Hani dan Dato Z
Bab 13 B ; menyoal Pak Mat 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2013
Kahwin dengan Dato? Oh Pliz! Bagi bab 1,2,3,4 dan 5 telah diolah semula. Saya akan mula memadamkan bab-bab lama yang telah diolah. Bab lain saya hanya kemaskini sahaja bab yang ada kerana tidak melakukan olahan secara besar-besaran.Jadi anda boleh baca bab lain seperti biasa. Segala kesulitan amat dikesali.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
3997

Bacaan






Tahun 2006… bulan 3 tak silap saya….. masa itu.. Encik Hasdi ditukarkan ke sini oleh ayah Dato Z. Beliau dinaikkan pangkat sebagai pengurus projek kawasan utara… tak silap saya masa itu… Encik Hasdi baru 3 tahun bekerja dengan Mega Group… sebelum ini beliau bekerja hampir 5 tahun di sebuah Bank. 6 bulan beliau bekerja di sini.. memang Encik Hasdi benar-benar komited dan bekerja keras. Dia berjaya mendapat 2-3 projek dari kerajaan mahupun pihak swasta. Ini menggembirakan Dato Zainal dan sepupunya Dato Z…. malah pekerja di cawangan di sini pun turut teruja melihat prestasi En Hasdi.. tapi kusangka panas petang rupanya hujan di tengahari. Dalam diam-diam… Encik Hasdi telah berpakat dengan pembekal untuk meminda sebutharga yang akan diberikan kepada syarikat. Bukan sahaja berpakat tentang harga barang.. tetapi turut menaikkan nilai sub kontrak supaya dapatlah sedikit komisen.

Saya pada mulanya menentang tentang perkara ini… tetapi Encik hasdi mengugut untuk memberhentikan saya kerja…. Malah bertindak akan menganggu keluarga saya. Saya tiada pilihan lain lagi dan cuma berharap agar Dato Z sedar tentang perkara ini. Tapi nampaknya sudah 8 tahun perkara ini berjalan tanpa sesiapa menyedarinya. Encik Hasdi sangat licik dalam menyembunyikan perbuatannya.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

“8 Tahun? Agaknya berapa banyak Encik Hasdi sudah makan duit syarikat?” tanya Hani kepada Pak Mat.

“Entahlah Cik Hani… sayapun tidak tahu.. mungkin berjuta.. sebab 3 tahun dahulu kami ada projek perumahan usahasama dengan syarikat cina… dalam 100 juta nilainya. Bayangkan kalau dia naikkan harga pembekal dalam 10%. Sudah benilai sejuta ringgit… kalau 20%... sudah 2 juta ringgit” jelas Pak Mat.

“Tiada siapa yang sedar dalam tempoh 8 tahun? Hairan… dia jadi pengurus projek disini berapa tahun?”

“Sehingga tahun 2008… selepas itu dia jadi timbalan pengurus besar kewangan di ibupejabat” Pak Mat menghirup kopinya.

“Dah naik ibu pejabatpun masih buat kerja ini lagi?”

“Iya….. malah dia deal dengan pembekal di seluruh negeri dimana Mega Group ada projek. Ramai kerani pembekal syarikat samada dipaksa atau secara sukarela membantu Hasdi. Iyalah… mereka juga akan mendapat sedikit komisen kerana membantu Hasdi.”

“Perghhhh… ini tidak boleh dibiarkan.. lagi lama… hancur Mega Group. Kenapa tidak ada orang yang melawan dan kenapa pula Dato Z tidak menyedarinya?”

“Cik hasni jangan tak tahu… beliau ada link dengan samseng-samseng di Ipoh ni” kata Pak Mat perlahan.

“Ha?” Hani terperanjat.

“Betul… masa dia duduk disini…. Beliau berkawan dengan samseng-samseng di sini. Kawan baik.”

“Kenapa dia berkawan dengan samseng?”

“Sebab…. Ada satu kumpulan samseng yang selalu menganggu projek Dato. Peras ugut.. maka dia berkawan dengan satu kumpulan samseng yang lain untuk menjaga projek Dato. Dan kebetulan samseng itu menjadi kuat kerana Encik Hasdi melabur sejumlah wang dalam membiayai aktiviti samseng tersebut. Dan bila Encik Hasdi balik ke KL… maka kumpulan samseng itu membantu mendapatkan satu projek yang besar di sana” Hani tidak faham… kumpulan samseng membantu Encik Hasdi untuk mendapatkan projek?

“Bagaimana?” tanya Hani.

“Dato bida satu projek pembangunan semula flat bandaraya di Bangsar…. Nilainya hanpir 300 juta. Ramai syarikat Bumi yang berminat…. Last sekali ada 3 syarikat yang terpilih.. syarikat Dato antara yang terpilih. Tetapi pada saat-saat akhir… 2 syarikat menarik diri. Encik Hasdi terang-terang mengatakan kepada saya bahawa kawannya di Ipoh yang membantunya. Dan saya tahu siapa kawannya di Ipoh itu” wah! Cerita ini semakin menarik….

“Maknanya samseng itu mengugut 2 syarikat yang lain?”

“Iya. Sebab itu pegawai bawahan seperti saya ini tidak berani membuka mulut. Buruk padahnya… sekarang Cik Hani sudah tahukan kenapa benda ini tiada seorangpun berani ke tengah” Hani mengangguk.

“Lagi pula… oleh kerana kejayaan Encik Hasdi mendapat projek tersebut… beliau dipandang tinggi oleh Dato Zainal dan Dato Z. Encik Hasdi menjadi orang kepercayaan dan anak emas Mega Group. Mereka tentu tidak akan percaya Encik Hasdi sedang perlahan-lahan merosakkan Mega Group.. lagipun diakan anak sedara Dato Zainal” betul juga tu.. pandai Hasdi.. mula-mula berlakon baik… dapatkan banyak projek.. kemudian di belakang… makan duit syarikat.

“Tak sangka Encik Hasdi sanggup menikam belakang bapa saudaranya sendiri… sepupu”

“Pasal wang suami isteripun boleh bergaduh Cik Hani. Inikan pula keluarga… kadang-kadang pasal tanah sahaja… mereka boleh berparang.”

“Entahlah.. kes ini semakin rumit. Nampaknya saya kena cari bukti sejak 8 tahun yang dulu. Banyak kerja yang hendak dibuat” tekad Hani.

“Cik Hani hendak terus menyiasat? Bahaya!” Pak Mat menentang niat Hani.

“Takkan saya hendak biarkan.. saya perlu bukti kukuh untuk dibentangkan dengan Dato Z tentang perkara ini. Dato Z dan ayahnya percaya bulat-bulat kepada hasdi.. susah hendak yakinkan mereka tanpa bukti yang sah.”

“Tapi itu kerja gila… menempah maut namanya” Pak Mat mengingatkan Hani bahaya yang bakal beliau tempoh.

“Negara kita ada polis…. Lagipun saya ada strategi sendiri untuk menyiasat secara diam-diam. Saya akan pastikan Hasdi tidak akan perasan.”

“Tapi…”

“Pak Mat jangan takut.. saya tidak libatkan kamu. saya akan cari penyata kewangan….data-data yang diperlukan.. cukup bukti.. saya akan yakinkan Dato Z.. Pak Mat jangan risau ok” Pak Mat mengeluh.

“Berhati-hati Cik Hani.. di pejabat ramai mata yang memandang… kita tidak tahu siapa geng Encik Hasdi… sebab yang terlibat mungkin ramai. Tidak mungkin Encik Hasdi membuat semua kerja seorang diri.. mesti ada yang lain.”

“Insya Allah.. saya ikut nasihat Pak Mat.. ibarat menarik rambut dalam tepung… tepung tidak bersepah… rambut tidak putus” Pak Mat memberi reaksi wajah bimbang…..



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 ; Temuduga | Bab 2 ; temuduga yang hampas | Bab 3 ; jawapan yang tidak terduga | Bab 6 full ; berjalan-jalan dengan Dato | bab 7 ; Sinopsis dan Dato tidak solat ? | Bab 8 ; Aisy memerli Hani | Bab 8 B ; Sinopsis Beg Gucci tiruan | Bab 9 ; Dato hantarkan Hani balik | Bab 9B ; sinopsis dan sekeping invois | Bab 10 full ; Mula menyiasat | Bab 11 full ; Berjimba-jimba dengan Tasya | Bab 12 ; Gaji pertama | Bab 13 ; Menyoal Pak Mat | Bab 13 B ; menyoal Pak Mat 2 | bab 14 ; Macamana yek? | bab 14 B ; Dato meminta maaf | Bab 15 ; Berjumpa Jidin sengal | Bab 16 ; Aisy semakin rapat dengan Hasdi | bab 16 B ; sinopsis dan sekumpulan dengan Hasdi | bab 17 ; Tasya menyatakan kebimbangannya | Bab 17 B ; Aisy beri amaran | Bab 17 C ; sinopsis dan makan malam sekeluarga | Bab 18 full ; Mula bergerak | Bab 19 ; Berjaya membuat salinan dokumen | Bab 20 ; Hasdi ada perasaan dengan Hani? | Bab 21 ; Tasya sudah masuk geng Kak Joyah? | bab 21 B ; membeli kereta | Bab 22 full ; Aisy mengamuk!!! | Bab 23 full ; bercuti di Port Dickson | Bab 24 ; sesuatu yang mengejutkan | bab 25 ; Apit perlu dibedah segera | Bab 26 ; Dato Z membantu | bab 27 ; peel abang hani | bab 28 ; Wiwi | Bab 28 B ; Pak Mat pulangkan wang syarikat | bab 29 ; Dato Z bermesra dengan Wiwi | Bab 30 ; Video Dato Z dan Wiwi | bab 30 B ; sinopsis dan skandal Dato | bab 31 ; kecoh satu pejabat | Bab 31 ; wiwi tak puasa? | Bab 32 ; Pakwe Wiwi mengamuk!! | Bab 32 B ; Dato Z mengupah Jidin | Bab 33 ; Bukti | bab 33 B ; Bukti 2 | bab 34 ; Dapat komisen | Bab 35 ; Puan Kamelia | Bab 36 ; Dato Z berjumpa anak-anaknya | Bab 36 B ; Berjaya Times Square | Bab 37 ; Dato beri saguhati | Bab 37 B ; Persiapan Raya | Bab 39 ; Dato memarahi Aisy | bab 39 B ; Dato kedekut | Bab 40 ; Memberitahu Dato Zaffran | bab 40 B ; Pembongkaran pengkhianatan Hasdi | Bab 41 ; Dato Seri berang | Bab 41 B ; Laporan Polis | Bab 42 full ; Hasdi dan kuncunya ditangkap | Bab 43 ; Hasdi mengugut Hani | Bab 44 ; Mimiland | Bab 44 B ; Dato mencintai Hani? | Bab 45 ; Mengugut Dato Z | Bab 45 B ; Hani!!!!! | Bab 46 ; Unit rawatan rapi | Bab 46B ; kau suka Hani ke Zaffran? | Bab 47 ; Tolonglah sedar Hani | Bab 47 B ; Hani sudah sedar | Bab 48 ; Hani sudah keluar dari Hospital | Bab 48 B ; Mula bekerja semula | Bab 49 full ; makan malam | bab 50 ; Jidin | Bab 50 ; tersenyum sendirian | Bab 51 full ; Melawat Aisy di penjara | Bab 52 ; Panggil Dato lagi | Bab 52 B ; Kak Joyah... Kak Joyah | Bab 1 dan 2 sesudah diolah semula | Bab 3 dan 4 diolah semula | Bab 5 ; olahan semula | Bab 53 ; Melawat rumah baru | Bab 53 B ; Dato menyanyi untuk Hani | Bab 54 full ; Video di You Tube | Bab 55 full ; Video Hani Menjadi fenomena |
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku