terhadap Adi. Tapi dia bersyukur. Adi pandai melayan ibu dan ibu suka pada Adi.

“Terima kasih Adi.” Ucap Hanna. Tidak pernah dia nampak Halimah begitu gembira.

“Adi memang nak kahwin dengan Hanna. Jadi, kalau nak kahwin dengan Hanna, kena kahwin dengan keluarga Hanna juga. Kena terima seadanya.” Lembut kara-kata Adi. Hanna rasa lega sangat.

“Terima kasih Adi.” Lagi sekali Hanna ucap. Sebagai perempuan yang tidak pernah mendapat perhatian dan kasih sayang dari sesiapa, rasa sangat gembira. Sejak Halimah sakit, dia sendirian. Menghadapi hidup yang penuh dengan dugaan ini sendiri. Dia tidak kuat, tapi kerana ada yang masih sudi memberi secebis kasih sayang membuat Hanna terus bertahan.

“Berapa kali terima kasih la Hanna ni? Masih tak tahu ke kasih Hanna tu dah lama Adi approve.” Gurau Adi.

Hanna ketawa kecil.

“Ingat facebook ke nak kena approve?” kata Hanna sambil tersenyum. Makin lama senyumannya menjadi pudar. Dia teringat seseorang. Facebook seseorang. Lama dia tidak menjenguk facebook M, Mr. Gangster. Tiba-tiba ada perasaan rindu pada lelaki yang botak itu. Disebabkan M, dia suka melihat lelaki yang botak. Dia mesti sangkakan itu M. Botak dan gelap sedikit warna kulitnya. Tidak mungkin Hanna melupakan M.

Dia teringat masa mula-mula dia berjumpa dengan M.

“Aku dah lambat ni? Pergi tandas!” kata Hanna. Memang sudah menjadi kebiasaannya ke tandas sebaik sahaja waktu rehat tiba.

Hanna berlari dengan tergesa-gesa sehingga dia tidak sedar yang dia sudah terlajak satu tangga ketika menuruni tangga di situ.

Semua perkara berlaku dengan sekelip mata dan begitu juga dia berada dalam pegangan seorang lelaki botak. Pegangan lelaki itu di lengannya terasa kukuh.

Apabila lelaki botak itu yakin yang Hanna sudah boleh berdiri dengan stabilnya, dia pun melepaskan pegangan itu.

Wajah lelaki itu sangat serius. ‘Nak tengok senyuman pun payah. Dia tak sedar ke yang aku ada senyum pada dia. Kalau ya pun, balaslah senyumanku ini wahai mamat botak.’ Desis hati Hanna.

Lelaki itu adalah M. Kenapa M? Sebab semasa Hanna jatuh tangga di blok M. Maka, dia gelarkan lelaki itu M dalam diam.

M lepaskan lengan Hanna lalu tangan itu di masukkan dalam kocek seluar. Dia ingin berlalu ke tandas lelaki.

“Tunggulah botak!” selamba Hanna panggil begitu pada M.

M terkejut mendengar suara Hanna.

“Kau rupanya?” Kata M.

“Kenapa dengan aku?” Hanna sedikit keliru.

“Sebab kau aku kena botak kan rambut di perhimpunan tadi.” Marah benar M pada Hanna.

“Aku?” Hanna menunjukkan jari telunjuknya pada batang hidungnya.

“Sudahlah!”

M terus berlalu.

Hanna pula baru teringat yang M dibotakkan kepala kerana warnakan rambut. ‘Warnakan rambut?’ Hanna cuba berfikir tetapi buntu sehingga sekarang dia masih tiada jawapan.

Wajah Hanna kelat.

“Hanna okey?” soal Adi. Dia terasa pelik sebab Hanna diam begitu lama.

Hanna kembali ke dunia realiti. Dia perlu lupakan M untuk kehidupan dan masa depan yang pasti.

“Hanna okey. Adi okey tak?” Hanna tanya semula. Hanna cuba kembali ceria.

“Adi okey.” Jawab Adi sambil fokus pada pemanduannya. “Hanna...” panggil Adi.

“Ya...” sahut Hanna.

“Terima kasih. Adi suka jumpa dengan mak Hanna. Sejak kecil lagi Adi tak ada mak. Bila mak Hanna peluk Adi tadi, Adi bagaikan terasa kasih sayang seorang mak meresap dalam tubuh Adi.” Jelas Adi. Dia benar-benar terharu. Air mata yang hampir menitis, dilapnya.

Pertama kali melihat seorang lelaki menangis hanya kerana kasih sayang seorang ibu. Sungguh penyayang Adi.

Hanna tersenyum.

“Tapi kan Adi, ayah Adi kan ada.” Kata Hanna seperti memujuk.

“Ayah Adi? Dia sibuk bekerja dan kerja sahaja. Sekarang sibuk kahwin.” Adi berkata tanpa perasaan.

“Dia sibuk sebab nak cari rezeki untuk Adi juga kan?” Hanna masih mood memujuk. Dia tidak mahu Adi bersangka buruk pada ayahnya sendiri. Begitu juga untuk diri Hanna. Dendam pada ayah hanya akan hilang apabila Halimah sudah sembuh. Itu sahaja harapannya.

“Hanna, Adi rasa hidup Adi begitu bermakna lepas jumpa dengan Hanna.” luah Adi. Perasaan sayang dan cinta ini wujud apabila Hanna rajin melayan segala yang dilakukannya.

Hanna hanya diam. Dia hanya mampu hadiahkan senyuman manis. Hatinya berbelah bagi dengan cinta monyetnya iaitu M dan sekarang Adi, sedikit sebanyak cinta Adi masuk ke dalam hatinya.

Mereka meneruskan perjalanan.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku