Isteriku Romantik
Bab 21
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 November 2012
lkatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain.
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
11483

Bacaan






Sudah beberapa hari berlalu sejak Halimah masuk ke hospital. Hanna mengalirkan air mata kesyukuran apabila ibunya sembuh dari penyakit gila. Halimah menghentakkan kepalanya pada dinding kerana sudah mengabaikan satu-satunya anak yang dia ada. Dia benar-benar menyesal.

“Maafkan ibu, Hanna.” Halimah tidak putus meminta maaf pada Hanna. dia benar-benar rasa bersalah. Bertahun-tahun dia membiarkan Hanna hidup sendirian. Tabah sungguh hati anaknya. Air mata makin laju mengalir.

“Ibu tak layak untuk jadi ibu Hanna. Ibu ni ibu tak bertanggungjawab. Biar ibu mati je.” Halimah terus rasa bersalah.

“Tak ibu. Jangan mati! Ibu tetap Hanna sayang.” Hanna memeluk tubuh Halimah. Dia tidak mahu fikirkan masa lalunya. Dia cuma harap ibu ada disisinya. Dapat menabur bakti pada ibunya yang semakin tua.

“Ibu pun sayang Hanna.” kata Halimah sambil membalas pelukan Hanna. Adi yang melihat hubungan ibu dan anak yang akrab membuat air matanya mengalir. Dia juga rindukan belaian kasih seorang ibu tetapi dia tiada keistimewaan itu.

Adi keluar dari bilik wad tersebut. Membiarkan Hanna dan Halimah meluahkan perasaan masing-masing.

Selama ini Adi hidup dalam kesederhanaan. Tidaklah kaya sangat dan tidak pula miskin sangat. Semuanya cukup kerana sikapnya yang ingin menjadi orang yang kebanyakan.

Sejak dia berjumpa dengan Hanna, dia nampak kasih sayang seorang anak terhadap ibunya begitu mendalam.

Adi duduk di taman yang ada di hospital tersebut. Mendongak memandang awam yang gelap. Hanya diterangi oleh bulan yang sentiasa bercahaya.

‘Aku tiada ibu. Ibu tinggalkan aku kerana lelaki lain. Sejak itu aku benci pada perempuan yang bermuka-muka tetapi sejak bertemu dengan Hanna, diri aku lebih ceria. Tindakan aku menjual kedai buku itu adalah takdir ALLAH SWT supaya aku bertemu semula dengan Hanna. Ah! Adakah hidup ini begitu mudah?’ bisik hatinya. Dia sedang munasabah diri sendiri.

Sebentar tadi dia berjumpa dengan doktor peribadinya. Tanpa pengetahuan Hanna, dia ada penyakit tapi sudah menjalankan pembedahan dengan duit hasil penjualan kedai bukunya. Dia benar-benar bersyukur diberi peluang untuk terus hidup di sisi Hanna.

Adi tersenyum. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Melihat wajah ceria Hanna membuat ukiran senyumannya menjadi lebih lebar.

“Hanna, Adi akan pastikan Hanna menjadi milik Adi. Itu janji Adi.” Adi berkata.

“Janji apa tu Adi?” tiba-tiba Hanna muncul.

“Janji akan memiliki Hanna.” jawab Adi. Hanna tersentap.

“Adi...” Hanna ingin menjelaskan sesuatu.

“Tak payah cakap apa-apa. Hanna akan kahwin dengan Adi kan? Adi janji akan membahagiakan Hanna. Sehingga saat kematian Adi tiba pun Adi akan membahagiakan Hanna.” Adi tersenyum memandang Hanna yang duduk di sebelahnya.

“Adi...” Hanna serba salah. Apabila teringat solat istikharahnya, dia jadi dilema. Siapa sepatutnya menjadi pilihan hatinya?

“Hanna terima Adi kan? Please...” Rayu Adi.

“Tapi ibu Hanna kan baru pulih.” Hanna cuba memberi alasan. Tanpa Hanna sedari dia sudah bersetuju dengan lamaran Adi.

Adi tersenyu,. Hatinya gembira.

“Buat ala kadar je majlis nikah kita ya?” tiba-tiba Adi berkata begitu.

“Apa?” Hanna terperangkap.

“Nanti Adi beritahu ibu Hanna mengenai perkahwinan kita. Adi yakin ibu Hanna akan gembira.” Adi gembira. “Adi balik dulu. Minggu depan kita kahwin ya? Adi tidak sabar untuk memiliki Hanna.”

“Adi...” Hanna menarik lengan Adi yang mula bergerak ke tempat kereta.

Adi berpaling.

“Baiklah Hanna setuju tapi Hanna minta sedikit masa dan sila hormat Hanna. Hanna ada keluarga. Hanna harap Adi faham. Tambahan pula kita ada adat, Adi. Kan tak manis kalau kita tak buat dengan cara yang betul.” Kata Hanna bercelaru. Ayatnya tidak tersusun. Dia benar-benar tidak tahu mahu menjelaskan dengan cara apa.

“Hanna tak suka?” soal Adi. Dia menatap wajah Hanna yang seperti serba salah.

“Bukan!” pantas Hanna menyangkalnya. Biarlah dia berkorban untuk kehidupannya. Jika dia kena lupakan M, dia rela.

“Jadi?”

“Adi, tolonglah faham.”

“Baiklah. Nanti Adi hantar rombongan meminang ke rumah Hanna. okey sayang?” Adi cuba menarik pipi Hanna tetapi Hanna pantas mengelak.

Adi tersenyum lagi. Dia terhenti dan terus berpaling. “Adi balik dulu.”

Hanna dapat rasakan sikap pelik Adi. Macam terburu-buru mahu kahwin. Mahu kata umur sudah lanjut, tak pula sebab baru 28 tahun.

Hanna masuk semula ke dalam wad untuk menemani Halimah.

Wajah tua itu direnungnya. Dia benar-benar bersyukur yang ibu kembali pulih. Dia tidak akan kesunyian lagi.

‘Ini bermakna aku kena maafkan ayah. Tak apalah. Tak ada perkara yang menggembirakan dengan berita ibu sudah pulih. Dengan hati yang ikhlas, Hanna maafkan ayah. Tiada dendam dalam hati ini untuk ayah. Malah, Hanna doakan ayah bahagia dengan perempuan yang menjadi pilihannya.’ Hati Hanna benar-benar lega.

Akhirnya dia terlelap di sisi Halimah. Semoga hari esok ada kebahagiaan untuk mereka berdua.

*****

Zahrah tidak pulang ke rumah hampir berbulan-bulan sejak kejadian bertemu dengan hantu hari itu. Mikail tersenyum. Sedikit sebanyak hilang duka hatinya. Tiba-tiba dia rasa ada kerinduan untuk Hanna. Gadis yang lincah dan aktif itu.

Mikail teringat kisah mengenai Hanna. Kali pertama dia berjumpa dengan Hanna. Fikiran Mikail terus melayan terus ke peristiwa zaman persekolahannya.

*****

Mikail berada di sebuah kedai gunting rambut. Hasrat di hati mahu mengunting rambut yang panjang. Sudah banyak kali dia dikenakan tindakan disiplin kerana berambut panjang. Di asrama memang ada menyediakan perkhidmatan gunting rambut tetapi semuanya tidak bertauliah. Terpaksalah dia gunting di kedai gunting.

“Adik mahu gunting macam mana?” soal tukang gunting, Shell.

“Auntie Shell. Macam biasa ya? Gunting dan cuci sekali ya?” pinta Mikail.

“Kamu tak mahu fesyen lain ke?” soalnya lagi.

“Saya ni masih budak sekolah. Nantilah auntie.” Ramah Mikail.

“Okey.”

Sudah menjadi kebiasaannya dia akan terlelap dengan mudah jika ada yang membelai rambut atau kepalanya.

Mikail tertidur. Sebaik sahaja dia tersedar, dia terkejut ada perempuan lain yang sedang mengusik kepalanya. Dia yakin yang perempuan itu bukan pekerja di situ.

“Woi! Kau buat apa ni?” marah Mikail. Rambutnya masih ada buih. Buih syampoo kot.

Perempuan itu terus berlari keluar dari kedai tersebut. Saat itulah kali pertama Mikail bertemu dengan Hanna.

“Auntie!” jerit Mikail. Selepas rambutnya dicuci, dia amat terkejut dengan perubahan warna rambutnya.

“Auntie, apa sudah jadi dengan rambut saya?” soal Mikail. Warna rambutnya kini adalah warna hijau gelap. Apa dah jadi ni?

“Auntie pergi jawab panggilan tadi. Bila auntie kembali tengok rambut kamu sudah dicuci. Auntie terus bagi bersih.” Jelas Auntie Shell dengan rasa bersalah.

“Tapi auntie?”

“Auntie nak kamu bayar juga.” Kata Auntie Shell.

“Tapi ini bukan saya minta.” Balas Mikail. Saat itu duit yang ada sekeping not duit merah iaitu sepuluh ringgit.

“Nah, sepuluh ringgit. Selebihnya hutang.” Mikail terus keluar dari kedai itu.

‘Dah warna rambut ni, mana boleh buat sembahyang. Siapa punya kerja la buat aku macam ni?’ geram Mikail. Dia terpaksa senyap-senyap pergi ke bilik mandi untuk potong rambut tersebut.

Mikail memulas tombol bilik air tetapi ia dibuka dari dalam. Dia terkejut apabila terserempak dengan ketua pengawas yang kebetulan ada dalam bilik mandi tersebut.

“Mikail, kau warnakan rambut? Ini kes berat. Salah! Mari ikut aku ke rumah warden.” Ketua pengawas tersebut terus menarik lengan Mikail. Mikail tidak dapat berbuat apa-apa selain menerima hukuman tersebut. Rasa malas pula mahu membela diri. Orang bukan percaya kata-katanya.

“Mikail akan dikenakan hukuman potong rambut di perhimpunan. Tidak pernah sekolah kita menghadapi masalah disiplin macam ni.” Kata warden lelaki itu.

“Kenapa nak tunggu esok? Potong sahaja malam ni atau botakkan sekarang. Nanti saya tak boleh nak sembahyang. Sembahyang saya tak sah.” Kata Mikail. Bab sembahyang kena tegakkan. Mana boleh buat macam ni. Kejam!

“Kau selalu buat masalah, masih ingat nak sembahyang?” Laser ketua pengawas.

“Sembahyang tu aku dengan ALLAH. Kau tak layak nilai aku.” Mikail mula rasa marah. Sensitif apabila ditegur begitu.

“Berlagak baik. Kau dengan bapak kau tu sama je!” marah Ketua pengawas yang sememangnya tidak menyukai dia sejak dia berpindah ke asrama ini.

“Bapak! Bapak! Jangan sebut! Ini dah lebih!” Mikail terus menumbuk muka ketua pengawas itu.

Disebabkan tindakan itu dia dikenakan tindakan disiplin. Nasib baik tidak dibuang sekolah.

Keesokan dia dibotakkan di perhimpunan. Memang sadis!

*****

“Abang!” suara Iraa membuatkan ingatan Mikail pada zaman persekolahannya hilang. ‘Dengki betul pengawas tu dengan aku.’ Mikail menggelengkan kepala.

“Kenapa Iraa?” soal Mikail.

“Jom makan! Lapar!” ajak Iraa.

“Okey. Jom!” Mikail tersenyum. Senang hati apabila Zahrah tidak ada di rumah ini.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku