Isteriku Romantik
Bab 22
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 November 2012
lkatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
11556

Bacaan






Hanna termenung sendiri dalam biliknya. Perasaannya terusik dengan sesuatu. Terasa seperti waktu itu baru sahaja berlalu. Kerinduannya pada M begitu menikam kalbu. Seterusnya membawa kesayuan dan kesedihan yang terbenam jauh ke dasar hati. Segala memori dan kenangan mengenai M mendera jiwanya.

Sejak ibu menerima rombongan peminangan Adi, ingatan Hanna pada M semakin kuat. Rasa rindu di hati ini sememangnya sukar untuk dihilangkan. Dia terasa ingin merehatkan fikiran lalu melangkah ke arah jendela.

Tali vertical blinds Hanna tarik agar bilah-bilah langsir itu terbuka. Dia menghelakan nafasnya perlahan untuk mengurangkan kusut di fikiran. Dia menjenguk ke luar.

“Ah, malam ni cuaca mendung. Mungkin sekejap lagi hujan akan turun pula.”

Hanna melihat jam di dinding. Rupa-rupanya sudah pukul 12 malam.

“Eh, dah hujan!” kata Hanna.

Rintik-rintik hujan mulai turun membasahi bumi. Hanna masih setia memandang ke luar. Tiba-tiba matanya terpandang sebuah kereta Persona warna putih yang berada di depan rumah sewanya. Segera Hanna terbayangkan Adi.

‘Itu kereta Adi. Dia buat apa malam-malam datang sini. Dia tak tahu ke kita ni darah manis. Dah nak kahwin pun.’ Detik hati Hanna.

Pantas Hanna memakai tudung yang terletak di kerusi dan keluar dari biliknya. Halimah sudah lama dibuai mimpi.

“Adi, hujan tu! Kenapa datang malam-malam macam ni.” Kata Hanna. Dia mencapai dua kaki payung. Satu untuk digunakannya dan satu lagi untuk diberikan pada Adi.

Kini Adi sudah basah kuyup kerana hujan semakin lebat. Hanna sedikit cemas. Tubuhnya terasa dingin dengan tiupan angin yang agak kuat.

“Adi! Ambil payung ni!” lagi sekali Hanna berkata sambil hulurkan payung pada Adi. Hanya pintu pagar sahaja yang memisahkan mereka berdua.

Adi kaku dan hanya memandang wajah Hanna.

Hanna pun membuka pintu pagar dengan memegang payung di tangan kirinya. Adi masih tiada tindak balas. Akhirnya mereka berdua berdiri di bawah satu payung. Nasib baik payung tersebut sedikit besar.

“Adi, kenapa ni?” Suara Hanna agak keras kedengaran kerana hujan begitu lebat.

Adi hanya menggelengkan kepala.

“Hanna tak cintakan Adi ke?” persoalan itu ditanya oleh Adi dengan nada yang penuh dengan kesedihan di pendengaran Hanna. Dia terkaku. Mereka begitu rapat.

“Apa Adi cakap ni? Kita kan dah nak kahwin. Itu bukankah tanda Hanna cintakan Adi.” Hanna masih mahu berkias-kias dengan Adi.

“Sampai hati Hanna buat Adi macam ni. Adi betul-betul cintakan Hanna dengan sejujurnya.” Adi menjarakkan dirinya dengan Hanna sehingga hujan mengenai semula.

“Adi... Hanna... Hanna...” Hanna tidak dapat menjawab persoalan Adi.

“Adi tetap suka pada Hanna.” Adi masuk semula dalam keretanya dan berlalu pergi. Hanna tidak sempat menghalangnya.

Hanna masuk semula ke dalam rumah. Dia terus menuju ke bilik mandi untuk mandi supaya demam tidak singgah padanya.

Dentuman petir yang kuat telah mengejutkan Hanna dari terus teringatkan kata-kata Adi. Hujan semakin lebat di luar. Dia pun menutup vertical blinds sambil memutarkan bilah-bilah langsir itu agar bercantum dan menutup jendela.

Hanna duduk di birai katil. Pening kepalanya memikirkan sikap Adi. Desak dan mendesak sahaja. Kini, Adi memaksa untuk mencintainya.

Hanna pejamkan matanya seketika. Bayangan M menerjah fikirannya. Kepala M yang botak itu cukup menarik perhatiannya. Sejak kecil dia memang suka cari kelainan tentang fizikal seserang. Biasanya perempuan suka lelaki yang kacak dan berkulit putih. Tinggi dan potongan rambut yang kemas. Tetapi entah mengapa tiap kali dia memandang M, perasaan ingin disayangi dan di manjai begitu kuat dirasakan.

“M, aku akan berkahwin tak lama lagi. Biarpun kita tidak bersatu dalam hayat ini, aku tetap akan ingat kau dalam doaku. Aku doakan kau turut bahagia dengan pilihan hatimu.” Ada air mata yang mengalir di pipi Hanna. Dia harus melepaskan M. Berdosa besar jika dia menjadi isteri dan memikirkan lelaki lain.

Lagipun beberapa hari lagi dia akan diijabkabulkan.

“Biar aku disakiti, asalkan bukan aku yang menyakiti.”

Hanna membiarkan air matanya mengalir. Biarlah ini untuk kali terakhir dia menangis untuk lelaki itu.

*****

Mikail datang ke rumah Maya sempena majlis ulang tahun perkahwinan ayah saudaranya itu. Ada buat majlis kesyukuran.

Dari jauh dia melihat Maya tersenyum manis.

“Abang Islam...”

“Maya...” Mikail membalas senyuman adik sepupunya itu. “Kawan Maya, Hanna tu tak datang ke?” soal Mikail.

“Dah balik pun. Abang Islam datang lambat.”

“Cepatnya dia balik. Tak makan-makan ke?”

“Dia ada hal. Datang pun cuma nak bagi kad ni. Untuk abang Islam pun ada.” Kata Maya. Dia menghulurkan sekeping kad. Berdebar-debar hati Mikail mengambilnya. Dia bagaikan boleh menjangka apa yang ada dalam sampul surat tersebut.

Mikail tergamam sekejap. Tepat tekaannya. Itu adalah kad perkahwinan Hanna dan Adi. Riak wajah terkejutnya sukar untuk disembunyikan.

“Kenapa abang Islam?” soal Maya. ‘Lain macam je muka abang Islam ni. Kecewa ke?’ Maya ingin mengusik Mikail tetapi tidak jadi apabila makin muram wajah lelaki itu.

Mikail duduk seketika di ruang dapur. Dia merenung tajam kad yang berada di tangannya. ‘Akhirnya kau kahwin dengan orang lain, Hanna. Bagaimana dengan aku Hanna? Aku lelaki yang kau suka sejak zaman sekolah lagi. Begitu mudah untuk kau lupakan aku, Hanna.’ luluh hatinya.

Mikail kuatkan hatinya. Mungkin sudah takdir Hanna berjodoh dengan Adi. Dia tiada kuasa untuk menghalangnya.

“Semoga kau bahagia, Hanna.” Mikail meninggalkan kad tersebut di situ. Tidak akan sesekali dia pergi ke majlis itu. Dia tidak sanggup melihat Hanna bersama lelaki lain. Biarlah dia membawa diri yang lara ini.

“Abang Islam, cepatlah! Dah nak mula ni!” panggil Maya.

“Ya!” sahut Mikail dan terus menghampiri Maya.


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku