Isteriku Romantik
Bab 24
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 November 2012
lkatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain.
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
13421

Bacaan






Mikail Islam termenung memandang pantai yang terbentang luas. Dia berjalan seorang diri. Sendirian membuat dirinya lebih tenang. Dia membiarkan angin sejuk bertiup lembut mengusap tubuhnya. Pandangan Mikail tiba-tiba tertarik melihat batu-batu besar yang tidak berapa jauh dari tempat dia berjalan itu.

Dia menuju ke arah batu itu. Kemudian, dia sengaja merebahkan tubuhnya di atas batu sambil kakinya terjuntai ke bawah

Mikail berasa sedikit tenang. Pantai Berirama di Kelantan memang cantik. Walaupun ketika ini tidak ramai orang tetapi dia senang mendongak memandang awan yang cantik.

Mikail terbangun. Hatinya dipagut rasa sakit apabila teringat Hanna kini menjadi milik orang lain. Matanya merenung ombak yang mengganas menghempas pantai.

“YA ALLAH, aku tahu dan aku sedar apa yang aku buat. Biarlah aku ikut kata hatiku. Kalau betul Hanna ditakdirkan untukku, pasti suatu hari nanti KAU akan pertemukan aku dengannya. Aku tetap berharap.” Kata Mikail dengan rasa kecewa.

Dia melepaskan pandangannya ke laut lagi. Ombak bergulung datang dan pergi mengikut giliran tanpa mungkir. Itukah kewajipannya? Mikail Islam insaf.

Keindahan alam kadang-kadang membuat kita membuka minda tentang kekuasaan ALLAH dalam mencipta sesuatu itu.

Mikail melihat ombak yang mengapung dan membadai. Entah mengapa perlahan-lahan kakinya berjalan menuju ke laut. Tiba-tiba perasaan kecewa menyuntik diri. Sudah tiga hari berlalu sejak hari perkahwinan Hanna.

“Ah... Hanna. Kenapa kau tidak menyedari aku. Aku adalah cinta yang kau cari selama ini.” Langkah Mikail makin laju ke laut. Dia tenggelam.

Mikail menahan nafasnya dengan mata yang terpejam. Tubuhnya dibiarkan terapung di permukaan laut. Ada sedikit perasaan tenang. Dia berharap dapat berjumpa lagi dengan Hanna walaupun perempuan itu sudah menjadi milik orang lain.

“Gila ke?” ada satu suara berkata.

Mikail terasa dirinya dipaut oleh seseorang dan dibawa ke gigi laut. Dalam keadaan sedar itu, dia amat kenali wajah yang tiba-tiba muncul itu. Tubuh Mikail dirangkul dengan sekuat hati. Tenaga perempuan memang tidak mampu untuk membantu lelaki.

Pantas Mikail memejamkan semula matanya apabila perempuan itu memandang ke arahnya. Perempuan itu dudukkan Mikail di atas pasir sambil merangkul erat tubuh itu.

“Selamat ke Mikail ni?” Hanna bertanya sendirian. ‘Muka macam tak lemas je. Biar betul ni?’

Perlahan-lahan Mikail membuka matanya.

“Mikail Islam... Mikail Islam...” Panggil Hanna. Dia berasa lega melihat Mikail sudah sedar. Mikail pura-pura batuk. Pasti Hanna sudah tersalah sangka padanya.

“Awak nak mati ke?!” soal Hanna dengan kasar. Entah mengapa hatinya terasa sakit dengan perbuatan Mikail yang tidak menghargai nyawa sendiri.

“Siapa yang nak mati?” Soal Mikail dengan wajah yang penuh dengan keliru. Dia hanya biarkan sahaja rangkulan gadis itu. Terasa tenang hatinya apabila Hanna memperlakukan dirinya seperti itu.

“Bukan ke awak nak bunuh diri tadi?” soal Hanna pula. Baru dia sedar yang tangannya sendiri sedang melilit ke tubuh sasa lelaki itu. Dia baru sedar yang dia telah memeluk Mikail. Segera Hanna melepaskan rangkulan itu. Akibatnya Mikail jatuh rebah ke tanah pasir.

“Awak dah gila ke? Bunuh diri tu perbuatan dilaknati Allah.” Jelas Mikail bersahaja. Tanpa sedar, bibir Mikail mula menguntum senyum. Terasa yang dirinya penting tatkala itu.

“Tadi bukan nak bunuh diri la?” soal Hanna dengan wajah yang merah menahan malu. ‘Aku dah agak dah. Salah faham ni.’

Entah mengapa tiap kali berhadapan dengan Mikail, Hanna rasa malu sangat. Memandang wajah Mikail pun dia tidak sanggup. Hatinya berdebar-debar.

“Hanna, kenapa ni?” muncul pula Adi bersama jaket. Dia meninggalkan Hanna sendirian kerana mahu mengambil jaket di kereta. Pantas dia menyarungkan jaket itu di tubuh isterinya.

Mikail juga terperanjat. Dia hampir lupa. Pasti Hanna bersama Adi. Lelaki itu kan suaminya. Hatinya dipagut rasa cemburu. Melihat Adi menggenggam tangan Hanna.

“Sayang tak apa-apa?” soal Adi.

“Hanna okey, abang.” Jawab Hanna.

“Mari kita pergi!” ajak Adi. Dia tidak tahan melihat cara Mikail memandang Hanna bagaikan lelaki itu amat mencintai Hanna. ‘Hanna milik aku. dan pasti akan jadi milik aku selamanya. Dia tidak rela lelaki lain memandang Hanna begitu.’

“Mikail, awak jaga diri awak tu. Saya pergi dulu.” Hanna terus merangkul pinggang suaminya dan berjalan sepanjang pantai itu.

Mikail hanya mampu melihat kemesraan Hanna dengan Adi. ‘Aku yakin kau milik aku Hanna.’ bisik hatinya. Dia terus berbaring melepaskan lelah yang dirasakan amat berat. Biarlah dia berehat seketika di sini.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku